Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Banyak pengamal, banyak yogi memilih kesunyian di gunung tinggi atau hutan, malah di pergunungan Himalaya yang sejuk, tiada rumah, tiada apa-apa pun. Mereka hanya mengatasinya dengan haba (api dalaman) tummo, dengan keazaman mental atau hanya tahu bagaimana menjaga diri. Bagi lelaki, lebih senang. Bagi wanita, saya tidak mengesyorkannya. Itu suatu kesusahan. Wanita lebih lemah dan lebih mudah alami risiko.Banyak kali, saya dah tahu akan itu di India, pergi berseorangan. Ia berisiko. Banyak kali saya hadapi situasi berisiko. Nasib baik, Tuhan rasa saya terlalu ‘bodoh’, jadi Dia perlu menjaga saya. Saya buta, pekak dan bisu, terlalu banyak jatuh cinta pada Tuhan, terlalu banyak rasa bersimpati dgn dunia, jadi saya hanya bergantung kpd kepercayaan utk pergi berseorangan di India. Itu tak selamat sama sekali. Tolong jangan buat begitu. Hidup berseorangan di hutan rimba, kita hanya ada Tuhan. Kita perlu bergantung pada itu saja. Tiada apa-apa benar-benar selamat bagi kita di mana-mana pun, apalagi berseorangan di dalam hutan, cuaca sejuk dan sebagainya.Saya sangat kecil, lemah dan dilahirkan dengan darah tropika, jadi rasa lebih sejuk drpd kebanyakan orang jika mereka tinggal di negara sejuk, dilahirkan di negara sejuk. Lepas seketika, kita menjadi lebih biasa dengannya tetapi tetap jangan mengambil risiko. Ia berbeza dengan di rumah anda. Halaman belakang anda berbeza dengan kawasan hutan. Tetapi saya juga tiada banyak pilihan. Saya suka berseorangan untuk bertumpu, bermeditasi pada bila-bila boleh, hidup dengan lebih sederhana, miliki lebih banyak kuasa besar untuk buat kerja, laksanakan Kehendak Tuhan, menjalankan misi Tuhan. Jika tidak, saya juga lebih suka sesuatu tempat yang lebih selamat atau pergi ke ashram, buat kerja di sana dan juga berjumpa dengan anda semua. Cuma buat masa ini, programnya bukan macam itu. Saya perlu buat apa yang perlu saya buat pada waktu-waktu yang berlainan. Agaknya ini seperti orang yang bekerja dari rumah.Baiklah. Saya hanya nak berkongsi dengan anda kegembiraan kemenangan. Saya harap saya boleh ada lebih banyak kemenangan untuk dikongsi dgn anda jika saya dibenarkan utk memberitahu. Banyak perkara saya tidak dibenarkan untuk memberitahu. Banyak perkara juga tak berkaitan dengan anda, tak perlu buat anda terlalu risau atau ada harapan yang tinggi dengan terlalu awal. Jadi maafkan saya kerana tak boleh beritahu anda segalanya tetapi saya dah beritahu anda perkara yang mencukupi, apa yg perlu anda tahu dan bagaimana anda perlu beramal.Oh! Jika telinga kiri ada bunyi yang terlalu kuat, anda tekankan tapak tangan. Anda tarik nafas sedalam boleh dan tahannya di tempat ia masuk, dengan mulut pun terbuka juga untuk menyedut sebanyak udara yang mungkin supaya pipi anda malah mengembung, dan letak tapak tangan kiri rapat ke telinga kiri. Kekalkannya sehingga anda perlu hembuskan nafas, kemudian anda lepaskannya. Lakukannya beberapa kali, atau satu kali pun.Bunyi bising telinga kiri yang ganggu akan hilang. Anda faham apa yang saya katakan sekarang. Tapak tangan kiri rapat ke telinga kiri supaya anda tak dengar apa-apa pun dari luar. Barangkali anda hanya terdengar boom, boom, boom di dalam telinga. Kemudian selepas hembuskan nafas, anda lepaskan tapak tangan, tangan. Tekankan tapak tangan kiri anda, sebelah dalam tapak tangan, bukan sebelah luar yg ada banyak tulang tetapi bahagian dalam tapak tangan, tekankannya pada telinga kiri rapat-rapat, kekalkannya di sana dengan tarik nafas. Apabila hembuskan nafas, anda lepaskan tapak tangan. Anda takkan terdengar bunyi bising yang mengganggu itu lagi. Bunyi bising yang mengganggu di telinga kiri adalah tidak baik. Apabila ia dah hilang, maka anda tak perlu tekankan tapak tangan macam itu lagi. Tetapi anda boleh lakukannya beberapa kali lagi supaya pasti, kemudian tidak lakukannya lagi. Anda boleh tekankan kedua-dua tapak tangan kiri dan kanan pada masa yang sama bersama, rapat ke kedua-dua telinga dan lepaskannya bersama dengan nafas. Itu apa yang baru saya teringat sekarang untuk beritahu anda – untuk orang baharu. Tarik nafas dalam-dalam dan tahannya. Jika anda bernafas bersama dengan mulut juga untuk menyedut sebanyak udara yang mungkin, malah pipi mengembung atau tidak, kemudian anda tekankan kedua-dua tapak tangan ke kedua-dua belah telinga dengan rapat sekali dan lepaskannya bersama dengan nafas apabila anda hembuskan nafas akhirnya. Selepas anda tahannya dgn begitu lama, akhirnya anda hembuskan nafas dan juga lepaskan kedua-dua tapak tangan, bukan hanya tapak tangan kiri.Tetapi meskipun anda tiada masa untuk terlalu banyak lakukannya semasa anda terlalu sibuk, maka anda duduk di sana, hanya tarik nafas dan menutup telinga kiri. Itu dah cukup juga. Kemudian dengan telinga kanan, anda masih boleh kendalikan telefon atau menulis sesuatu. Kadangkala saya perlu buat begitu. Jika saya terlalu sibuk, saya gunakan tangan kiri untuk buat perkara lain dan gunakan kaki untuk buat perkara lain pada masa yang sama. Atau hanya gunakan sebelah tangan untuk menyuapi diri dengan sudu dan tangan lain untuk terus bekerja. Hebatnya!Sekali-sekala, tarik nafas dalam-dalam. Ingat. Kemudian berjalan keluar kadangkala dalam udara segar. Jangan pergi terlalu jauh. Anda perlu berpakaian panas sebelum berjalan keluar dari khemah atau kawasan panas anda.Seperkara lagi, pada waktu malam, anda tak harus biarkan pemanas dibuka kecuali anda mengaturnya dengan baik supaya contohnya khemah, anda boleh biarkannya dibuka hanya dgn pintu jaring ditutup supaya udara boleh masuk ke dalam khemah. Tetapi bahagian luar khemah perlu dilindungi dengan selamat dengan hanya helaian plastik lembut, lut sinar pun, kanvas atau kain pun. Itu kehidupan yang sangat bebas tetapi anda mesti menjaga diri baik-baik. Pada waktu malam, anda mesti tutup pemanas atau pasang penggera supaya anda lihat sama ada panas atau tidak, mungkin anda tidur terlalu nyenyak atau bermeditasi dengan terlalu dalam, supaya anda tidak rasa sebelah dalam khemah terlalu panas atau bilik anda terlalu panas. Anda pasang jam penggera supaya anda bangun dan tutupnya atau rendahkan kepanasannya, sesuatu macam itu.Anda mesti sentiasa ada selimut panas dan pek panas kerana pemanas kadangkala terlalu panas dan anda tak dapat terlalu banyak mengawalnya. Jadi jika anda tutupnya atau sangat banyak rendahkan kepanasannya, anda perlu memanaskan badan dengan cara lain. Jika anda tiada pek, isikan air panas ke dalam botol, tutupnya ketat-ketat, balutkan tuala, tuala kecil, tuala yang anda gunakan untuk mengelap tangan – bukan tuala muka, segi empat sama itu – tuala yang lebih panjang, mungkin panjangnya 40 sentimeter dan nipis, atau sebaik-baiknya mungkin tuala dapur, panjangnya kira-kira 40, 50 sentimeter dan lebarnya kira-kira 30 sentimeter. Anda balutkannya pada botol itu supaya ia tak terasa terlalu panas. Jangan letaknya terus pada kulit, letaknya di luar baju anda, dekat dengan tempat anda tidur, kedua-dua belah atau satu belah saja. Hanya air suam, itu akan panaskan badan anda sepanjang malam. Pada waktu pagi, anda malah boleh minum air daripada itu. Ia masih panas.Sebenarnya ada banyak cara anda boleh jalani kehidupan anda, cuma lebih susah sikit daripada ada bilik. Tetapi jika anda mengatur dengan baik, kehidupan anda adalah baik. Dan rasa bersyukur. Saya bersyukur atas saya dapat. Kadangkala kita tak dapat. Sesetengah situasi, kita dibenarkan dan Tuhan melindungi kita. Kita perlu berdoa setiap hari, bersyukur kepada Tuhan. Jika bertuah, kita dapat hidup bebas, tenang. Seperti wanita itu, 70 tahun di dalam hutan rimba, dan seorang lelaki yang lain, 20 tahun.Lelaki Inggeris itu masih jalani kehidupan itu tetapi dengan kurang selesa drpd saya. Dia hanya ada pedati beroda dua, malah hanya roda kayu. Dia tariknya bersama dia ke mana-mana saja dia pergi, sama seperti kita menarik troli di taman tetapi dia ada barang di atasnya, pakaian atau sesuatu di dalamnya. Pada waktu malam, dia tidur di bawah troli itu dengan penutup plastik di atas, menutup dirinya daripada hujan. Wau! Sebenarnya saya tak tahu bagaimana dia hidup macam itu. Saya tak tahu sama ada itu cukup selamat atau air hujan tidak masuk. Itu tak kelihatan cukup selamat tetapi agaknya apabila hujan lebat sangat, dia menutup seluruhnya. Dia harus beli khemah dan letaknya di atas pedati atau di sebelah troli saja. Itu akan sangat bagus. Sayarasa dah cukup dgn perbualan hari ini. Saya berasa teruja untuk memberitahu anda perkara ini. Saya nak beritahu anda beberapa hari yang lalu tetapi terlalu sibuk. Hari ini, saya tangguhkan semua kerja dulu untuk bercakap dengan anda. Sekarang saya perlu kembali bekerja. Dah larut malam sekarang tetapi saya masih boleh bekerja. Semoga Tuhan berkati kita semua, lindungi kita semua dan kasihi kita semua selama-lamanya. Amin. Kasihi anda semua. Tuhan kasihi anda. Saya kasihi anda.