Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Semoga Orang Muhsin Menang, Bahagian 1 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya harapkan dunia vegan, dunia aman dan dunia bermakrifat. Itu saja yang saya harapkan. Setiap hari, saya mengulangi itu kepada Syurga, memastikan Mereka dengar kata-kata saya, bantu kita. (Ya, Guru.) Kerana tanpa Dunia Vegan, takkan ada Dunia Aman yang berpanjangan. Sebab itulah saya minta orang supaya berdoa dan bermeditasi untuk Dunia Vegan saja. (Ya.) Dunia Aman akan datang bersama juga.

( Halo, Guru! Selamat Hari Krismas, Guru! ) Terima kasih. (Selamat Hari Krismas!) Selamat Hari Krismas. Sama juga dengan kamu semua. ( Selamat Hari Krismas, Guru! ) Selamat Hari Krismas. Selamat Tahun Baru. ( Terima kasih, Guru. ) Ya Tuhan. Saya perlu buka rakaman video. Gurumu perlu buat segala-galanya seorang diri. Sebab itulah rasa cemas. (Ya, Guru.) Superwanita pun rasa cemas. Tak bermakna superwanita, kita tak rasa apa-apa pun. Bukan macam itu. Okey, beritahulah saya.

( Ya, Guru. Pertama sekali, kami ingin ucapkan terima kasih atas pai daging kisar vegan dan kek yang Guru hantar kepada kami juga. Sedapnya, Guru. ) Kamu telah mendapatnya? ( Ya, terima kasih. Terima kasih, Guru. ) Bagus, bagus. Sama-sama. Saya juga hantar kepada saudara lelaki dan saudara perempuan. (Ah!) Saya suruh seseorang hantar. (Ya, Guru.) Itu saja yang boleh saya buat, okey? Itu dah banyak kerja bagi saya. (Ya.) (Terima kasih.) Bagi satu orang. (Terima kasih, Guru.) Kamu suka tak? ( Ya, Guru! Sedapnya! ) Baguslah.

Saya malah pakai pakaian merah. (Oh!) Ya, supaya padan dengan kamu, padan dengan topimu. Padan untuk Krismas. Kita boleh lebih gembira jika seluruh dunia lebih gembira, kan? (Ya, Guru.) Kita cuba apa yang boleh. Kamu cuba meraikannya. Saya tak meraikan apa-apa. Saya berseorangan. Saya terlalu sibuk bekerja. Kerana jika saya meraikannya, saya tak tahu sama ada saya ada masa untuk orang lain. Okey? (Ya, Guru.) Saya juga tak rasa nak melakukannya kerana terlalu banyak penderitaan, (Faham.) (Ya, Guru.) Kerana saudaramu beritahu saya bahawa ada beberapa soalan di dalam kotak yang kamu masukkan soalanmu? Dalam blog atau sesuatu? (Ya, Guru.) Jadi kamu boleh tanya saya sekarang. Apabila saya dah pakai pakaian elok dan... (Terima kasih, Guru.)

( Guru, boleh kami tahu bagaimana Guru menghabiskan hari Krismas? ) Bagaimana saya habiskan hari Krismas? Saya menghabiskannya untuk kamu, dunia dan kerja Supreme Master TV, bergegas, menyediakan persidangan dan sebagainya. Saya menghabiskan masa pada itu untuk Krismas. Saya tiada masa untuk buat apa-apa yang lain. Saya gembira dengan kita dapat melakukannya. ( Ya, Guru. ) Malah bagi persidangan langsung untuk orang luar. Maksud saya, untuk saudara kita dan juga penonton. ( Ya, Guru. ) Kerana kita perlu memanggil saudara juruteknik atau sesuatu pergi ke kawasan tertentu untuk bantu dengan kawalan jauh. Saya gembira dgn kita boleh lakukannya kerana langsung tiada orang yang perlu datang ke tempat saya dan kita tetap dapat melakukannya. (Ya, Guru.) Ini suatu keajaiban. Saya tak pernah terfikir ini boleh berlaku. Saya tak pernah tahu cara sebegini wujud. Baru-baru ini saja, saya berfikir, “Boleh saya buat begitu tanpa sesiapa perlu datang ke tempat saya?” Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Kerana sebelumnya biasanya sentiasa ada seseorang yang datang menyediakan kamera dan lampu. Dah tentu, tak sebaik saudara profesional kamu datang memasang lampu dan sebagainya, buat saya kelihatan lebih cantik dan lebih terang, tapi tak apa, tak menjadi hal. Saya rasa saudaramu di dunia luar akan rasa gembira melihat saya. Mereka sentiasa beritahu saya, “Pada komputer, gambarnya akan kelihatan sangat hodoh, Guru, kita tak boleh buat begitu.” Jadi untuk masa yg panjang saya tak tahu ini boleh berlaku. (Ya, Guru.)

Jadi sekarang saya gembira dapat lakukannya, bercakap secara langsung dgn orang (Ya, Guru.) tanpa sesiapa perlu datang ke kawasan saya, tempat saya dan membuat apa-apa. Macam ini lebih baik. Saya sangat suka macam ini. Kerana apa-apa pun yang saya buat, saya boleh berseorangan dan berdikari. (Ya, Guru.) Walaupun ini tak begitu berteknologi tinggi, tak kelihatan begitu cantik seperti yang dilakukan secara profesional, namun kamu dapat lihat saya di TV, kan? (Ya, Guru.) (Sangat baik.) (Guru kelihatan cantik.) Benar ke? (Ya, Guru. Sangat cantik.) (Memang, Guru kelihatan sangat cantik.) (Benar.) Ini kata-kata kek (vegan), kan? Ini kata-kata kek (vegan), kan? Ini kata-kata kek (vegan), kopi dan serbuk koko. (Benar, Guru.) Saya baru hantar kek (vegan) dan sekarang kamu bermulut manis sekali. Pada Tahun Baru, barangkali saya akan hantar sesuatu yang lain, okey? (Ah! Terima kasih, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Jangan terlalu banyak berharap.

Itu saja yang boleh saya buat untuk Krismas. Okey? (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya tak boleh keluar, kan? Saya masih bersuluk. (Ya, Guru.) Tapi saya sentiasa berpindah ke tempat-tempat yg berlainan kadangkala tapi saya tak boleh terus keluar, bercakap dengan orang. (Ya, Guru.) Saya perlu berpindah ke sana sini kadangkala, jadi adalah sangat baik saya dapat bercakap secara langsung. Tak sentiasa boleh. (Ya, Guru.) Ini bergantung kepada kita ada internet atau Wi-Fi atau tidak, atau apa-apa saja yang perlu, dan juga saudara berteknologi tinggi. (Ya, Guru.) Meskipun dia tak datang ke tempat saya, namun kami perlu berhubungan supaya dia dapat bantu menghantar imej ke dunia. (Ya, Guru.) Jadi saya sangat gembira dengan saya dapat buat begitu. Saya lebih gembira untuk habiskan lebih banyak masa bersama kamu. Kita dapat bersama dengan lebih baik.

Bagus. Maksud saya, itu saja yang kamu ada untuk Krismas. (Terima kasih, Guru.) Kek (vegan). Itu bagus. (Ya, Guru.) Yang penting, saya fikirkan kamu, kan? (Ya, Guru.) (Kami memang hargainya, terima kasih, Guru.) Adakah kek (vegan) sedap? (Rasanya sedap juga, Guru.) (Ya, Guru.) Pai daging kisar vegan, tak terlalu manis? (Tidak, Guru.) (Tidak, secukup rasa saja.) Saya juga menelefon kumpulan saudara yang lain, mengucapkan Selamat Hari Krismas dan sebagainya, dan juga hantar makanan yang sama kpd mereka. (Ah!) Namun begitu, sangat sukar. Saya menelefon mereka tapi barangkali mereka sibuk makan kek (vegan) atau sesuatu, tiada orang jawab kata-kata saya. Saya asyik memutarnya, tiada orang jawab. Saya kembali semula, akhirnya seseorang jawab. Barangkali di antara waktu mengunyah, mereka dapat dengar sekarang. Kemudian saya ucapkan Selamat Hari Krismas dan berkata kepada mereka, adalah bagus jika... Saya mahu kita semua bersama. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Tapi pengorbanannya adalah macam itu, kita tak boleh. Pengorbanannya, kontraknya. (Ya.) Mungkin kita dapat ubahnya pada masa depan, bergantung kepada berapa banyak nilai dan pahala yang telah kamu kumpulkan juga, bukan pahala saya saja. Okey? (Ya, Guru.) Mana tahu, jika kamu terus berkerja untuk Supreme Master TV, kamu akan ada lebih banyak pahala, lebih banyak nilai, dan mungkin keadaan akan berubah. Okey? (Ya, Guru.) Kamu akan menjadi lebih matang dari segi rohani dan lebih wajar disanjung dalam mata Syurga, maka mungkin keadaan akan berubah. (Ya, Guru.) Saya dah habiskan nilai dan pahala saya pada perkara lain, jadi kamu perlu menjaga diri dan sendiri memperolehnya. (Ya, Guru.) Ini dah sangat baik, kita dapat saling berbual. Bukan? (Ya, Guru.) Ya, saya rasa gembira.

Sebenarnya saya cuba dapatkan hadiah untuk kamu semua. Kemudian saya tanya mereka, “Okey, apa yang harus saya beli?” Saya tak pernah beli apa-apa. Dan dah lama saya tak pergi beli-belah, saya dah lupa, apa yang harus saya beli untuk orang bagi Krismas, untuk kamu semua. Seseorang berkata, mungkin kain panas... Apa kita panggil ini? Selendang? (Selendang, ya.) Skaf untuk musim panas, kemudian topi dan sebagainya. Saya kata, “Baiklah, maka kita boleh beli itu.” Kemudian orang lain berkata, “Tidak, mereka semua dah adanya, Guru. Mereka telah sendiri memesan segala-galanya.” Saya kata, “Okey, bagaimana dengan coklat? Setiap orang satu kotak.” Mereka kata, “Kita tiada kotak itu. Sekarang kita kekurangannya kerana mereka dah habis menjualnya. Dan mereka sudah sendiri memesannya juga.” Maksud saya kamu. Mereka maksudkan kamu sudah sendiri memesannya, coklat. Jadi saya kata, “Maka apa yang boleh saya beli untuk mereka?” Mereka kata, “Tak apa, Guru, mereka ada segalanya yang diperlukan.” Betul, kan? (Ya, Guru.) Jadi saya hanya boleh hantar kepada kamu pai daging kisar vegan untuk Krismas, kek coklat, kek buah-buahan dan seumpamanya. Sedap tak? (Ya, Guru.) (Sangat sedap.) Kamu puas dengannya? ( Ya, sangat puas. ) (Ya, Guru.) (Terima kasih.)

Cukup bagus, kan? Kita tetap jauh lebih baik daripada berjuta-juta orang. (Ya, Guru.) Banyak orang tiada rumah, tiada bumbung di atas kepala mereka dan tiada apa-apa pun. Banyak orang kebulur, tahu? Sebab itulah saya tak nak meraikan Krismas. Kamu tanya saya bagaimana saya habiskan hari Krismas. Saya tak lakukannya. Biasanya jika saya bersama orang, seperti bersama anak murid, biasanya kita bersuluk, maka dah tentu saya menghabiskan masa bersama kamu semua. Tapi jika tidak, saya berseorangan. Saya tak meraikan Krismas atau hari jadi saya, apa-apa pun. Kerana saya tak dapat lupakan bagaimana orang dan haiwan menderita di dunia ini. Faham maksud saya?

Tidak satu minit, satu saat pun saya boleh lupa. Jika saya bersama orang, mereka gembira dan berharap saya meraikannya bersama mereka, bergembira bersama mereka, maka saya akan lupakannya, maka saya dapat lakukannya. Okey? Tapi jika saya berseorangan, saya tak rasa nak meraikan apa-apa. Memang. Saya hanya ada sekadar cukup supaya saya masih kuat dan sihat untuk bekerja. Itu saja. Saya tak rasa nak meraikannya. Jadi sekarang kamu boleh tunggu sehingga minggu depan. Lihat apa yang kamu dapat. Okey? (Terima kasih, Guru.) Benda simbolik. Okey? ( Terima kasih, Guru. Terima kasih. ) Sama-sama. Ada soalan lain?

( Ya, Guru. Tahun 2020 sudah hampir berakhir. apakah yang Guru harapkan untuk tahun baru? ) Untuk siapa? Untuk kamu? ( Untuk dunia. ) Untuk dunia? Saya harapkan dunia vegan, dunia aman dan dunia bermakrifat. Itu saja yang saya harapkan. Setiap hari, saya mengulangi itu kepada Syurga, memastikan Mereka dengar kata-kata saya, bantu kita. (Ya, Guru.) Kerana tanpa Dunia Vegan, takkan ada Dunia Aman yang berpanjangan. Sebab itulah saya minta orang supaya berdoa dan bermeditasi untuk Dunia Vegan saja. (Ya.) Dunia Aman akan datang bersama juga. Lagi banyak Dunia Vegan sekarang lagi banyak Dunia Aman. (Ya, Guru.) Tapi ia seharusnya lebih berpanjangan. (Ya, Guru.) Keadaan jauh lebih baik sekarang tetapi tetap belum begitu ideal seperti yang saya mahukan. Orang lebih vegan sekarang. Mereka ada lebih banyak masa sekarang pada waktu COVID-19. Mereka akan duduk bersama atau duduk berseorangan, bersama ahli keluarga rapat atau berseorangan, bersama satu atau dua orang, kemudian ada lebih banyak masa utk renung. Kita lihat trend vegan menjadi lebih ketara sekarang (Ya, Guru.) Saya harap ia akan mempengaruhi seluruh dunia, kemudian tak lama lagi tiada lagi haiwan yang menderita di planet kita atau orang yang menderita akibat peperangan, kebuluran dan sebagainya. (Ya, Guru.)

Saya menasihati semua pemimpin supaya jimatkan semua wang yang tak perlu untuk peperangan dan tujuan lain yang membazirkan, menyimpan wang mereka dan berikan wang kepada orang miskin. Berikan sesuatu kepada mereka untuk mulakan kehidupan dgn perniagaan, pendidikan atau pertanian, mengubah hidup mereka dari perniagaan daging ke perniagaan vegan organik. (Ya, Guru.) Ini sangat senang. Kemudian mereka akan menjaga diri. Lagi banyak orang adalah vegan lagi kurang pemimpin negara harus risau kerana mereka takkan menjadi begitu ganas jika ada kerja yang mencukupi untuk mereka buat, memperoleh wang, menjaga diri. Mereka takkan menimbulkan sebarang kesusahan untuk kerajaan. Penderitaan akan berkurangan, kemudian penyakit berkurangan dan penjenayah berkurangan juga di dunia. (Ya, Guru.) Maka baik untuk semua orang. (Ya, Guru.)

Itu apa yang saya harapkan: Dunia Vegan, Dunia Aman, dengan nama Tuhan. Dengan belas kasihan Tuhan, semoga segera menjadi begitu. Amin. (Amin.) Itu jawapan kamu. (Terima kasih, Guru.) Saya harapkan apa yang kamu harapkan. Betul? (Ya, Guru.) Sama seperti apa yang kamu harapkan. (Ya, Guru.) (Ya.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/6)
1
2021-01-02
10459 Tontonan
2
2021-01-03
7466 Tontonan
3
2021-01-04
11626 Tontonan
4
2021-01-05
6724 Tontonan
5
2021-01-06
6433 Tontonan
6
2021-01-07
5932 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android