Cari
Bahasa Melayu
 

Jalan ke Arah Keamanan di Ukraine (Ureign) dan Dunia, Bahagian 2 daripada 13

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda, Yang Terhormat (Presiden Trump), telah bertelagah dengan Presiden Zelenskyy disebabkan pendapat yang berbeza atau pemahaman yang berbeza. Saya tahu tujuan Anda kerana Anda benar-benar hanya mahukan keamanan tetapi tak boleh dgn apa cara sekalipun kerana jika Anda lihat kembali sejarah semua komunisme di Rusia saja – tidak, saya belum bercakap tentang negara lain – Anda boleh lihat berapa banyak juta orang mati akibat segala jenis hukuman terhadap rakyat biasa yang cintai keamanan. Mereka belum mengenal komunisme tetapi kerajaan pada masa itu menghukum mereka dengan kematian, kelaparan, kesakitan, segala jenis penderaan fizikal. Maka kita tak boleh benar-benar percayai orang yang dilahirkan sebagai komunis. Minta maaf jika saya singgung perasaan mana-mana negara komunis yang lain. Saya tidak bermaksud macam itu. Hati saya juga sangat ghairahkan keamanan Ukraine (Ureign) dan Rusia.

Beratus-ratus ribu orang sudah mati. Berapa banyak lagi? Adakah kita mahu mereka mati sebelum mereka menikmati hidup pun? Orang muda, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, kehilangan nyawa, menjadi lumpuh dalam peperangan yang bukan salah mereka. Jangan beritahu saya tentang karma dan semua itu! Anda tak tahu apa pun tentang karma, jadi anda tak boleh beritahu saya bahawa semua ini disebabkan karma. Meskipun saya tahu itu karma, hati saya tetap sakit. Tiada sesiapa, tiada ubat yang dapat sembuhkan itu kecuali saya nampak

keamanan. Presiden Trump ialah satu-satunya orang yang ada harapan yang paling besar untuk kita berdamai di Ukraine (Ureign), Rusia dan dunia. Jadi sokonglah Beliau, seperkara lagi. Jadi Presiden Trump, kita perlu teruskan usaha untuk berdamai ini. Saya tahu Anda tidak menentang Presiden Zelenskyy. Walaupun beliau membuat komen yang Anda tidak sukai, bukan pendapat yang baik mengikut kesukaan Anda dan kepada proses perdamaian, namun Anda mesti tahu, Anda tak boleh bergantung pada Rusia dan meninggalkan Eropah melalui Ukraine (Ureign). Saya tak nak singgung perasaan sesiapa pun kerana saya tahu itu tidak selamat bagi saya.

Saya berseorangan. Saya hanya seorang wanita yang lemah dan rapuh. Buat apa saya melakukan ini? Tapi saya tak boleh hanya tutup mata, berpaling atau berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku. Kerana setiap hari saya perlu mencari berita untuk TV saya, untuk TV persatuan kami, Supreme Master TV. Tiada apa-apa adalah milik saya. Kami lakukannya sbg usaha kumpulan, sokongan pasukan, kesatuan pasukan.

Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa atas orang yang begitu bertuah, ada begitu banyak sokongan dan kesatuan daripada ahli-ahli persatuan saya. Kerana apabila saya beri inisiasi kepada mereka, ini sesuatu yang bukan dengan istilah fizikal dapat kita gambarkan. Itu hanya daripada roh kepada roh dan dengan Rahmat Tuhan, dengan Izin Tuhan. Tuhan berikan gelaran ini, gelaran itu kepada saya hanya untuk biar kononnya anak murid Tuhan saya tahu siapa saya supaya mereka boleh percayai saya. Bukanlah saya pedulikan semua itu. Hanya lebih banyak menyusahkan saya di dunia ini apabila orang sangsi akan kita dan tidak banyak memikirkan kita tetapi kita ada gelaran yang begitu besar, contohnya. Saya malah perlu umumkannya secara terbuka kpd dunia kerana Tuhan perintahkan saya supaya buat begitu.

Buat apa saya perlukan semua gelaran ini? Tiada sesiapa yg beri apa-apa kpd saya. Saya tak ambil apa-apa drpd sesiapa pun, sama seperti Anda. Anda jadi presiden tetapi tidak mengambil gaji untuk jawatan itu. Saya tak ambil apa-apa pun, Presiden Trump. Saya tidak ambil apa-apa pun. Sekurang-kurangnya ini, kita ada sesuatu yang sama. Saya mencari nafkah sendiri dan hidup dengan amat berjimat. Sebenarnya, saya macam tinggal di kem pelarian sekarang. Kehidupan yg amat sederhana, beberapa helai pakaian, makanan yang sederhana. Saya tiada bilik yang baik pun, hanya studio satu bilik yang ada air panas yang mengalir pun tiada.

Jadi tahulah bahawa saya ikhlas. Saya bersama Anda dalam aspek mahukan keamanan. Saya tiada apa-apa yg menentang Anda. Saya 100% bersama Anda, untuk Anda. Selepas Anda tidak mendapat balik pekerjaan ini empat tahun yang lalu pun, pada masa itu, saya juga hancur hati kerana saya tahu peperangan akan tercetus, banyak kejadian buruk akan berlaku. Saya tahu akan itu dan rasa sangat, sangat sedih, sangat muram kerana mereka membuat Anda kalah dalam pilihan raya.

Tetapi Anda menang, saya tahu akan itu. Semua Syurga dan Bumi tahu bahawa Anda menang. Okey, tak mengapa dengan itu.

Saya hanya nak ingatkan Anda bahawa orang Rusia ialah orang yang baik, sangat baik hati, sangat menawan. Saya pernah pergi ke sana, saya tahu, cuma pemimpin, kerajaan tak sentiasa seperti yang diharapkan, seperti prihatin terhadap rakyat sendiri dan benar-benar buat segalanya yg boleh utk keamanan. Tetapi saya tak menyalahkan Putin saja. Semua ini ialah tenaga buruk yang kita wujudkan di dunia ini sebagai manusia. Segala pembunuhan, pengguguran dan penyembelihan ini, membunuh orang-haiwan tak berdosa yang tidak buat apa-apa yang salah terhadap kita – semua ini wujudkan tenaga buruk dan mendorongnya jadi sesuatu yang besar… seperti bom, menunggu untuk meletup. Jadi Putin hanyalah suatu alat untuk tenaga ini.

Tetapi oleh sebab kita ialah manusia, kita semua dijangkiti oleh masyarakat, pendidikan yang kita terima ketika masih kecil, perlakuan oleh jiran, ibu bapa atau kawan kita, kononnya kawan atau adik-beradik, dalam apa-apa saja keadaan kita dilahirkan. Itu banyak pengaruhi kita Kita ada minda, ada otak juga, ada hati dan mengikut apa-apa saja yang diajarkan kepada kita, yang pengaruhi kita. Jadi meskipun Presiden Putin orang yang baik, dia tak dapat sentiasa mengatasi segala pengaruh daripada jenis perlakuan kejam komunis terhadap sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan mereka. Sebagaimana yang boleh Anda lihat kembali, berapa juta orang telah mati tanpa sebab, tanpa kesalahan sendiri, dengan cara begitu kejam yang tak boleh manusia perlakukan manusia lain.

Lihatlah Hitler. Hanya satu orang saja bunuh begitu banyak juta orang yang tidak berdosa. Kadangkala bukan kerana mereka mahu tetapi kerana terpengaruh oleh kawan rapat atau orang bawahan rapat, orang bawahan kerajaan yang bekerja, dan kadangkala daripada jenis rasa dendam peribadi, ia menjadi nasional, kemudian menjadi antarabangsa. Banyak peperangan bermula daripada jenis rasa dendam peribadi dan ia menjadi semakin besar. Keghairahan peribadi adalah lebih kuat, jauh lebih kuat daripada sebarang senjata. Ia mempengaruhi, mendorong orang menjadi hilang akal, menjadi jahat. Mereka tak dapat kawalnya. Kebencian dan rasa cemburu peribadi menyebabkan sangat banyak pergolakan di dunia.

Anda tahu akan semua itu. Jadi sekarang Anda tak boleh tinggalkan Eropah saja melalui Ukraine (Ureign). Anda tak boleh hanya menyokong En. Putin walaupun Anda mengagumi dia, mungkin, walaupun Anda bersimpati dengan dia. Saya juga ada satu rasa simpati dengan Putin walaupun saya tak tahu banyak tentang politik di dunia, kerana dia juga alami banyak penghinaan. Sebelumnya dia lelaki yang lebih baik. Dia buat segalanya yang boleh dan ada banyak kemenangan untuk Rusia, malah dalam sukan atau jenis Olimpik antarabangsa. Dia berjuang dengan sekuat tenaga dengan kekuatan sendiri dan sentiasa muncul dalam pertemuan peribadi dengan Jawatankuasa Majlis Olimpik Antarabangsa, contohnya. Kemudian menang untuk Rusia penganjuran Sukan Olimpik di negaranya sendiri. Suatu kali, saya masih ingat itu. Saya rasa itu di Sochi. Jadi dia sangat ghairah dengan negaranya tetapi banyak dikritik oleh pemimpin lain di dunia.

Setiap kali sebelumnya, saya baca berita, presiden ini, presiden itu, sentiasanya, pada bila-bila bertemu dengan dia, sentiasa mengecil-ngecilkan, mengkritik, memfitnah dia di depannya. Ini ada di mana-mana saja di internet atau dalam akhbar. Dia tidak buat banyak dengan itu tetapi lama-kelamaan, mungkin itu terpendam menjadi sesuatu dan mungkin satu motivasi kecil, satu dorongan kecil juga mencetuskan peperangan di Ukraine (Ureign).

Saya bukan membela dia. Saya tak suka peperangan ini. Sejak permulaan hingga sekarang, saya sentiasa menyokong Ukraine (Ureign) dan kami tidak menyiarkan apa-apa pun tentang Rusia lagi di Supreme Master Television kami sejak peperangan ini bermula! Saya beritahu Anda semua ini hanya supaya Anda tahu akan niat sebenar saya dan sokongan sebenar saya terhadap keamanan. Saya tiada banyak wang seperti Anda tetapi saya berikan sebanyak yang mampu kepada Ukraine (Ureign) melalui wang saya sendiri dan anak murid saya juga. Kam malah menyokong pembukaan restoran vegan di Ukraine (Ureign) juga supaya kami dapat bantu orang lain dari sana, semua askar dan mangsa perang. Kami terus melakukan itu dengan cara kami yang sangat kecil.

Photo Caption: Musim Bunga Baharu, Tunas Baharu, Sinar Baharu yang Menari, Hari Baharu yang Penuh Harapan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/13)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-26
1211 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-27
1134 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-28
783 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-29
567 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-30
274 Tontonan