Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tetap rasa, begitu pun, saya lebih bertuah, lebih berkuasa drpd raja masa dahulu, raja zaman dahulu kerana raja zaman dahulu tiada internet, tiada telefon, tak tahu apa yang berlaku di dunia dan di negara mereka, di ibu kota sendiri pun. Semua berita ambil masa yang lama untuk sampai kepada mereka. Tetapi hari ini, kita boleh hanya buka internet, cari untuk seketika dan mendapat segala berita yang kita nak lihat. Kita tak perlukan banyak setiausaha. Kita tiada banyak sida-sida. Kita tiada banyak pengawal yang membuat apa-apa untuk kita. Kita buat segalanya sendirian. Kita tak perlu ada sida-sida untuk merasa makanan kita dulu utk lihat sama ada ia beracun atau tidak. Jadi berasa tenang dan relaks dari banyak segi.Tapi dah tentu, saya sentiasa berjaga-jaga, sentiasa risau dan sentiasa dengar, memeriksa di sekeliling, lihat sama ada saya selamat. Tetapi saya gembira. Saya rasa ada lebih banyak privasi daripada di bandar. Namun begitu, jika saya perlu pergi, dgn kehendak Tuhan, saya akan pergi. Cuma jika saya ada pilihan, saya akan berada di sini selama-lamanya Selain itu, saya rindui anda, anak murid Tuhan, kerana anda begitu rindui saya sehingga hantar kasih sayang kpd saya, berdoa untuk saya. Saya rasai semua itu. Saya menerima semua itu. Itu buat saya lebih banyak ingati anda, lebih rindui anda, maksud saya secara fizikal, di dunia kita, dengan cara manusia. Jika tidak, dengan cara roh, kita sentiasa berdekatan, bersama dan tak pernah hilang dari pandangan.Tetapi hanya secara fizikal, kita dilahirkan dengan emosi, dengan kesedihan, dengan kegembiraan, dengan ketakutan, dengan kedukaan, dengan rasa simpati. Jadi angin kita kadangkala berubah-ubah dengan itu. Saya tak nak mengawalnya. Mengapa saya perlu duduk di sana dan mengawal emosi? Jika saya rindui anda, saya rindui anda. Saya begitu rindui orang-anjing saya dan begitu rindui orang-burung saya. Saya tak nak kawalnya. Saya bekerja saja dan ia akan hilang tetapi ini tak bermakna saya sengaja cuba mengawalnya. Dah tentu, saya tak nak terlalu banyak ingatinya kerana saya perlu bertumpu bagi bekerja untuk Supreme Master Television. Banyak rancangan setiap hari, saya perlu memeriksa, mengedit, menambah, memotong, mengubah dan sebagainya. Saya membantu.Saya amat rindui anda semua juga, saudara seamalan saya. Saya memang sangat kasihi anda. Pada bila-bila saya ada masa dan ingat akan anda, saya memang begitu rindui anda dan berharap kita boleh habiskan masa bersama lagi – masa yang menyeronokkan, bercakap kosong, makan bersama-sama, berdampingan, tahu bahawa kita bersebelahan, berdekatan di pekarangan yang sama, saling memandang atau tidak, rasai kemesraan keluarga, kasih sayang yang sangat jarang wujud di dunia ini. Jenis kasih sayang sesama kita ini jarang wujud. Ia begitu berharga. Saya memang hargai semua masa kita bersama. Saya simpan kasih sayang anda dalam hati saya supaya saya boleh terus bekerja untuk anda, keluarga dan kawan anda serta seluruh dunia.Saya memang perlukan rasa sayang itu, dah tentu. Saya tak boleh berkata bahawa saya tidak perlukan anda. Saya tak boleh kata saya tak perlukan kasih sayang anda – tidak, saya memang perlukannya. Bukanlah saya mintanya tetapi saya adanya. Saya memang rasa saya perlukannya. Ia membantu saya meneruskan kerja saya yang susah – kerja dalaman dan kerja luaran. Saya harap saya ada lebih banyak masa. Saya harap saya ada lebih banyak pilihan lebih banyak kebebasan untuk pergi. Tetapi buat masa ini, kita perlu berpuas dengan itu. Tuhan juga belum mahu saya keluar. Saya perlu lebih banyak bertumpu untuk menerima, mendapat semula, jauh lebih banyak memulihkan kuasa, tenaga saya untuk lebih banyak membantu. Jika tidak, saya telah lemas, telah mati lama dahulu lagi.Saya telah menemui benda baharu, cara spiritual baharu untuk mengendalikan perkara di dunia dan menjaga diri. Saya juga mendapati bahawa ada sesuatu yang dipanggil Bulatan Spiritual. Sebelumnya kita ada Tali Berkat Spiritual dan benda lain. Penemuan terbaharu ini ialah Bulatan Spiritual. Saya boleh ambil lebih banyak kuasa daripada itu, kuasa yang amat besar. Anda tak boleh ambilnya kerana ia bukan untuk anda. Tuhan takkan izinkannya. Ia takkan berlaku meskipun saya nak berikannya kepada anda. Ini hanya untuk saya bekerja juga, bukanlah saya menjadi kaya, Hercules atau apa-apa. Saya perlukan lebih banyak kuasa spiritual untuk bekerja.Menjadi pemimpin bermakna menjadi hamba. Kita perlu bekerja untuk semua orang, menjaga semua orang. Perniagaan pun kadangkala ada jatuh bangun juga dan menimbulkan kesusahan untuk ketenangan saya. Tapi tak apa-apa. Segalanya dapat diuruskan. Saya seorang superwanita, masih ingat? Saya sentiasa mengingatkan diri. Sama ada anda ingat atau tidak, saya perlu. Saya perlu lakukannya.Saya sihat, jangan risau. Kadangkala saya batuk kerana mungkin saya tinggalkan sedikit bukaan di sesuatu tempat, duduk terlalu lama di kawasan sejuk atau tidak memanaskan badan dengan secukupnya. Tetapi hari ini, sangat mudah. Kita boleh memanaskan badan dengan hanya pek kecil dari Jepun. Kita boleh belinya di kedai sukan, agaknya. Mereka beli banyak untuk saya. Saya tidak gunakannya sebelumnya tetapi sekarang saya sangat hargainya.Apabila kita ada kesakitan di sesuatu bahagian, kita lekatkan pek panas itu dengan pita pada bahagian itu. Lepas seketika, kesakitan akan hilang.Jika anda tiada bantal atau selimut elektrik untuk berbaring, maka gunakan pek panas, pek yang dimasukkan ke dalam bungkus kecil, kemudian anda goncangnya sikit, bukanya, letaknya pada badan anda, tetapi jangan letak pada kulit anda. Anda perlu ada tuala di bawahnya dulu, atau anda letaknya di atas pakaian dalaman dan lekatkannya dengan pita atau balutnya dengan sehelai kain untuk menetapkannya di sana, di bahagian ada kesakitan. Jangan letak terus pada kulit anda. Itu boleh merengsakan atau boleh lecurkan kulit anda juga, terlalu panas. Jadi hari ini, kita memang bertuah ada begitu banyak benda yang menyelesakan. Jadi tinggal di hutan rimba, seperti saya, saya menganggap diri dah sangat bertuah.Saya lihat seorang lelaki yang tinggal di hutan rimba, juga berseorangan di tempat tinggal yang sangat sederhana, di pondok sederhana atau sesuatu yang dia sendiri bina. Banyak orang yg lain juga dgn cara-cara yang berlainan. Seorang lelaki Inggeris juga tinggal di hutan rimba. Dia pergi ke sana sini malah dengan dua orang-kuda muda dan dua orang-anjing tetapi dia ada pedati beroda dua yg kecil. Saya ada salinan rencana itu dan sudah hantarnya kpd kumpulan berita. Mungkin mereka boleh tinjau dan paparkannya kepada anda, hanya sekeping gambar atau video pendek.Dia seorang lelaki Inggeris. Dia tinggi dan besar. Dia dah tua, mungkin 50 atau lebih 50. Dia kata dia takkan menukarkan ini dengan apa-apa pun. Dia ada sebuah pedati. Dia sendiri buatnya dengan rangka katil sebelumnya, dari rumahnya atau sesuatu tempat dan pasangkan dua roda padanya. Dia naikinya ke mana-mana saja dia pergi. Pada waktu malam, dia tidur di bawah itu dengan peneduh, helaian di atasnya untuk menghalang hujan daripada masuk ke dalam. Memang sangat berani. Tetapi kosong, tidak seperti khemah. Itu tak begitu selamat seperti khemah.Dia harus membeli khemah dan menutup seluruh pedati dengannya, sekurang-kurangnya pada waktu malam, kemudian masuk ke dalam khemah, atau hanya letak khemah di atas pedatinya, letak papan di atas pedati dan letak khemah di atasnya. Meskipun khemah adalah besar, kita boleh membuat khemah menjadi lebih sempit sebagaimana yang saya lakukan. Di kedua-dua belah atau empat belah, kita ada jenis batang kecil ini untuk membuat khemah berdiri. Kita hanya mengikat dua penjuru khemah bersama di kedua-dua belah, maka khemah akan menjadi lebih sempit, cukup untuk kita, satu orang, tidur di dalamnya dengan beg tidur dan pek panas yang saya beritahu anda. Kemudian kita pergi ke Syurga setiap malam dan kembali dengan selamat.Kita memang tidak perlukan banyak benda untuk hidup. Saya rasa saya dah hidup dengan banyak benda. Ini disebabkan kerja saya. Jika tidak, saya akan buang telefon. Saya akan berikan komputer saya dan banyak benda yang lain kepada orang, dan terus hidup, atau dengan kereta kecil atau sesuatu. Hari ini, kita dapat beli makanan di mana-mana saja. Kita tak perlu tinggal di satu tempat pun. Tapi pastikan selamat. Jangan meniru saya. Itu boleh berisiko juga, bukan hanya disebabkan orang-haiwan tetapi juga manusia. Berseorangan, kita perlu benar-benar menjaga diri. Kehidupan di jalanan ada keburukannya juga tetapi hari ini jauh lebih menyenangkan. Saya lihat orang yang hidup di jalanan dengan van juga. Mereka gembira. Memang, hari ini, sangat mudah. Saya gembira dengan saya tahu akan jenis kehidupan ini.Photo Caption: Ambil Contoh Besar, Bertumbuh Saja, Tak Perlu Menjadi Sebesar Itu. Bertumbuh Saja!