Excerpt from a heartline from Khánh Vinh in Âu Lạc (Vietnam): Guru pemurah, tidak terbatas yang dikasihi dan pasukan Supreme Master Television, Pada Mei 2014, saya tinggal di negara sejuk. Saya berpeluang untuk baca ajaran Guru di halaman Facebook seorang kawan di Âu Lạc (Vietnam) dan dengan ajaibnya saya menjadi vegan dengan serta-merta. Walaupun pada masa itu, makanan saya hanyalah semangkuk nasi putih, dandelion, sayur hijau hia dan kacang tanah panggang untuk menjadi lebih enak, makanan sederhana ini tetap berikan kesihatan yang baik untuk menjadi ketua seni bela diri Lâm Sơn Động. Saya membimbing pelajar muda untuk berlatih seni bela diri Lâm Sơn Động (sejenis seni bela diri Âu Lạc (Vietnam) tradisional). Saya buat persembahan Thích Đoản Ty (gunakan perut saya untuk lenturkan batang keluli) – suatu program persembahan seni bela diri yang dianjurkan oleh Kedutaan Vietnam. Semua wang yang saya terima daripada program ini dihantar untuk menyokong mangsa banjir dan kanak-kanak kurang bernasib baik di Âu Lạc (Vietnam)! Anak murid Khánh Vinh dari Âu Lạc (Vietnam)
Jadi lihatlah, jika kita semua percaya bahawa untuk hidup dengan sihat, kita perlu makan banyak makanan, itu bukan konsep yang betul. Itu mungkin betul bagi sesetengah orang, mungkin itu karma mereka atau sesuatu tetapi kita tidak benar-benar hidup dengan makanan. Nabi Isa berkata bahawa manusia tidak hidup dengan roti saja.Kita perlukan kekuatan fizikal tetapi kita bergantung kepada kekuatan spiritual daripada Tuhan, Syurga dan amalan spiritual sendiri utk memperkuat kuasa spiritual di dalam diri kita. Tuhan bersemayam di dalam diri anda. Sifat Buddha ada di dalam diri anda! Semua agama beritahu anda itu tetapi kita lupa akan prinsip itu, satu-satunya Kuasa yang harus kita bergantung. Sebab itulah kita muram.Kita hidup dalam kemiskinan, ketiadaan dan kekurangan banyak benda – lebih-lebih lagi kekuatan spiritual. Itu boleh mengubah hidup anda. Ia boleh buat hidup anda menjadi lebih ceria dan berikan kejelasan fikiran, kecekapan dalam kerja, hasil dalam segalanya yang anda buat. Kerana anda ada kuasa spiritual di dalam diri anda. Anda bangkitkan Kuasa Tuhan di dalam diri anda melalui kuasa meditasi Quan Yin yang ditransmisikan kepada anda oleh Kuasa Tuhan saja, oleh Tuhan Sendiri melalui Guru yang berkuasa dan dapat menempatkan Kuasa Tuhan ini dan agihkannya kepada anda, setiap orang sebahagiannya sehingga anda kembangkan Kuasa Tuhan sendiri di dalam. Bukan kembangkan tetapi maksud saya menuntut semula sedikit demi sedikit setiap hari dalam meditasi.Di sepanjang sejarah manusia, kita dengar bahawa biasanya hanya ada satu Buddha di satu kawasan, pada satu tempoh masa kita, satu Nabi Isa atau satu Guru Nanak, satu Nabi Muhammad SAW, satu Bahá’u’lláh, satu Nabi Mahavira, contohnya. Satu Guru ini, satu Guru itu. Mengapa satu saja? Mengapa? Kerana Mereka ialah Anak Tuhan, Satu-satunya pada masa itu. Kerana hanya Anak Tuhan, seorang Guru Sebenar, Buddha Sebenar, Christ Sebenar dapat menempatkan Kuasa Maha Besar Asal Tuhan ini di dalam Diri Mereka untuk diagihkan kepada pengikut yang percaya kepada Mereka melalui Rahmat Tuhan, yang percaya kepada Tuhan melalui Mereka.Kerana Mereka seperti Tuhan juga, hampir. Apabila Mereka berada dalam badan fizikal, dah tentu, itu tidak seperti semasa Dia ialah Tuhan di Syurga. Sebab itulah Nabi Isa bersabda, “Saya di sini. Mengapa kamu masih bertanya tentang Tuhan?” Kerana Baginda tahu bahawa Baginda ialah jelmaan Tuhan. Baginda menempatkan lebih 90 peratus Kuasa Tuhan di dunia ini. Tiada orang lain yang dapat buat begitu. Tiada sesiapa yang dapat menempatkan semua Kuasa itu kecuali Anak Tuhan. Jadi Anak Tuhan ialah Satu-satunya. Oleh itu, Tuhan menghantar Dia sekali-sekala hingga tempoh itu berakhir, sehingga semua pahala orang telah habis di Bumi.Sebab itulah walaupun saya alami kesakitan dan cuba menyelamatkan semua orang, menyelamatkan semua roh, namun jika sesetengahnya tak dapat diselamatkan, maka saya tahu ini bukan pahala mereka. Bukan mereka semua ada pahala, kepercayaan, moral yang mencukupi agar dapat bertemu dengan Anak Tuhan pada tempoh masa khusus itu. Anak Tuhan juga boleh turun ke Bumi dengan identiti tersembunyi juga, seperti malah di bawah kanopi Raja, di bawah rupa Ratu tetapi mereka tidak 100%. Mereka tidak 100% seperti jelmaan sebenar Anak Tuhan, seperti Nabi Isa, contohnya, seperti Buddha, Nabi Mahavira dan sebagainya.Anak Tuhan pun boleh ada banyak badan jelmaan tambahan untuk buat kerja-kerja yang berlainan di planet tertentu. Seperti Anak Tuhan boleh menjadi ratu sesebuah negara, raja negara lain, presiden negara itu atau perdana menteri negara lain tetapi mereka ialah badan jelmaan tambahan untuk buat kerja-kerja yang berlainan kerana jika Anak Tuhan berseorangan, satu saja tanpa menghantar kuasa ke dalam badan-badan lain, maka hanya sedikit kerja dapat dibuat. Oleh itu, seperti dalam Kitab Teratai, Buddha berkata bahawa Bodhisattva Quan Yin dapat menjelma ke dalam jenis-jenis kedudukan yang berlainan untuk membantu orang, malah berada di pejabat kerajaan, dalam keluarga atau sebagai wanita dara atau lelaki dara, bergantung kepada siapa perlukan bantuan apa daripada Bodhisattva Quan Yin.Untuk bertemu dengan badan jelmaan tambahan Anak Tuhan pun, anda mesti ada sangat banyak pahala yang terkumpul dalam banyak hayat atau hayat selama banyak eon. Kerana sangat sukar. Hanya bercakap tentang planet ini, adalah sukar bagi orang bertumpu pada Tuhan. Dalam roh pun, walaupun Tuhan bersemayam di dalam diri kita, kita hampir tak dapat berhubung dengan Tuhan kerana terlalu sibuk. Kita sentiasa beri perhatian di luar. Sebab itulah Buddha berkata, “Kamu perlu beralih ke dalam, dengar kata-kata roh sendiri.” Kaedah Quan Yin, kaedah tanpa kaedah, itu kaedah yang dengannya anda dapat beralih ke dalam dan dengar kata-kata roh sendiri jika anda ada Kuasa sebenar yang ditransmisikan kepada anda oleh Guru sebenar. Guru sebenar juga boleh miliki Guru tambahan, serupa dengan badan tambahan. Anda panggil mereka sebagai orang Tuhan atau Guru: ‘Maharaji’, ‘Guruji’.Banyak orang mendakwa diri sebagai Satguru tetapi mereka bukan. ‘Sat’ bermaksud sebenar, ‘guru’ bermaksud Guru spiritual. Guru sebenar adalah jarang. Guru sebenar jelmaan tambahan daripada Guru sebenar pun, bermakna Anak Tuhan sebenar, sudah jarang juga. Bukanlah anda dapat lihatnya di mana-mana saja di internet yang bercakap tentang apa-apa saja, memuja ular, tikus dan patung atau apa-apa saja. Mereka tidak benar. Mereka hanya tahu bagaimana bercakap. Mereka hanya baca buku. Mrk tiada kuasa utk diberikan kpd anda.Mereka mungkin ada banyak pengikut kerana mereka buat kerja amal untuk kemasyhuran atau mereka tahu bagaimana mengkomersialkan ceramah dan perbuatan mereka serta memakai pakaian yang megah dan sebagainya. Anda takkan tahu. Di belakang mereka, di sebalik pakaian atau perilaku yang mulia itu, mungkin mereka merogol kanak-kanak seperti kes Trần Tâm dan banyak paderi yang lain dalam sistem Katolik. Anda sudah tahu sekarang ini. Kita bacanya di mana-mana saja di planet ini. Di mana-mana pun, anda dpt baca segala kisah menggerunkan, seperti neraka ini daripada paderi, malah biksu, dan biarawati juga.Saya mendapati bahawa, contohnya Trần Tâm meniru Kaedah saya untuk kaedah kosongnya – tiada berkat, tiada kuasa, apa-apa pun, hanya kejahatan, kuasa jahat dlm dirinya. Sebab itulah dia buat orang layu dan mati, orang yang disukainya dan dibiarkan berada di sisinya. Orang muda yang nak diperkosanya atau telah diperkosanya menjadi layu dan mati, seperti yang dinyatakan dalam surat yang dihantar oleh mereka kepada anda. Mereka tidak hantarnya kepada saya secara langsung. Mereka tak dapat. Saya tidak benarkan. Tetapi ia dihantar kpd anda, kemudian anda memprosesnya dan siarkannya dalam Kata-kata Hati, contohnya. Ini juga kali pertama saya bacanya, sama seperti anda semua.Mereka tak beritahu saya secara langsung Surat tidak melalui saya secara langsung kerana saya ada terlalu banyak kerja untuk dibuat. Jika saya terima semua surat secara langsung, itu mustahil. Saya dapat jawab satu demi satu tetapi saya tak dapat terima semua surat dan memproses semuanya. Bagaimana? Khususnya saya perlu asyik lari daripada bahaya, daripada risiko, daripada orang jahat, daripada geng jahat ini.Dunia ini ada geng jahat. Bukan sahaja fizikal tetapi juga spiritual. Mereka bukan spiritual. Cuma di alam spiritual, mereka dapat mengambil karma anak murid yang perlu saya tanggung dalam diri saya. Mereka pergunakannya utk aniayai saya, timbulkan banyak kesusahan untuk saya, mengancam saya, malah nyawa saya, banyak jenis perbuatan yang berlainan.Tetapi saya dapati bahawa mereka curi Kaedah saya tetapi cakap dgn baik sekali tentangnya, gunakan kata-kata indah yang saya tak tahu sebelumnya, mengubah sikit. Mengubah sedikit hanya untuk buatnya kelihatan macam sesuatu yang lain. Tetapi mereka curi setiap perkataan daripada saya dan membuat diri sendiri kelihatan begitu mulia. Hanya jawab soalan beberapa orang dari sesuatu tempat tetapi berkata, “Oh Guru Mulia, menerangi seluruh Eropah.” Seumpamanya! Hanya jawab soalan bodoh, soalan biasa yang anak murid saya yg berusia lima tahun pun dapat katakan tetapi mereka buatnya macam, oh, begitu mulia, begitu besar, begitu hebat dan menggelar diri sebagai guru agung! Đại minh sư! Ini dan itu. Oh, tak tahu malu! Tapi dah tentu, mereka tiada rasa malu. Mereka boleh katakan apa-apa saja, berbohong atau tidak logik yang dapat anda lihat dgn serta-merta. Anda tidak perlukan saya jelaskan kepada anda pun.Tetapi sesetengah orang begitu jahil, tak dapat lihatnya pun! Itu bagaimana dia menarik orang itu, kemudian pergunakan mereka untuk memudaratkan anak murid saya, sesetengahnya yang tak tahu apa-apa dan mudah terpengaruh kerana mereka percaya, kerana mereka tahu bahawa anak murid saya jujur, boleh dipercayai. Mereka tak tahu bahawa sesetengahnya bukan anak murid, hanya berpura-pura sebagai anak murid. Masuk, curi Kaedah, curi kata-kata saya, curi ajaran saya, buatnya menjadi milik sendiri untuk menipu orang demi untung kewangan dan kemasyhuran sendiri.Photo Caption: Terima Kasih kpd Pari-pari Taman atas Kecantikan dgn Sinaran Halus IstimewaBersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 6/12
2024-11-17
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tak pernah kata saya perlukan wang. Buat apa saya perlukan wang? Saya mampu sendiri mencari wang dan apa yang dapat kita jimatkan, kita berikan kepada orang miskin, orang susah di merata tempat di dunia, atau kepada orang yang wajar untuk bantu mereka uruskan badan amal, pusat perlindungan atau beli makanan untuk orang yang lapar, orang-haiwan yang lapar. Saya tidak simpan apa-apa untuk kegunaan peribadi. Buat apa saya perlukan apa-apa? Kita tak perlukan banyak benda untuk hidup, hanya beberapa helai pakaian dan makanan sederhana.Ada seorang saudara anda, saya baca dalam Kata-kata Hati bahawa dia mahir dalam seni bela diri. Dia malah dapat lenturkan batang besi yang tebal, besar dengan kuasa sendiri dari hulu hati, dari perut saja. Dia hanya makan nasi putih dan dandelion liar, sayuran liar atau sederhana, benar-benar hijau, dan kacang tanah panggang. Itu saja. Dia masih teruskan. Sekurang-kurangnya selama dua tahun semasa tiada di Âu Lạc (Vietnam), dia makan itu saja. Dia masih terus mengajar anak muridnya dan tunjukkan kuasanya dengan lenturkan batang besi seperti itu melalui otot perut saja. Tetapi bukan otot saja. Mereka ada jenis chi rahsia ini. Badan kita ada tenaga rahsia, tenaga hidup. Kita boleh kumpulkan dan gunakannya sebagai kekuatan.