Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, anda semua roh yang cantik! Saya tahu, saya baru bercakap dgn anda, kelihatan macam semalam atau kelmarin saja. Itu pasti kelmarin atau sesuatu tetapi saya perlu bercakap dgn anda sekali lagi. Kali ini bukanlah perbualan santai, sesuatu yg diplomatik atau kata-kata diplomatik yang akan anda dengar daripada saya tapi saya perlu beritahu anda segalanya, maksud saya, yang penting kepada anda sekarang dan saya perlu beritahu anda hal sebenar.Pertama sekali, Yang Terhormat, Presiden Agung Trump, Anda tahu saya begitu lega melihat Anda menangi pilihan raya kerana saya tahu Anda menyokong keamanan, berbelas kasihan terhadap umat manusia, mangsa perang. Sebab itulah Anda tak begitu berlembut dengan Presiden Zelenskyy tetapi saya perlu memberanikan diri untuk beritahu Anda bahawa Anda tak boleh terlalu bergantung pada Putin kerana dia daripada Komunis sejak kecil lagi dan bekerja untuk KGB. Orang-orang ini, walaupun dah lama komunisme hilang atau semakin hilang, di Rusia, apa-apa yang kita dilatih sejak kecil atau remaja lagi, pada usia muda, kita takkan dapat bersihkannya sepenuhnya. Usah percayai saya. Lihat kembali saja sejarah segalanya yang telah Komunis buat terhadap Rusia dan mana-mana tempat lain yang boleh di dunia.Hanya bercakap tentang Ukraine (Ureign) sekarang. Saya tahu Anda tahu akan banyak perkara tentang sejarah dunia. Sebagai presiden, adalah sangat baik Anda tahu akan semua itu supaya Anda boleh gunakannya dalam usaha menguruskan hal ehwal antarabangsa. Saya bukan beritahu Anda bahawa saya pandai dalam politik atau apa-apa. Saya hanya lihat perkara dgn lebih jelas kerana saya orang ketiga.Jadi sekarang, Anda sendiri seorang pencinta keamanan yang besar, dan Presiden Zelenskyy juga menyokong keamanan walaupun pada permulaannya mungkin beliau tidak sependapat dengan Anda. Tetapi saya tak rasa sesiapa percaya bahawa beliau mahukan peperangan atau nak teruskan dengan peperangan. Beliau merisikokan segalanya dalam peperangan ini kerana beliau tidak mahukan peperangan. Beliau hampir tiada pertemuan keluarga. Siang dan malam, beliau merisikokan nyawa sendiri juga dan menerima banyak kritikan. Tetapi saya tak rasa lelaki ini mahukan peperangan terutama di negara sendiri di mana beliau sendiri juga hilang kawalan ke atas kedaulatan untuk negaranya, daripada negaranya atau negaranya.Jadi tolonglah, saya tahu hati Anda sangat ghairahkan keamanan disebabkan kasih sayang Anda kpd umat manusia. Saya tahu akan itu kerana saya ada perasaan yang sama ini. Saya tidak mahu orang yang tak berdosa mati, terutama askar muda yang kacak, tampan di barisan depan, sama ada itu orang Rusia atau Ukraine (Ureign). Saya tak suka sesiapa pun mati dgn begitu mengerikan, begitu kejam. Saya memahami anda.Saya memang menyokong Anda dari setiap segi dan banyak dasar Anda hingga kini, saya baca setiap hari dlm berita dan berikannya kpd pasukan berita saya untuk disiarkan di TV kami. Kerana saya juga mahu orang menyokong Anda, tahu bahawa Anda buat perkara yang betul.Anggota pasukan saya sendiri pun, salah satu atau beberapa drpd mereka mengkritik saya kerana menyiarkan sebuah berita, salah satu daripadanya. Anda berkata bahawa penjenayah pada tahap tertentu akan dihukum mati atas jenayah mereka, mungkin terutama pendatang haram. Saya bersetuju dengan itu tetapi beberapa orang anggota pasukan saya tidak bersetuju dan beritahu saya bahawa kita perlu mansuhkan hukuman mati kerana kami Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa menentang hukuman mati. Dah tentu saya menentang itu. Tetapi saya perlu mempertahankan keputusan Anda, jadi saya beritahu mrk. Ia malah secara bertulis. Bukanlah saya mereka-reka cerita di sini. Itu mungkin beberapa minggu atau beberapa hari yg lalu. Pada kali yg lain, untuk topik lain juga tetapi tidak semuanya direkodkan. Bagi saya, sekarang masa berlalu dengan cepat sekali. Saya tak berapa ingat bila. Tetapi kami boleh cetaknya semula supaya Anda boleh lihat bagaimana saya bereaksi terhadap keputusan itu walaupun ia bertentangan dengan prinsip saya. Saya beritahu mereka bahawa – rasanya saya tak ingat kata demi kata tetapi kami boleh cetaknya semula, reaksi saya untuk Anda atau orang lain baca – saya berkata kepada mereka bahawa Presiden Trump tak benar-benar nak membunuh.
Balasan Guru mengenai perintah hukuman mati Presiden Trump:
LEBIH BAIK KEKALKANNYA UNTUK MENAKUTKAN/HENTIKAN PENJENAYAH PALING BURUK YANG CEDERAKAN/ BUNUH ORANG LAIN, KEMUDIAN BELANJAKAN CUKAI UNTUK BERI MAKAN DAN JAGA MEREKA DI DALAM PENJARA, PEGUAM, KES MAHKAMAH DLL...ITU BUKAN UNDANG-UNDANG KITA. KITA HANYALAH PELAPOR, MEMAKLUMI ORANG AWAM SUPAYA MEREKA TAHU DAN MENCEGAH, HARAP-HARAP...USA SUDAH ADA HUKUMAN MATI. TRUMP HANYA GUNAKANNYA UNTUK MEMBAWA KEMBALI HAK UNTUK HIDUP SELAMAT KEPADA ORANG AMERIKA DAN UNTUK MEMBANTU ORANG HENTIKAN JENAYAH YANG AKAN BUNUH DIRI MEREKA DAN MANGSA LAIN DALAM MASYARAKAT YANG LONGGAR, TIADA UNDANG-UNDANG(M TIADA MASA UNTUK TULIS PENJELASAN YANG TERLALU PANJANG, SELALUNYA HANYA YA ATAU TIDAK, MEMPERCAYAI ANDA FAHAM.) Rasanya saya tulis secara ringkas. Saya kata Beliau hanya nak menakutkan orang supaya tidak melakukannya, tidak melakukan jenayah. Beliau ingin beri amaran kepada orang supaya tidak menuju ke arah itu. Ini baik. Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Tetapi saya 100% menyokong tiada hukuman mati. Sebab sebenar adalah kerana mungkin kita ada hakim, peguam atau saksi yang berikan kenyataan atau pengadilan yang salah. Kita tak dapat mengembalikan nyawa orang yang disalah tuduh itu. Seperti yang kita lihat, banyak orang di Amerika disalah tuduh dan terpaksa meringkuk dalam penjara selama banyak dekad sehingga mereka dikeluarkan oleh kumpulan undang-undang bukan kerajaan yang mengkhusus dalam cuba membantu orang yang disalah tuduh, terutama jika dia orang kulit hitam, orang yang kulit berwarna, maka lebih senang bagi dia disalah tuduh. Sebab itulah England mansuhkan hukuman mati sepenuhnya. Ia ada kebaikan dan keburukan, dah tentu.Jadi macam itulah. Saya membela Anda apabila perlu. Saya malah membela Anda di belakang Anda. Jadi saya harap apa-apa yang akan saya beritahu Anda sekarang tidak membuat Anda rasa bahawa saya nak menyinggung perasaan Anda, tetapi saya perlu. Presiden yang dikasihi, saya memang sayangi Anda. Saya juga ada berkata secara terbuka bhw saya mahu Anda berada dlm sistem lebih lama daripada hanya empat tahun kerana Anda dapat membantu Amerika. Apa-apa yang berlaku kepada Amerika akan mempengaruhi seluruh dunia. Sebaik saja Anda muncul sebagai presiden yang cintai keamanan, banyak perkara telah berubah menjadi lebih baik. Semua orang di dunia lebih hormati Amerika atas keputusan Anda, kerajaan Anda.Saya begitu gembira melihat Anda memilih banyak pegawai yang baik dalam kerajaan untuk membantu Anda. Mereka semua 100% menyokong Anda. Saya begitu gembira walaupun saya tak berada di Amerika. Saya hanyalah warganegara kehormat, malah beberapa anugerah warganegara kehormat Amerika. tetapi saya menganggap diri saya orang Amerika juga atas itu kerana dulu saya orang Amerika juga. Dah tentu, ini saya tak dapat buktikan kepada sesiapa pun kecuali orang psikik. Mereka tahu akan itu. Hati saya adalah dengan Amerika, dengan Amerika Syarikat kerana saya tahu apa yang berlaku di sana akan banyak membantu dunia jika mereka ada pemimpin yang baik seperti Anda, contohnya.Sekarang kita kembali kpd tema utama. Anda, Yang Terhormat, telah bertelagah dengan Presiden Zelenskyy disebabkan pendapat yang berbeza atau pemahaman yang berbeza. Saya tahu tujuan Anda kerana Anda benar-benar hanya mahukan keamanan tetapi tak boleh dgn apa cara sekalipun kerana jika Anda lihat kembali sejarah semua komunisme di Rusia saja – tidak, saya belum bercakap tentang negara lain – Anda boleh lihat berapa banyak juta orang mati akibat segala jenis hukuman terhadap rakyat biasa yang cintai keamanan. Mereka belum mengenal komunisme tetapi kerajaan pada masa itu menghukum mereka dengan kematian, kelaparan, kesakitan, segala jenis penderaan fizikal. Maka kita tak boleh benar-benar percayai orang yang dilahirkan sebagai komunis.“Harvest of Despair” - Documentary About Holodomor in Ukraine (Ureign) in 1932 - 1933: Tahun: 1933. Tempat: Kesatuan Soviet. Di sebalik rupa luaran, makanan digunakan sebagai senjata terhadap orang yang terbukti menyusahkan Moscow. Kebuluran diatur secara sengaja di Caucasus Utara, Lembangan Volga dan Ukraine. Polis Rahsia Soviet menutup sempadan Ukraine. Tiada sesiapa yang boleh keluar atau bawa masuk makanan. Sebuah negara sebesar Perancis tercekik oleh kebuluran. Dalam masa kurang daripada 2 tahun, 10 juta orang mati, 7 juta daripada mereka di Ukraine, 3 juta drpd mereka ialah kanak-kanak.
Menjelang 1928, Stalin sendiri ialah undang-undang. Pentadbir yang efisien, tidak berhati perut ini telah hapuskan semua pembangkang yang berkesan dalam Politburo. Impian revolusi komunis di seluruh dunia tidak menjadi kenyataan. Sementara Stalin memperkukuh komunisme dalam sempadan USSR, nasionalisme Rusia semakin banyak disuntikkan ke dalam dasarnya. Identiti budaya Ukraine yang kuat tidak ditoleransi lagi.1929. Stalin menyerang hati dan minda negara itu: gereja dan cendekiawannya. Dalam beberapa tahun berikutnya, penghapusan golongan intelektual secara sistematik telah dilakukan oleh rejim komunis di Ukraine. Lima ribu orang sarjana, ahli sains, penyair dan artis yang terkenal semasa kemerdekaan Ukraine ditangkap kerana dikatakan ialah anggota SVU, sebuah pertubuhan rahsia yang orang Soviet dakwa sedang merancang pemberontakan bersenjata. Hanya 45 orang mendapat perbicaraan awam. Tiada bukti yang dianggap perlu. Beribu-ribu orang dipenjarakan, dihantar pulang dan dihukum mati kemudiannya sementara penahanan besar-besaran berterusan sepanjang tahun 1930-an. Gereja pun dituduh terlibat dalam komplot ini.The Reverend Olexander Bykovetz, Survivor Priest from Poltava, Ukraine (Ureign): Banyak paderi ditangkap. Banyak paderi dihantar ke kem tahanan Siberia. Banyak paderi ditembak. Bapa saya salah satu daripada mereka. Beliau tak pernah pulang. Saya tahu akan ini daripada pengalaman sendiri. Tiga puluh orang biskop dibunuh kerana mempertahankan agama. Beribu-ribu orang paderi terkorban. Beratus-ratus ribu orang penganut dihapuskan. Minta maaf jika saya singgung perasaan mana-mana negara komunis yang lain. Saya tidak bermaksud macam itu. Hati saya juga sangat ghairahkan keamanan Ukraine (Ureign) dan Rusia.Photo Caption: Cahaya Baharu, Hidupan Liar Hidup Kembali!