Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dunia ini ada geng jahat. Bukan sahaja fizikal tetapi juga spiritual. Mereka bukan spiritual. Cuma di alam spiritual, mereka dapat mengambil karma anak murid yang perlu saya tanggung dalam diri saya. Mereka pergunakannya utk aniayai saya, timbulkan banyak kesusahan untuk saya, mengancam saya, malah nyawa saya, banyak jenis perbuatan yang berlainan. Tetapi saya dapati bahawa mereka curi Kaedah saya tetapi cakap dgn baik sekali tentangnya, gunakan kata-kata indah yang saya tak tahu sebelumnya, mengubah sikit. Mengubah sedikit hanya untuk buatnya kelihatan macam sesuatu yang lain. […]Tetapi sesetengah orang begitu jahil, tak dapat lihatnya pun! Itu bagaimana dia (Trần Tâm) menarik orang itu, kemudian pergunakan mereka untuk memudaratkan anak murid saya, sesetengahnya yang tak tahu apa-apa dan mudah terpengaruh kerana mereka percaya, kerana mereka tahu bahawa anak murid saya jujur, boleh dipercayai. Mereka tak tahu bahawa sesetengahnya bukan anak murid, hanya berpura-pura sebagai anak murid. Masuk, curi Kaedah, curi kata-kata saya, curi ajaran saya, buatnya menjadi milik sendiri untuk menipu orang demi untung kewangan dan kemasyhuran sendiri. Saya pun tak tahu bahawa orang sebegini wujud.Saya beri inisiasi kepada sesiapa saja yang datang dan gembira melakukannya kerana saya tahu bahawa mereka akan mendapat pembebasan. Mereka akan mengenali Tuhan. Mereka akan bersama Tuhan. Mereka akan mengingati Tuhan, memuja Tuhan, bersyukur kepada Tuhan setiap hari. Jadi mereka membuat diri sendiri dekat dengan Tuhan, dan perlahan-lahan mendapat semula sifat Tuhan di dalam – sedikit sifat Tuhan, dah tentu, sebahagian daripada Tuhan. Kemudian mereka akan bergaul dengan Tuhan atau tinggal bersama Tuhan di Syurga. Tiada penderitaan lagi, tiada kesakitan lagi, tiada kejadian tak menyenangkan yang akan berlaku kepada mereka lagi jika mereka teruskan jalan meditasi Quan Yin yang saya ajarkan kepada mereka. Banyak perkara yang lain saya ajarkan kepada mereka juga, bukan hanya kaedah, dah tentu, tetapi setiap hari ingatkan mereka supaya bermeditasi, ingatkan mereka supaya bermoral, berakhlak tinggi, ingat akan Tuhan.Saya belajar utk bercakap dgn lebih cepat sekarang kerana walaupun saya tinggal di hutan, jauh dari jiran manusia, namun kita masih dapat dengar bunyi bising daripada kereta dan entah apa lagi. Jadi sekali-sekala saya perlu berhenti dengan cepat dan bercakap dengan cepat. Ini tidak pengaruhi niat saya terhadap anda.Jadi orang boleh gunakan kaedah komersial dan cara berurusan seperti perniagaan untuk membuat diri sendiri terkenal dan boleh dipercayai tetapi mereka tidak. Sebaliknya bagi saya, saya hanya bercakap sebagaimana saya cakap, hanya untuk beritahu anda apa itu. Saya tidak cuba memperhalus kata-kata atau cuba buatnya menyelerakan. Anda juga boleh lihat puisi saya, kebanyakannya sangat mudah. Kanak-kanak pun boleh memahaminya. Itu apa yang saya mahukan. Itu apa yang seharusnya. Mengapa habiskan banyak masa memerah otak untuk mencari kamus, mencari perkataan bagi merangkaikannya untuk buatnya kelihatan penuh glamor supaya orang berfikir bahawa kita hebat? Tidak. Ia hanyalah cangkerang kosong, hanyalah sut.Kadangkala mereka beritahu orang, “Kamu hanyalah sut,” kerana itu hanya sut yang membuat anda kelihatan elok tetapi anda bukan apa-apa pun di dalam. Diri anda bukan apa-apa pun. Ini serupa dengan kononnya guru spiritual, satguru, apa-apa saja, biksu dan paderi serta pencuri dan perompak seperti Trần Tâm dan HB. Tapi dah tentu, mereka jahat, itu sebabnya. Mereka adalah daripada kuasa yang bertentangan dgn Tuhan tetapi mereka akan dimusnahkan sekarang. Lihatlah, satu demi satu, mereka terdedah. Mereka perlu terdedah supaya orang dapat mengenal mereka dan elakkan mereka untuk lindungi diri sendiri sekurangnya. Meskipun mereka tak percaya kpd saya, sekurang-kurangnya mereka lindungi diri dengan mengelakkan jenis pekerja untuk syaitan atau sendiri ialah syaitan ini.Anda perlu berhati-hati agar tidak mempercayai orang yang tak betul. Itu saja. Meskipun anda tidak mengikut saya – saya bercakap dengan orang awam sekarang – meskipun anda tidak percaya kepada saya, tidak mengikut saya, okey, tetapi lindungilah diri sendiri. Cuba elakkan orang yang jahat. Jika anda dapat lihat aura mereka, ia gelap sepenuhnya, tapi bukan semua orang dapat lihat aura. Sesetengah orang dapat lihat, sesetengah orang tak dapat. Setelah anda berada dlm perangkap mrk, oh, sangat sukar untuk keluar! Sesetengah kononnya anak murid saya pun percaya kepada mereka sebelumnya kerana mereka percaya kepada saya. Mereka berfikir, contohnya, Trần Tâm ialah pengganti saya. Mana boleh begitu? Saya masih begitu muda dan bekerja. Saya masih bekerja sekarang dan memberi inisiasi. Saya masih memberi inisiasi.Sesetengah orang sukanya ‘lebih cepat, lebih murah, lebih senang’, jadi pergi kepada Trần Tâm. Dia tak kisah sama ada anda amalkan diet vegetarian, vegan atau tidak. Bagi sesetengah orang, masa yg terlalu lama diambil utk tunggu penghantaran barang kemas saya. Mereka pergi saja kepada kumpulan Trần Tâm ini dan belinya dgn lebih cepat tetapi yang palsu. Ia dipalsukan dan palsu. Jadi anda tak boleh sentiasa buat secara bertentangan dgn benda sebenar. Meskipun anda perlu lama menunggu, anda akan mendapat barang sebenar, Barang Kemas (Firdausi S.M.) sebenar.Sama seperti anda perlu menjadi vegan, mematuhi lima rukun moral untuk menjadi kononnya anak murid saya, anak murid Tuhan. Tetapi anda tidak rugi apa-apa. Itu cara anda harus jalani kehidupan anda – bermoral, bersifat baik, taat kepada Tuhan dan bantu makhluk lain. Ya? Serta tidak bunuh mana-mana manusia dan orang-haiwan. Itu cara anda harus jalani kehidupan anda. Jika semua orang hidup mengikut ajaran saya, dunia kita akan aman damai, kaya, makmur dan ceria bagi semua orang. Tetapi malangnya bukan semua orang dengar.Biksu, biksuni, paderi pun masih makan, gunakan produk orang-haiwan, tak pedulikan kesakitan dan penderitaan makhluk tak berdosa Tuhan yang menyedihkan ini! Mereka bukan sahaja wujudkan karma neraka untuk diri sendiri tetapi juga menyebarkan contoh buruk untuk orang yang taat kepada Tuhan! Adalah menggerunkan melihat dan menyaksikannya! Jika dunia kita tak dapat menahan azab, kononnya biksu, biksuni, paderi suci perlu menanggung sebahagian besar tuduhan atas itu kerana mereka wujudkan kuasa gelap Kejahatan, tenaga bunuh yang besar, memudaratkan dunia ini, menjejaskan keseimbangannya! Di sampung itu, semua syaitan dalam bentuk manusia ini bekerja keras untuk memudaratkan saya, memudaratkan pengikut saya dan membuat kehidupan di Bumi menjadi lagi memuramkan dengan tenaga mereka bersama dengan tenaga gelap ini dan membuat negara mereka menjadi lebih mudah ditimpa bencana seperti banjir, ribut dan sebagainya, bunuh orang, musnahkan harta benda orang. Mereka ada di mana-mana saja. Mereka berjalan ke sana sini. Mereka calitkan tenaga buruk mereka di mana-mana saja.Sesetengah orang tak makan dgn banyak dan anda rasa mereka suci. Tidak, tidak, tidak. Mereka tak perlukan banyak makanan kerana mereka makan tenaga hidup manusia. Sebab itulah mereka pergi ke sana sini, orang mengikut mereka dan mereka dimudaratkan, jatuh sakit, mati tanpa penjelasan. Negara akan dibanjiri di sana sini, ribut, bencana, lebih banyak penjenayah, lebih banyak huru-hara dan ancaman peperangan dengan negara jiran. Tapi tiada banyak yg dapat saya buktikan kecuali mereka jalankan amalan spiritual, kemudian sendiri dapat lihatnya. Perkara ini tak dapat dibuktikan dengan standard manusia. Sebab itulah saya perlu sentiasa bercakap dengan anda utk ingatkan anda supaya bermeditasi agar sentiasa berhubung dengan Tuhan, dengan Syurga, dengan Kuasa Alam Semesta yang telah dibangkitkan dalam diri anda pada waktu inisiasi.Sekarang bagi pasukan saya, saya ingatkan anda sekali lagi, anda mesti pergi bermeditasi bersama-sama. Itu lebih baik untuk anda, lebih baik. Pada saat anda ada niat untuk berjalan ke arah dewan meditasi, berkat sudah datang membersihkan anda. Tuhan, Syurga dimaklumi tentang niat anda, niat mulia dan kehadiran anda.Saya tahu anda banyak bekerja. Anda bekerja keras sekali. Oleh sebab saya bekerja bersama anda, saya tahu akan itu. Anda hantar kepada saya setiap hari kadangkala 20 atau lebih fail untuk diuruskan. Sesetengah fail sangat panjang dan rumit, susah. Dan sekali-sekala saya malah perlu uruskan jenis barangan kemas palsu ini serta rompakan wang, ketenangan dan aspirasi spiritual orang, seperti Trần Tâm. Dan… ya Tuhan! Mulai sekarang, jika tiada apa-apa lagi tentang mereka, saya tak nak fikirkan mereka pun, tak nak sebut nama mereka lagi kerana ia buat saya rasa meluat. Ia buat saya rasai kesakitan semua orang yang dirompak oleh mereka dari segi fizikal, emosi, kewangan, keselamatan. Ya Tuhan! Tiada kata-kata untuk gambarkan segala kesakitan dalam hati saya ini.Jadi anda khususnya kononnya anak murid saya yang lain, anak murid Tuhan saya perlu bermeditasi dengan jumlah masa yang ditetapkan untuk hidup dulu, belum kata lagi pergi ke Syurga pun. Tetapi anda pergi ke Syurga ketika bermeditasi. Berapa tinggi Syurga itu juga bergantung kepada keikhlasan, kerajinan dan karma anda. Sekarang, kebanyakan karma sudah dihapuskan pada masa saya beri inisiasi kepada anda melalui Belas Kasihan Tuhan tetapi anda perlu teruskan kerana setiap hari anda bekerja di dunia ini, berada di dunia ini, berhubung dengan orang. Sama ada anda suka atau tidak, sedar atau tidak, anda mendapat karma daripada mereka. Itu karma kolektif. Karma individu ialah karma anda. Karma kolektif pula adalah daripada keluarga, rakan, kaum kerabat, kampung, bandar, wilayah, negara dan dunia anda – dunia fizikal anda, dunia ini.Benda yang anda makan, anda pakai berikan karma kepada anda juga. Jika anda perlu beli sesuatu yang lama atau orang sudah gunakannya, anda mesti cuci sebersih-bersihnya. Bubuh garam di atasnya dulu, kemudian bilas dan cuci dengan sabun. Kemudian anda perlu gantungnya di bawah sinar matahari. Apa-apa pun, perabot pun, selama tiga hari dengan cahaya matahari sebelum anda gunakannya. Itu lebih baik supaya anda memutuskan hubungan dengan karma bekas pemilik, supaya karma mereka tidak pengaruhi anda, tidak menambah pada karma hubungan harian fizikal anda yang sudah ada.Anda mesti bermeditasi, bagi kakitangan saya terutama kakitangan di ashram. Anda harus berkumpul dan bermeditasi tepat pada masanya. Anda menetapkan satu orang setiap hari dan bergilir-gilir menjagakan semua orang kerana kadangkala anda terdengar bunyi penggera tetapi tidak bangun dan tutupnya kerana tidur dengan terlalu lena. Tidur adalah baik. Anda perlu berehat. Tetapi meditasi sangat penting. Kadangkala jika anda pergi, berjalan keluar sikit, dan anda tidak mengantuk lagi – udara segar jagakan anda – kemudian anda masuk dan bermeditasi.Di dewan meditasi, jangan jimatkan wang. Buatnya kekal panas. Gunakan dapur gas, pemanasan pusat elektrik atau pemanas utk kekalkan kepanasan badan supaya selesa. Oleh sebab anda datang dari katil panas, jika anda pergi ke dewan meditasi, mungkin anda rasa terlalu sejuk dan resah, jadi anda kekalkan kepanasan badan. Atau beli paket panas dan biarnya berada dalam tangan, pada hulu hati atau belakang anda di sesuatu bahagian untuk mengekalkan kepanasan badan, dan selimut panas. Anda mesti beli selimut yang besar, tebal dan panas. Anda mesti belinya. Segalanya yang anda beli dibayar oleh pihak ashram, saya bayar, jadi jagalah diri dan memakai pakaian panas. Pada musim sejuk, anda memakai dua helai seluar, dua helai kemeja atas. Pakai kardigan atau baju panas. Apabila terlalu panas, anda boleh tanggalkannya. Apabila keluar, anda memakainya. Jaket. Pastikan anda menjaga kesihatan diri.Hirup udara segar pada bila-bila anda keluar. Lihat tumbuhan hijau pada bila-bila anda boleh. Itu baik untuk mata kerana anda perlu menumpu pada komputer sepanjang hari. Ia menyakitkan mata saya juga. Ia mengeringkan mata saya dan saya cuba cucinya dengan air. Kadangkala, ya Tuhan, saya tak tahu dah berapa lama sejak saya lakukannya. Saya terlupa, terus bekerja dan terlupa. Apabila dah siap, saya terlupa dan sudah letih, jadi tidak lakukannya. Tetapi jika anda boleh ingat atau lekatkan pita di sesuatu tempat, ‘Teh kamomil, sejuk’. Teh kamomil, mereka masukkan ke dalam uncang. Jadi jika anda didihkan uncang ini dan masukkannya ke dalam peti sejuk, kemudian letaknya pada mata, maka ia akan membantu. Minum teh yang menyihatkan juga, teh kamomil, teh beri goji, banyak teh yang lain, teh herba adalah baik untuk anda. Tak terlalu banyak kafeina daripada teh atau kopi.Photo Caption: Bebas daripada Sekatan! Bertumbuh dengan Baik dlm Kebebasan