Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Seperkara lagi, juga, jika anda bunuh orang-haiwan, anda takkan tahu sama ada dalam hayat lampau, orang-haiwan itu ialah ibu bapa anda, bapa anda, ibu anda, saudara perempuan anda, pemberi bantuan kepada anda, apa-apa saja. Jadi jika anda bunuh mereka, karmanya besar. Saya dah beritahu anda, meskipun ibu bapa anda buat perkara buruk dalam hayat lampau, bunuh orang-haiwan untuk dijual, dimakan, melindungi anda sebagai anak mereka, maka mereka tetap perlu menjadi orang-haiwan itu untuk dihukum, menderita.Bukan semua orang-haiwan datang daripada karma. Dah tentu, bukan semua orang-haiwan datang daripada karma. Kebanyakan orang-haiwan berasal dari alam-alam berlainan yang datang untuk bantu kita. Sebab itulah mereka begitu baik. Kebanyakan orang-haiwan tidak bunuh manusia. Mereka hormati dan tidak ganggu manusia. Anda semua tahu akan itu. Kerana mereka datang dari planet lain, alam spiritual lain. Mereka bersukarela untuk turun ke sini bagi membantu anda. Walaupun mereka dari alam yang lebih tinggi, lebih menceriakan daripada anda, mereka turun ke sini untuk bantu anda kerana dulu anda ialah ibu bapa, kawan atau saudara perempuan, saudara lelaki mereka dlm hayat lampau.Jadi jika anda bunuh orang-khinzir untuk dimakan kerana anda rasa itu hanyalah orang-haiwan – anda takkan tahu, mungkin dia ialah bapa anda sebelumnya saja, hanya satu hayat sebelum hayat ini. Ada banyak kisah sebenar. Sekurang-kurangnya saya terbaca dalam berita Âu Lạc (Vietnam) bahawa si bapa kembali sebagai ini dan itu, kemudian minta anak supaya bantu dia, berdoa untuk dia, misalnya macam itu. Mereka kembali sebagai orang-haiwan dan berada dalam situasi menderita. Mereka kembali untuk beritahu anak supaya bantu mereka. Banyaknya. Saya sendiri tahu banyak walaupun saya tak dapat buktikannya kepada anda kerana perkara ini berada di domain tak nampak, bukan domain fizikal yang kita diami, yang dapat saya sentuh, yang dapat anda lihat. Tetapi saya tahu itu berlaku.Jadi jika seorang bapa atau ibu berkorban untuk jalankan perniagaan yang buruk bagi menyara anak mereka, dia tetap perlu menanggung akibat dan karmanya, dan dihukum dengan sewajarnya. Tetapi disebabkan anda, si anak, dia perlu buat perbuatan buruk. Kadangkala mungkin malah pergi mencuri barang untuk bawa roti pulang ke rumah. Jadi jika anda bunuh mana-mana orang atau orang-haiwan, mungkin mereka ialah kawan dan saudara-mara anda dalam hayat lampau. Buddha pun berkata begitu.Buddha berkata begitu. Semua makhluk ialah ibu bapa atau saudara-mara anda, dulu. Jadi tolonglah, jangan bunuh manusia, orang-haiwan lagi, pokok juga. Tolong jangan. JANGAN bunuh apa-apa pun. Meskipun anda merisikokan nyawa dan nyawa anda akan diragut untuk makhluk lain, anda akan pergi ke Syurga. Tapi jika anda meragut nyawa mereka, anda akan pergi ke neraka. Jadi apa kebaikannya membunuh seseorang sekarang dan anda pergi ke neraka, menderita selama beribu-ribu eon yg akan datang? Anda tak dapat hidup selama-lamanya dan lari daripada karma bunuh itu. Tidak kira sama ada anda betul atau salah, anda tetap perlu melangsaikannya. Jadi tolong hentikannya. Berhenti sepenuhnya. Tidak lagi.Semua pemimpin di dunia, anda perlu memimpin rakyat supaya ikut prinsip “Apa yang anda semaikan, itulah yg akan anda tuai” ini. Apa-apa pun yang anda buat, akibatnya akan datang kepada anda. Pemimpin anda tak perlu menjadi pendeta lelaki dan wanita baru memahami ini. Ini adalah logik. Ini sangat saintifik. Einstein pun beritahu anda bahawa jika anda baling sesuatu di udara, mana-mana arah, jika anda berdiri dengan cukup lama di tempat itu, benda itu akan kembali kepada anda. Kesan bumerang.Jangan ingat saya beritahu anda semua ini kerana saya mahu anda menjadi anak murid saya. Tidak, jadilah anak murid Tuhan. Saya tahu tak byk orang boleh percayai apa yg saya katakan atau cuba ikut saya. Ada pasar besar, seperti pasar raya, penuh dengan yogi, guru spiritual ini, guru itu dan segala jenis santo, gelaran yang boleh direbut di dunia. Jadi mengapa anda datang kepada saya? Saya malah minta disiplin yang ketat seperti Lima Rukun. Anda tidak bunuh. Anda tidak berbohong Anda tidak berzina. Anda tidak mengambil dadah atau intoksikan. Anda tidak berbohong. Anda tidak bergosip tentang orang lain, contohnya. Anda perlu menjadi vegan yang ketat. Tiada telur, tiada susu, apa-apa pun, dalam kosmetik anda pun. Tiada madu di dalamnya juga. Tidak mengambil bahan, makanan yang mengandungi produk orang-haiwan, disyaki ada di dalamnya. Jika anda mengesyaki sesuatu bukan vegan, anda tidak makannya. Anda perlu bermeditasi selama dua jam setengah, maksud saya satu persepuluh daripada hari anda didedikasikan kepada Tuhan. Anda perlu bermeditasi. Jadi saya tahu bahawa tak banyak orang dapat ikut saya tetapi saya beritahu anda prinsipnya, prinsip asas hidup jika anda ingin hidup tenang, sihat dan selesa. Saya tidak jamin kekayaan kepada anda jika anda ikut saya pun. Hanya ada kehidupan yang selesa, kehidupan yang sihat hingga hari anda balik ke mana-mana saja karma membawa anda.Jadilah baik, mulia, vegan. Itu saja. Jadilah orang vegan kerana suasana damai, tenaga yang anda keluarkan dari diri anda akan mendamaikan dunia. Jadi tak perlukan mana-mana wira keluar dan menyelamatkan sesiapa pun dalam peperangan, membuat perjanjian damai atau apa-apa pun. Hanya menjadi vegan. Jika warga dunia menjadi vegan, segalanya akan menjadi seperti Firdaus di Bumi. Saya janji kepada anda. Saya janji kepada anda dgn sepenuh hati, segala kehormatan saya, apa-apa saja yang saya ada, akan menjadi macam itu. Segalanya akan berubah sepenuhnya kepada situasi yang berbeza. Akan tiada racun lagi, tiada wabak lagi, tiada apa-apa yang boleh mudaratkan atau cederakan anda. Barangkali anda akan hidup lama sekali seperti orang zaman dahulu, 800 tahun atau lebih.Tetapi sekarang meskipun anda ada peralatan yang terbaik, paling berkuasa di dunia, anda tak boleh pasti bahawa takkan ada peperangan. Anda tak boleh pasti bahawa anda takkan hidapi penyakit meskipun anda ada segala ubat yang terbaik di dunia. Suntikan wabak pun beri kesan yang bertentangan kepada orang, sesiapa saja yang mengambil ubat itu. Sekarang semua orang mengakuinya, sudah mengakuinya, dan perlu bayar banyak pampasan kerana memperdaya orang, berkata bahawa vaksin tiada kesan sampingan dan selamat. Sebenarnya tidak. Ia bangkitkan banyak virus buruk dan keburukan yang lain ke dalam badan anda dan buat anda hidapi lebih banyak penyakit, belum kata lagi kesan buruk daripada suntikan. Jadi sekarang anda tahu.Tiada apa-apa yang dapat lindungi anda kecuali anda sendiri, kecuali kebaikan anda sendiri, kecuali sifat ketuhanan anda sendiri di dalam diri anda. Jadi saya bukan cuba khutbahkan apa-apa yang luar biasa kepada anda supaya anda mengikut saya. Bukan. Itu logik. Jika anda tangan anda sentuh ketuhar, ia akan melecurkan anda. Jika anda mengelar jari anda, gunakan pisau untuk mengelar jari anda, maka anda akan berdarah. Jika anda makan racun, maka ia akan cederakan anda. Apa-apa yg anda buat yg mencederakan akan cederakan anda, racun pun. Tetapi sesetengah benda ambil masa yg lebih panjang baru nampak kesannya. Sesetengah benda ambil masa yang lebih singkat, kadangkala dengan serta-merta. Racun daripada orang-ular pun, sesetengahnya berbeza. Anda mati selepas beberapa jam atau selepas beberapa hari. Sesetengahnya anda mati dgn serta-merta dan tiada apa yg dapat sembuhkan anda. Atau racun pun, racun yang berbeza akan bunuh anda secara perlahan-lahan dan tiada sesiapa yang akan tahu, mengesaninya atau berfikir pun bahawa anda diracun sampai mati.Dengan sesetengah racun, anda mati dengan serta-merta. Sesetengah racun beri kesakitan dan penderitaan tak tertahan kpd anda sebelum anda mati. Sesetengahnya anda tak rasa apa-apa pun Anda mati saja. Dengan sesetengahnya, anda mati secara perlahan-lahan, bergantung kpd dos yang diberi kpd anda Jadi anda bunuh orang-haiwan untuk dimakan, mungkin anda tak nampak apa-apa pun tetapi kemudiannya anda mendapat kanser, alami masalah ini, masalah itu, hati anda, buah pinggang anda, pankreas anda, apa-apa saja. Tetapi dengan sesetengahnya, anda mati dgn serta-merta. Banyak orang termakan sesuatu dan mati saja, atau menderita untuk seketika di hospital dan mati. Macam mana pun, mengapa anda nak buat begitu terhadap diri yang berharga, badan cantik yang Tuhan buat dgn sempurna? Mengapa?Hentikannya saja, kemudian anda hidup sihat. Anda hidup untuk anak anda, tahun-tahun yang panjang, jaga mereka, lihat mereka berkahwin, lihat mereka ada cucu untuk anda. Kehidupan anda ialah rantaian kebahagiaan yang panjang, lembut. Hanya kebahagiaan yang akan anda ada kerana anda akan sihat, anda ceria. Segalanya akan berjalan lancar utk anda dan seluruh planet akan berubah menjadi syurga. Sungai akan mengalir dengan banyak, bersih semula, air untuk anda. Anda malah boleh terus minum daripadanya, tidak risau tentang bakteria, bahan kimia atau benda kotor daripada orang-haiwan atau manusia. Semua lautan akan mampu menyerap sebarang udara buruk untuk anda dan hanya berikan oksigen yang baik untuk anda bernafas dengan kehidupan yang sihat. Semua hutan akan terus membuat kerja mereka yang bermanfaat, penuh kemurahan, hembuskan udara yang baik untuk anda, melindungi nyawa anda, melindungi nyawa anak anda.Jadi mengapa kita tidak beri sumbangan positif ini kpd dunia, kpd diri sendiri sebaliknya? Jika sepotong daging orang-haiwan pun tak dapat anda tinggalkan, lepaskan, apakah yang anda harapkan orang lain akan buat untuk anda? Jika anda boleh bunuh bayi sendiri, bagaimana anda harap orang lain baik terhadap anda, pemurah terhdp anda hormati anda dan neraka akan melepaskan anda? Bagaimana? Jika anda terus keluar dan bawa senapang ke negara orang lain atau bandar orang lain dan musnahkan mereka, nyawa mereka macam itu, bagaimana anda harapkan apa-apa yang baik datang kepada anda? Anda tidak segera nampaknya mungkin kerana racun ini jenis yang berbeza, bunuh anda secara perlahan-lahan – karma akan datang dgn perlahan-lahan. Tetapi mungkin ia datang dengan cara anda rasa tak berkaitan dgn peperangan.Photo Caption: Semua Benda adalah Cantik, Damai jika Semua Orang Biarkan Mereka Saja!