Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Semoga Orang Muhsin Menang, Bahagian 4 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sesiapa yang mahu, sama seperti manusia, jika mereka bertaubat dan mengubah cara mereka ke yang lebih berbelas kasihan, lebih secocok dengan cara hidup Syurga, maka mereka boleh pergi ke Syurga. Saya dapat bantu mereka. (Oh!) Tapi jika mereka tak nak, saya tak boleh memaksa mereka. (Ya, Guru.) Manusia, haiwan dan semua makhluk, sama saja.

( Saudara perempuan itu ada soalan seterusnya, Guru. ) ( Guru, dalam persidangan sebelumnya, ) Ya. ( Guru sebut bagaimana Guru mengikat syaitan yang mengganggu orang tertentu. Dewata Ihôs Kư tak dapat dan Dewa Besar Peringkat Keempat tiada nilai yang mencukupi untuk membawa mereka semua ke Peringkat Keempat sekali gus. Bagaimana jika Dewa Besar Peringkat Keempat membawa mereka? Apa yang akan berlaku? )

Pertama, barangkali Dia tak boleh menjadi Dewa Peringkat Keempat lagi. (Oh!) Dia tak dapat membawa mereka ke atas kerana Dia tiada kuasa nilai yang cukup untuk bawa mereka ke atas. Okey? (Faham.) Perlu mengkoordinasi dengan Dia, bukan sahaja Dewata Ihôs Kư. Itu perlulah koordinasi yang besar. Faham? (Ya, Guru.) Jika Dewa tiada nilai yang mencukupi, maka Dia tak dapat buat begitu. (Faham.) Meskipun Dia buat begitu, mungkin syaitan akan mengambil alih. (Oh, wau!) Kemudian itu takkan menjadi Peringkat Keempat lagi, akan menjadi alam syaitan semula. (Oh!)

Ini kisah lawak, maklumlah. Kerana Dewata Ihôs Kư tak dapat tangkap mereka yang berada di sisi orang dan menggesa mereka berbuat jahat. Mereka tak dapat pergi menangkap mereka. Jadi saya perlu pergi melakukannya. Kemudian saya mengikat mereka bersama dan mengheret mereka balik. Kemudian saya terlupa akannya. Terlupa akan mereka. Terlalu sibuk. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Kamu tak tahu berapa sibuknya saya. Kamu memang tak tahu. Jika kamu berada di sisi saya 24 jam setiap hari, kamu akan berfikir, “Guru dibuat daripada apa? Guru tak apa-apa?”

Saya memang hampir tiada masa untuk apa-apa pun. Kemudian saya alami sedikit kesakitan dan meminta ubat. Seseorang hantarnya. Bukan ke tempat saya, sesuatu tempat yg lain. Kemudian seseorang yang lain bawa dan gantungnya di sesuatu tempat, dan saya pergi ambilnya. Jauh. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jauh dari kononnya rumah saya. Sangat jauh, pintu pagar besar di luar. Tapi saya terlupa ambilnya juga. Kadangkala saya ambil, kadangkala saya terlupa ambil, jadi kesakitan tak benar-benar hilang, jadi saya berfikir, “Tak apa, lupakannya saja.” Kemudian saya terlupa akan mereka.

Pada suatu hari, tiba-tiba saya melihat ke luar dari medan tenaga saya dan ternampak mereka semua berlutut, dengan kepala ke bawah, berlutut, tangan terikat dan segalanya. Bukan fizikal tetapi kelihatan macam itu. Okey? (Ya, Guru.) Kamu bayangkan seperti penjenayah, polis menggari mereka. Menggari mereka dengan gari. (Ya, Guru.) Kemudian kaki digari juga, jadi mereka tak dapat berdiri pun, jadi perlu hampir seperti berlutut, berlutut dan kepala dicecahkan ke lantai. Ya? (Ya.) Kepala menunduk dan sebagainya. Hampir seperti merantai tangan dan kaki mereka bersama, jadi mereka tak dapat berlutut dengan tegak. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Mereka bersujud hampir ke lantai, tangan dan kaki bersama dengan kepala hampir tersentuh lutut. Boleh kamu bayangkan itu? (Ya.) Saya terlupa, kemudian suatu hari saya melihat ke luar, lebih kurang tiga, empat hari selepas itu. Saya kata, “Eh? Apa itu?” Kerana saya minta Dewata... Dewata Ihôs Kư, pelindung di sekeliling saya supaya bawa mereka ke neraka. Atau sesiapa saja yang diampuni, maka pergi ke Syurga, yang kurang jahat pergi Syurga, dan sudah bertaubat, dan saya kata ini peluang terakhir yang saya berikan.

Biasanya saya sudah tak berikan pengampunan lagi lepas itu, pada April atau sesuatu. Tapi saya rasa bersimpati dengan mereka, jadi saya kata, “Okey, okey. Biar sesetengahnya pergi ke Peringkat Keempat dan sesetengahnya pergi ke neraka kerana mereka tak bertaubat. Jadi separuhnya harus pergi ke Syurga dan separuhnya pergi ke neraka. Mengapa mereka masih berada di sana?” Jadi Dewata berkata, “Kami tak dapat.” Saya kata, “Hanya asingkan mereka. Asingkan mereka. Kemudian bawa sesetengahnya ke Syurga, sesetengahnya ke neraka.” Mereka kata Mereka tak dapat. Saya kata, “Mengapa? Apa yg tak kena?” Mereka kata, “Engkau mengikat mereka.” Saya kata, “Ya, tapi Engkau boleh bawa mereka, asingkan mereka, kan?” Mereka kata, “Tidak. Kami tak dapat. (Wau!) Engkau perlu memancarkan tenaga untuk memusnahkan ikatan ini. Jika tidak, kami tak dapat lakukannya.” Saya kata, “Ya Tuhan! (Oh, wau!) Buat apa aku ada Engkau di sisi?” Saya kata, “Okey, okey. Maka boleh lakukannya sekarang. Lakukannya.” Saya malah perlu sendiri membuka ikatan mereka. Maksud saya tak menyeronokkan tetapi kelihatan lucu. Cara mereka semua terikat macam itu, tunduk ke bawah macam itu. Maksud saya ini komedi sedih. (Ya.) Saya tak tahu bagaimana jelaskannya apabila saya lihatnya macam itu. Saya terlupa akannya. Banyak hari, saya terlupa. Saya tak ingat berapa banyak hari, pasti sekurang-kurangnya empat hari, seminggu atau sesuatu. Kemudian saya rasa sangat bersimpati. Mereka lapar dan sebagainya. Sekurang-kurangnya mungkin di neraka mereka boleh ada makanan sendiri atau apa-apa saja. Jadi itu bagaimana Mereka mengambil masa beberapa hari untuk bawa mereka ke neraka atau Syurga. Kemudian ada beberapanya yang masih tertinggal di sana. Saya kata, “Sekarang apa pula? Mengapa belum semuanya pergi dari sini?” Dewata Ihôs Kư beritahu saya... Saya dah lupa juga. Saya sibuk dan lupa. Dewata Ihôs Kư berkata kepada saya, “Dewa Besar Peringkat Keempat tiada nilai yang mencukupi lagi untuk membawa mereka.” Saya kata, “Apa? Ya Tuhan! Mengapa tiada nilai yang mencukupi lagi?”

Jadi Mereka kata, “Baru-baru ini Guru mengampuni banyak orang dan banyak makhluk naik ke atas sana termasuk haiwan dan makhluk neraka, jadi sekarang dah penuh. (Oh!) Walaupun kita boleh memperbesarnya, namun Dewa Besar Alam Keempat tiada nilai yang tertinggal lagi.” (Wau!) Kemudian saya teringat. Dah tentu, nilai boleh dipotong atau diminimumkan, atau boleh ditambahkan mengikut keadaan, bergantunglah. Saya kata, “Okey, okey. Ya Tuhan! Sekarang apa yang nak dibuat? Aku telah berjanji untuk ampuni mereka. Siapa bertaubat dengan serta-merta, aku ampuni.” Jadi saya perlu banyak berfikir. Kemudian saya kata, “Okey. Aku akan buat satu lagi ‘ruang’, satu lagi alam kecil untuk menempatkan orang.” Saya kata, “Okey. Itu bukan Syurga tetapi bukan neraka. Itu bukan neraka yang menghukum. Di sana engkau akan ada makanan dan segalanya. Tinggallah di sana sehingga kami betulkannya, Okey?” Sehingga Dewa Besar Alam Keempat mungkin mendapat semula nilai-Nya. Kerana saya boleh berikan kepada-Nya tetapi Dia tak dapat ambil semuanya. Faham apa yang saya katakan? Sama seperti vitamin, kita tak boleh makan seluruh botol dan menjadi kuat dengan serta-merta. Bukan macam itu. Kita perlu makan dengan perlahan-lahan. (Ya, Guru.)

Atau kek (vegan) yang saya hantar kepada kamu hari ini pun, kamu tak boleh telan semuanya pada masa yang sama, kan? (Tidak.) Jadi ada baki, kamu boleh makan esok. Okey? (Ya, Guru.) Bagus. Kerana makan terlalu banyak akan menyebabkan sakit perut juga. (Ya.) Terlalu banyak makanan manis dan ia boleh menyebabkan sakit kepala. (Ya.) Kamu mesti minum air dgn serta-merta. (Ya, Guru.) Minum teh atau kopi, kemudian air juga untuk mencairkan manisan, okey? (Ya.) Saya beritahu kakitangan dapur melalui seseorang supaya buat krim ini tanpa gula kerana pai daging kisar vegan sangat manis. Jadi jika terlalu manis, rasanya tak begitu enak. Perlu bergabung dengan itu. Maka itu okey? (Ya, Guru. Terima kasih.) (Saya tidak perasan bahawa tiada gula di dalamnya, Guru. Saya ingat ia di dalam krimnya.) Tidak. Kerana kita campurkannya dengan pai. Maka mengimbanginya. (Ya.) Jika kamu tiada krim itu, maka akan terlalu manis. Tapi saya tak dapat beritahu saudara-saudara lain. Mereka perlu lihat nasib mereka. Saya tak tahu sama ada mereka tahu bagaimana membuat krim di sana. Tapi tak apa, mereka boleh makan kurang atau lebih. Tapi mereka juga ada yang sama dengan kamu, ada lebih banyak pai sikit daripada kamu. Maaf. Sebelumnya mereka tiada. Faham? (Ya, Guru.) Baiklah. Bagus. Itu saja, saya dah beritahu kamu. Ada soalan lagi?

( Ya, Guru. Mengapa hanya separuh daripada syaitan bertaubat dan yang selebihnya tidak? )

Sama seperti manusia. (Oh!) Sesetengah daripada mereka boleh bermakrifat, Sesetengah drpd mereka tak boleh. (Ya.) Sebab itulah mereka bunuh Nabi Isa. Bukan? (Oh!) Sebab itulah kita ada Krismas. Untuk ingat bagaimana Nabi telah berkorban untuk manusia. Kerana kebanyakan daripada mereka tak dengar kata-kata-Nya. Mereka malah membunuh-Nya. (Ya.) Dan banyak nabi juga. Mereka datang ke Bumi kita, mengajar kita segala perkara baik dan ingin membebaskan roh kita, kemudian kita membelot, dan bunuh atau mengkhianati Mereka. Saya ada beberapa daripada mereka dalam kumpulan saya juga. (Oh!) Malah baru-baru ini, seorang saudara baru. Macam itu. Hayat demi hayat, Guru tak hidup dengan baik. Tak hidup dengan baik sepenuhnya. Jadi jangan tanya saya tentang syaitan. (Okey, Guru.) Mereka ialah syaitan. Adalah mengejutkan sesetengahnya malah berubah dan bertaubat. (Ya.) Berbanding dengan banyak manusia yang tak berubah dan tak bertaubat, (Ya.) malah ingin mencederakan saya. Okey? (Ya, Guru.) Bukanlah saya benar-benar risau tentang keselamatan fizikal saya tetapi saya masih perlu bekerja. Saya perlu hidup lebih lama sikit, selama yang boleh. Kerana saya tak sampai hati untuk meninggalkan manusia dan makhluk lain di planet ini. Baiklah, sayang, ada soalan lain? (Terima kasih, Guru.)

( Guru, berkenaan dengan semua roh dari rumah sembelih mendapat pembebasan, mengapa mereka sebelum dan semasa COVID-19 tak boleh mendapat pembebasan? )

Tidak, saya tak kata semasa COVID-19 tak mendapat pembebasan. Ini kerana mereka tak nak. (Oh!) Ya. Sesiapa yang mahu, sama seperti manusia, jika mereka bertaubat dan mengubah cara mereka ke yang lebih berbelas kasihan, lebih secocok dengan cara hidup Syurga, maka mereka boleh pergi ke Syurga. Saya dapat bantu mereka. (Oh!) Tapi jika mereka tak nak, saya tak boleh memaksa mereka. (Ya, Guru.) Manusia, haiwan dan semua makhluk, sama saja. Sesetengahnya lebih banyak diracun, sesetengahnya kurang diracun. Orang yang kurang diracun dan ada pahala dalam hayat silam lebih senang untuk diyakinkan. Sesetengahnya tak dapat. (Ya, Guru.) Bukan hanya semasa atau sebelum tetapi selepas pandemik ini pun. (Oh, ya!) Sebab itulah hayat demi hayat, mesti ada seorang Guru yang turun ke mana-mana planet utk bantu mereka. Jika tidak, semua planet sudah menjadi Syurga. Tak perlu saya turun ke sini. (Ya, Guru.) Atau Nabi Isa turun ke sini dan sudah dapat membebaskan semua roh. Tak perlu kita berada di sini. Faham? (Ya, Guru.) Sesetengah orang degil, sama seperti syaitan. Soalan kamu sebelumnya tentang syaitan, sama juga. Okey? (Ya, Guru.) Sesetengah orang terlalu banyak diracun dalam minda mereka. Mereka tak dapat ubah.

Kamu lihat Judas (Ya, Guru.) mengkhianati Nabi Isa. Thomas pula berasa sangsi sama ada Nabi Isa telah bangkit semula. (Ya.) Dan Devadatta ialah sepupu Buddha, membesar bersama-Nya tetapi sentiasa bersaing dengan-Nya sejak kecil lagi. Apabila mereka berdua dah besar dan Buddha sudah ada seluruh dunia mengikut dan mempercayai-Nya, Devadatta masih terus bersaing dengan-Nya dengan sebarang cara yang boleh. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Apabila Buddha berkatinya untuk menyembuhkannya, dia malah berkata sekarang Buddha nak menjadi tabib. Seolah-olah Dia tak cukup terkenal dan sekarang malah ingin menjadi tabib. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Buddha menghulurkan tangan dari jauh, ingin menyembuhkannya. Dia bukan sahaja tak berterima kasih malah memutarbelitkannya, (Oh!) berkata bahawa Buddha nak menjadi terkenal sekarang sebagai tabib. Maklumlah. Sepupu pun, bermakna suku yang sama, keturunan yang sama. (Ya.) (Ya, Guru.) Maksud saya hampir sama, keturunan dan suku yang sama, dan mungkin DNA sangat mirip. (Ya, Guru.) Tetap tiada apa-apa yang sama dengan Buddha. Langsung tak seperti Buddha. Bertentangan sepenuhnya. Baiklah. Kamu puas dengan jawapan saya? (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/6)
1
2021-01-02
10609 Tontonan
2
2021-01-03
7557 Tontonan
3
2021-01-04
11718 Tontonan
4
2021-01-05
6815 Tontonan
5
2021-01-06
6493 Tontonan
6
2021-01-07
5992 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android