Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 1 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Beritahu keluarga dan kawanmu supaya berhati-hati, bertaubat dan mengubah gaya hidup mereka ke gaya hidup berbelas kasihan. Diet vegan ialah penyelesaiannya.” (Ya, Guru.) Orang yang, contohnya, adalah vegan atas sebarang sebab, tetapi meninggal, lebih senang bagi saya menjaga roh mereka, bantu roh mereka pergi ke peringkat Syurga yang lebih tinggi.

( Hai, Guru! ) Halo! ( Hai, Guru! ) Hari sebegini. (Ya.) Kamu kurang senang pagi ini atau sesuatu? (Mungkin.) Sayalah. Saya kurang senang. Apa khabar, semua? Apa khabar? ( Khabar baik, Guru. ) Kamu masih gembira dan puas? (Ya, Guru.) Adalah baik mendengar itu. ( Apa khabar, Guru? ) Saya baik-baik saja. Cuma sangat sibuk, fizikal dan spiritual. (Ya, Guru.) Saya dah kata, agak mengagumkan menjadi pencuci pakaian, pengurus rumah, tukang cuci saya sendiri, (Wau!) jurukamera, juruteknik lampu dan... (Wau! Guru boleh buat segalanya!) Penjawab persidangan, apa? Mengkaji untuk saya.

Khabarnya kamu ada soalan daripada saudaramu, (Ya, Guru.) wanita berambut perang muda yang cantik di sana. (Ya.) ( Guru pernah berkata bahawa ada berita baru yang nak dikongsi dan kami berasa teruja untuk dengarnya. Boleh Guru berkongsi dengan kami? ) Ya, dah tentu. Saya menulisnya dalam diari saya dan sudah ingin beritahu kamu pada 24 atau 25 Julai tetapi keadaan tak membenarkan kerana saya terlalu sibuk mengatur tempat kediaman saya, sentiasa berpindah dan bertukar, jadi tak begitu mampu. Jadi hari ini adalah bagus kamu melapor kepada saya bahawa kamu ada soalan, jadi kita lihatnya bersama-sama. (Ya. Terima kasih, Guru.) Saya boleh bacanya kepada kamu. Sebenarnya itu pada 24 Julai tapi saya tiada ruang yang mencukupi pada 24 hb, jadi menulisnya pada 25 hb. Saya menulis di sini, 24 Julai 2020. Saya akan bacanya kepada kamu. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Terima kasih atas sokongan kamu. Saya dengarnya dengan kuat dan jelas. Barangkali ego saya suka akannya. Bagaimanapun, ini sesuatu yang sangat menyedihkan saya. Minta maaf kerana tak begitu menguja seperti yang kamu jangkakan. Tiada apa-apa yang begitu menguja sekarang ini. Baiklah, saya baca kepada kamu dulu. (Ya, Guru.)

Setakat 24 Julai... ini angka tak rasmi orang yang dijangkiti COVID-19. Ia sangat jauh dari berita atau angka rasmi. (Ya, Guru.) Saya perlu beritahu kamu supaya saudara-saudara kita tahu juga. Okey? (Ya, Guru.) Jika tidak, ia sangat menyedihkan, saya tak nak sebutnya, tapi saya perlu supaya kamu dan saudara-saudara kita, sekurangnya orang yang telah terima inisiasi akan lebih berhati-hati. (Ya, Guru.) Saya tak pasti sama ada orang luar akan dengar. (Ya, Guru. Faham.) Baiklah, setakat 24 Julai, ini apa yang saya tinjau di dalam. Ini berita dalaman. Bukan berita rasmi. (Ya, Guru.) Syurga beritahu saya. Saya tinjau kerana saya agak bimbang dengan trend wabak ini. Ia berterusan sebelum itu. (Ya, Guru.) Sebelum 24 Julai. Saya tak lihat berita sejak itu. Jadi pada 24 Julai di seluruh dunia ada 1,003,322,462 orang yang dijangkiti COVID-19. (Wau, banyaknya itu!) Saya hanya bercakap tentang jangkitan. Saya belum bercakap tentang kematian dan sebagainya. (Ya, Guru.) Dah tentu, sesetengahnya mati juga. (Ya, Guru.) Tapi setakat hari ini, 29 Julai 2020, ada lebih banyak lagi. Bilangannya sentiasa meningkat. (Ya.) Setakat hari ini, ada 1,005,432,271 orang mangsa COVID-19, tak termasuk orang yang mati. (Teruknya.)

Jadi sekarang saya nak baca kepada kamu mesej (Ya, Guru. Terima kasih.) yang saya nak beritahu pada 24 Julai tetapi tak dapat. Ia dalam diari saya pada... Ya, okey, ini dia. “Mesej kepada semua orang yg dengar.” Saya hanya tulis secara singkat. (Ya, Guru.) Maksud saya, ia bukan seluruh struktur ayat. Saya hanya baca seperti sediakala. (Ya.) “Hidup sara diri sebanyak yang boleh. Jika kamu ada tanah, tanam tanaman, pokok buah dll, (Ya, Guru.) dan sayuran. Pada bila-bila kamu keluar, alat perlindungan diri lengkap. Pakai penutup kepala juga seperti topi untuk menutupi rambut juga, dan gogal untuk mata. Baju luar untuk badan. Dan cuci dengan serta-merta selepas balik ke rumah.” Saya kata, “Lepas rumah.” Kerana saya tulis dengan cepat. Saya tiada banyak masa untuk menulis esei di sini. Jadi begitulah. Saya kata, “Aku nak beritahu engkau bahawa aku masih di sini dan berjuang untuk engkau.” (Kami tahu, Guru. Terima kasih, Guru.) Saya tak dapat bantu hentikan wabak ini sekarang. Saya boleh meminimumkannya tetapi tak dapat hentikannya sepenuhnya. Kerana seperti yang telah saya kata, setelah roda kesan karma berputar, mustahil untuk hentikannya. (Ya, Guru.) Tapi saya telah beri amaran kepada orang awal-awal lagi. Saya sudah beri amaran kepada kamu juga, sebelumnya. (Ya.) Saya telah beri amaran kepada orang secara rasmi di (Supreme Master) TV kita juga. Jadi, “Aku masih di sini, berjuang untuk engkau. Orang yang mati, aku akan jaga jika mereka ialah saudara-maramu, jika mereka pernah lihat aku atau fotoku, atau jika mereka tak dirasuk syaitan ghairah,” di dalam, bermakna roh mereka telah pergi dari situ. Badan hidup atau badan mati, mereka hanyalah syaitan di dalam. (Ya, Guru.) Saya jaga, sesiapa saja yang boleh. Roh. Saya tak dapat hentikan wabak ini tetapi akan menjaga roh orang yang ikhlas dan bertaubat, khususnya saudara-mara dan kawan kamu. (Terima kasih, Guru.)

Satu lagi, “Tukar pekerjaan jika boleh supaya kau boleh bekerja di rumah.” Atau kamu boleh tanya syarikatmu sama ada kamu boleh bekerja dari rumah atau tidak. Itu mungkin lebih selamat, jimatkan banyak masa untuk kamu dalam lalu lintas, juga selamatkan alam sekitar daripada pencemaran buruk. “Semua restoran dibuka hanya utk bungkus, bukan makan di dalamnya. Semua produk vegan ditambahkan, buat lebih banyak.” Saya tulis dengan singkat, jadi baca dengan singkat juga. (Ya, Guru.) “Semua produk vegan ditambahkan untuk dihantar.” Tahulah, orang pesan dan kita hantar ke merata tempat. (Ya.)

“Tingkatan sistem jika perlu. Bermeditasi sebanyak yg masa lapang benarkan, bila-bila saja, mana-mana minit, di mana-mana saja demi perlindungan diri, Dunia Vegan dan haiwan, tiada penderitaan lagi, dengan itu manusia juga tiada karma neraka lagi. Mereka yang sudah nampak kekejaman yang dipaparkan oleh filem, video atau malah di laman sesawang kita tentang penderitaan haiwan, menderita dan terseksa hidup dan mati, tetapi masih makan daging, ikan, telur atau hasil tenusu, tidak boleh ditebus. Jadi berilah perhatian. Beritahu keluarga dan kawanmu supaya berhati-hati, bertaubat dan mengubah gaya hidup mereka ke gaya hidup berbelas kasihan. Diet vegan ialah penyelesaiannya.” (Ya, Guru.) Orang yang, contohnya, adalah vegan atas sebarang sebab, tetapi meninggal, lebih senang bagi saya menjaga roh mereka, bantu roh mereka pergi ke peringkat Syurga yang lebih tinggi. (Ya, Guru.) Tetapi orang yang terus makan daging walaupun ada amaran PBB, walaupun ada segala laporan ahli sains, walaupun semua filem memaparkan segala kekejaman dan amalan buruk, tak berperikemanusiaan di ladang haiwan, namun masih makan daging, masih tak ubah, maka orang-orang ini tidak boleh ditebus. Itu apa yang saya nak beritahu kamu. Maaf, ia tak begitu menguja. ( Ini mesej yang penting. Terima kasih, Guru. )

Apa ini di sini? Saya menulis sesuatu. Ya. Pada 23 hb, saya menulis sesuatu di sini. Saya hanya baca seperti sediakala. Saya tak ingat apa itu. “Pukul 11.43 malam. Telah siap dengan maraton meditasi untuk menebus diri daripada kehilangan spiritual. Terima kasih atas segala bantuan.” Ihôs Kư dan Dewata lain di atasnya. “Haruskah aku raikannya bersama kakitangan?” Saya tulisnya, soalan saya, tapi saya tak buat apa-apa pun. Pada jam 2340 sebelum tengah malam… Ini ialah berita yang diberitahu kepada saya kerana saya begitu letih dengan meditasi maraton ini. Walaupun gembira, namun letih juga kerana saya perlu cuba dengan bersungguh-sungguh untuk menebus diri. (Ya.) Saya kehilangan terlalu banyak. Saya malah kehilangan sampai ke tahap minus. (Oh, wau!) Kerana walaupun saya bersuluk, namun kita tetap adakan persidangan kadangkala dan baru-baru ini saja. Dan juga rancangan BMD (Antara Guru dengan Anak Murid) yang disiarkan di TV. (Ya, Guru.) Semua ini menyebabkan saya kehilangan nilai spiritual, bukanlah tanpa kehilangan apa-apa. (Ya, Guru. Faham.) Kerana orang ada karma yang berat. Jadi saya diberi laporan oleh siapa… Ini dia. Tak apa, saya baca saja, kemudian barangkali saya tahu siapa itu di penghujungnya. (Ya, Guru.) Jam 2340, bermakna pukul 11.40 malam. (Ya, Guru.) Tanda petik. “Kemurahan dan kerajinan Guru sudah memulihkan khazanah spiritual yang hilang.” Tanda petik penutup. Ini kata-kata OUP, bermakna Pelindung Alam Semesta Asal. (Wau!) Saya kata, “Terima kasih kerana membantu dan melapor.” Saya kata, “Sifat baikku dan aku begitu gembira. Mengapa kalian sentiasa memuji aku? Tak rasa macam aku benar-benar penyayang atau apa-apa!!!!!!” Banyak tanda seru. “Sebenarnya kalian begitu pemurah. Cicak, labah-labah dan burung pun membuat sebaik yang boleh untuk beri amaran dan melindungi aku di dunia fizikal yang berbahaya ini dalam misiku yang susah. Aku amat tersentuh dan terhutang budi kepada kalian dalam ciptaan luas, dari Dewata Ihôs Kư ke semua makhluk hidup…” Apa? Ah, kecil! Saya tak dapat baca tulisan saya sendiri pun. “…ke semua makhluk hidup kecil. Kasihi kalian. Tuhan rahmati kalian selama-lamanya. Kalian akan pergi ke Syurga, bebas daripada hidup rendah selama-lamanya. Kasih, Kasih, Kasih, Kasih.”

Kemudian pada waktu malam pada hari berikutnya, saya kata, “Tiba-tiba kelihatan begitu muda. Jauh lebih muda. Hore! Harap ini berterusan.” (Begitu bagus.) Ia tak berterusan. Itu daripada meditasi maraton, agaknya. Saya tak sentiasa ada masa yang mencukupi untuk maraton.

Seperkara lagi, bukan semua labah-labah adalah baik. Labah-labah yang bantu saya adalah leper, berwarna perang dan badan berbentuk bulat. (Ya. Oh, wau!) Labah-labah yg saya beri makan dgn roti tak begitu baik hati. Mereka cuba menghentikan saya daripada keluar untuk membuat sesuatu. Kerana mereka harap saya gagal. (Oh, wau!) Ya, ia nyatakan di sini. Saya tanya, “Mengapa begitu?” Saya tak tahu siapa jawab di sini. Saya sedang cuba menyusun sesuatu untuk menjauhkan semut, serangga dan sebagainya bagi mengelakkan mereka, kemudian mereka cuba menghentikan saya kerana mereka menjalin sarang di merata tempat supaya saya tak dapat keluar ke tempat yang saya nak pergi. Jadi saya kata, “Kenapa kau buat begitu?” Mereka tak jawab. Jadi saya terpaksa halau mereka. Saya kata, “Aku perlukan tempat ini, minta maaf. Kau ada seluruh dunia dan seluruh taman, seluruh segalanya yang kau mahukan. Hanya sudut ini, tinggalkannya untuk aku. Aku tak perlukan banyak. Aku tak mahu banyak, hanya satu sudut di dunia untuk aku ada ketenangan untuk bekerja dan bermeditasi untuk dunia dan engkau semua. Haiwan, serangga juga. Jadi jangan cuba menyusahkan aku.” Kemudian saya tak tahu siapa jawab. Saya tanya, “Kenapa?” Mereka kata, “Labah-labah berharap kau gagal. Sebab itulah cuba menghentikan kau keluar supaya kau akan bersama semut.” Labah-labah, jenis yang saya beri makan dengan roti. (Ya.) Terdapat labah-labah yang berbadan bulat, yang besar dan yang kecil. Saya pergi ke sebuah tempat kecil untuk mencari sesuatu. Ada seekor labah-labah bunting yang membawa cakera bulat gembung di depan perutnya kerana ia bunting. Kita dapat lihat itu bayinya di dalam benda putih itu. Ia datang beritahu saya sesuatu. Saya dah lupa apa itu. Saya kata, “Okey, aku dah tahu. Labah-labah lain juga beritahu aku. Terima kasih banyak-banyak. Cubalah tak makan makhluk hidup. Makan yang dah mati atau yang telah dibuang. Apabila kau meninggal, aku akan bawa kau ke Syurga, dah pasti.”

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/11)
1
2020-08-26
42558 Tontonan
2
2020-08-27
16512 Tontonan
3
2020-08-28
14473 Tontonan
4
2020-08-29
14716 Tontonan
5
2020-08-30
13786 Tontonan
6
2020-08-31
19416 Tontonan
7
2020-09-01
11998 Tontonan
8
2020-09-02
12555 Tontonan
9
2020-09-03
14499 Tontonan
10
2020-09-04
11463 Tontonan
11
2020-09-05
11287 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android