Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lokasi Istana Suci, Bahagian 2 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Apabila orang mencerobohi Amerika dara lama dahulu, beratus-ratus tahun dahulu, banyak orang Indian Amerika beri amaran kepada mereka supaya tidak musnahkan tempat ini, tidak bangunkan kawasan itu, tidak binasakan gunung itu kerana mereka berkata kawasan itu suci. Memang benar macam itu. Saya sendiri tahu akannya juga. Kerana kadangkala jika Guru Sebenar atau Santo besar menginap di sana, terus tinggal di sana atau sudah tinggalkan sana, Dewa-dewi alam sekitar, Dewa-dewi tempatan atau Dewa-dewi yang berdekatan akan berkumpul, gunakan kuasa Mereka bagi membina istana untuk pemujaan – “pemujaan penuh kasih sayang, damai”.

Kebanyakan tempat di planet ini ada sesuatu untuk ditawarkan – baik atau mungkin buruk. Ini bergantung kpd anda tinggal di mana, dan siapa yang anda ada sebagai jiran atau negara pada umumnya. Sesetengah negara ada jauh lebih banyak saluran keluar spiritual daripada negara lain. UK, contohnya, ada lebih banyak saluran keluar spiritual yang baik tetapi salah sebuah negara jiran UK ada kawasan yg sangat buruk sebelumnya Dah lebih baik sekarang sejak Raja syaitan ghairah pergi tinggal di kerajaan baharu-Nya di pergunungan Afrika dan sejak Raja hantu ghairah juga memutuskan untuk menjalani kehidupan yang lebih suci, mulia dan spiritual. Saya begitu gembira.

Tapi ke mana-mana pun anda pergi, sentiasa bersikap hormatlah. Ingatlah bahawa Tuhan ada di mana-mana saja, tenaga Santo dan Orang Suci ada di mana-mana saja dan penuh hormat dalam hati anda. Jangan pandang rendah terhadap sesiapa atau mana-mana tempat, berapa tandus atau tidak baik rupanya pun kerana anda takkan tahu. Anda takkan tahu apa di udara, apa sebenarnya yang tinggal di sana dan apa sebenarnya telah dibina di sana. Tanpa mata psikik, anda tak dapat lihat.

Saya harap saya boleh ingat untuk beritahu anda tentang Raja syaitan ghairah. O ya! Saya telah beritahu anda sedikit, lebih atau kurang, bahawa kadangkala mereka perhatikan saya untuk masa yg panjang, bukan satu atau dua hari saja. Saya sendiri pun tak tahu juga. Contohnya, selama beberapa hari saya di hospital. Ada pesakit yang berdekatan dengan saya juga. Oleh sebab hospital itu begitu penuh, mereka perlu duduk di koridor. Saya sendiri ialah pesakit juga tetapi saya lebih berupaya. Jadi saya pergi ke sana sini, bertanya sama ada terdapat apa-apa yang boleh saya buat untuk mereka. Kemudian mereka minta saya seperti, “Oh! Saya perlukan lebih banyak selimut Tolong minta untuk saya.” Atau, “Selimut saya telah jatuh. Tolong menutupi saya.” “Saya perlukan air.” Jadi saya bawa benda kepada mereka, benda kecil ini. Dan juga, seorang wanita tua ada sampah di atas badannya – bukan sampah tetapi benda yang dibuang seperti pelitup muka lama yang kotor atau sesuatu yang tak dapat dibuangnya kerana dia terikat di atas katil. Dia tak dapat bergerak keluar dari katil kerana mereka ada segala jenis mesin yang dipasang pada dia serta IV pada tangan dan kakinya, jadi dia tak dapat bergerak. Kemudian saya kerap bantu dia membuang sampah atau membawa air dan bantu dia minum.

Tiada sesiapa yang tahu – termasuk saya sendiri kerana saya tak terlalu banyak memikirkan itu; saya lebih bertumpu pada Syurga yang lebih tinggi daripada pada Bumi – orang yang saya bantu ini, pesakit yang tak berdaya di atas katil atau duduk di atas kerusi yang saya bantu tutupi dengan selimut atau gerakkan dia ke dalam kerana dia tak dapat sendiri melakukannya, atau bantu dia cari beg tangan yang hilang – saya tak tahu bahawa mereka ialah anggota rombongan, saudara-mara atau rakan Raja syaitan ghairah dalam bentuk manusia. Jadi dah tentu, mereka melaporkan itu kepada Raja syaitan ghairah dan Dia amat tersentuh. Dia berkata bahawa saya benar-benar ikhlas, sangat penyayang dan baik hati. Dgn perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, dengan segala maklumat ini dilaporkan kpd Dia, Dia memutuskan untuk berhenti bekerja ke arah yang bertentangan dengan hasrat saya, kehendak saya. Jadi Dia tinggalkan sini bersama warga-Nya dan pergi ke pergunungan Afrika di mana tiada manusia yang akan jejakkan kaki kerana ia begitu terpencil dan sangat mustahil utk sampai ke sana.

Saya menjemput Dia pergi ke alam yang lebih tinggi seperti Ifuse atau di antara Peringkat Keempat dan Kelima tetapi Dia memutuskan untuk tinggal di sini buat masa ini. Dia membantu di mana-mana boleh. Dia bantu saya dalam sesetengah situasi juga. Saya juga berterima kasih kpd Mereka berdua. Saya juga nikmati kasih sayang Raja hantu ghairah dan warga-Nya yang mereka hantar kpd saya setiap hari. Itu sangat menyelesakan. Saya begitu gembira, tak terperikan. Saya tak dapat gambarkan kepada anda betapa gembiranya saya. Anda hanya tahu bahawa saya gembira, itu saja. Lebih gembira daripada beberapa tahun yang lalu sewaktu kejadian ini belum berlaku.

Disebabkan oleh kejadian ini, saya juga teringat bahawa kebanyakan tempat di Bumi masih ada tenaga Santo dan Orang Suci, atau tenaga Santo dan Orang Suci hidup, atau tenaga Dewa-dewi di merata tempat. Jadi kita mesti sentiasa ada rasa hormat kepada Bumi, tempat di mana anda diami, makanan yang anda makan kerana semua Dewa dan bidadari ada tugas. Sesetengahnya ada tugas membantu pokok sayur bertumbuh, sesetengahnya ada tugas membuat hujan, sesetengahnya ada tugas membuat petir. Sesetengahnya buruk, sesetengahnya baik Mereka semua baik, Dewa-dewi yang ditugaskan oleh Syurga utk berkhidmat kpd manusia dan makhluk di planet ini saja, khususnya planet ini saja. Ada begitu banyak, saya tak dpt beritahu anda semuanya di merata tempat. Anda tak dapat banyak lihat Mereka.

Dewa-dewi ini baik. Mereka perlu buat apa yang perlu dibuat. Jadi sesetengahnya terima tugasan baik seperti membuat hujan renyai-renyai, membuat awan yang cantik untuk matahari terbit dan terbenam, membuat segala jenis benda, memperindah dunia, menjaga bunga agar ia bertumbuh dengan baik, menjaga sungai agar air mengalir dengan banyak untuk digunakan oleh manusia. Tetapi sesetengah Dewa terpaksa keringkan tanah, timbulkan kekacauan, membuat kemarau, banjir dan sebagainya. Bukanlah Mrk gembira utk lakukannya, cuma terpaksa. Karma kita memaksa Mereka timbulkan segala kejadian yang tidak baik ini – gempa bumi dan sebagainya. Ini juga suatu amaran kepada manusia supaya jadi lebih rendah diri, lebih mulia. Tetapi sangat sukar nak melalui telinga manusia, juga disebabkan oleh halangan daripada syaitan, setan, Raja Maya, rombongannya, hantu dan sebagainya. Jadi lagi banyak kita dapat jauhkan diri daripada syaitan dan hantu lagi baik untuk kita, dah tentu.

Jadi saya gembira dengan dua kumpulan besar syaitan ghairah dan hantu ghairah telah menjauhkan diri daripada menghalang kita daripada capai pencapaian spiritual. Sekarang jauh lebih senang daripada sebelumnya dengan kita tiada mereka di sekeliling untuk cuba sengaja menghalang kita. Saya begitu bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan semua Guru atas fenomena yang sangat jarang dan sukar ditemui ini. Saya begitu bersyukur. Saya bersujud kepada Tuhan atas segala kejadian baik yang berlaku kepada kita itu. Saya benar-benar begitu bersyukur. Tolonglah, anda bersyukur kpd Tuhan, berterima kasih kpd semua Guru juga untuk saya, bersama saya pada bila-bila saja anda ingat. Bukan satu hari saja, bukan hari ini saja, bukan pada waktu meditasi kita untuk bersyukur saja tetapi setiap masa. Jangan lupa.

Di mana-mana pun ada sesuatu untuk kita hormati juga. Sebab itulah orang asli biasanya melahirkan warga psikik yang dapat lihat benda. Mereka dapat lihat gunung mana ada Cahaya, ada Dewa-dewi, ada rasa hormat kepada Tuhan, tempat suci atau istana yang dibina untuk hormati beberapa atau satu orang Guru atau Santo dan Orang Suci yang beri manfaat kepada umat manusia yang berlalu, tinggal di sana utk suatu tempoh masa atau kadangkala. Kita tak dapat bersyukur dgn secukupnya Sebab itulah apabila orang mencerobohi Amerika dara lama dahulu, beratus-ratus tahun dahulu, banyak orang Indian Amerika beri amaran kepada mereka supaya tidak musnahkan tempat ini, tidak bangunkan kawasan itu, tidak binasakan gunung itu kerana mereka kata kawasan itu suci. Memang benar macam itu. Saya sendiri tahu akannya juga. Kerana kadangkala jika Guru Sebenar atau Santo besar menginap di sana, terus tinggal di sana atau sudah tinggalkan sana, Dewa-dewi alam sekitar, Dewa-dewi tempatan atau Dewa-dewi yang berdekatan akan berkumpul, gunakan kuasa Mereka bagi membina istana untuk pemujaan – “pemujaan penuh kasih sayang, damai”. Itu apa yang mereka panggilnya. Kata-kata yang tepat-tepat diungkapkan oleh Mrk adalah macam ini: “Bagi membina tempat ibadat penuh kasih sayang, damai” untuk Santo, Orang Suci atau Guru yang Mereka tahu ialah pemberi manfaat kepada Tanah dan WAJAR MENDAPAT PENGHORMATAN MEREKA.

Saya sendiri tahu akan semua itu kerana diri saya yang biasa saja pun, seperti biasanya saya suka tinggal di pulau, jadi kadangkala saya beli pulau atau kadangkala beli sebidang tanah untuk kamu bermeditasi. Contohnya Ashram Alam Baharu, kita ada sebuah pulau kecil tetapi tidak kecil. Di alam spiritual, ia boleh sangat besar. Jadi Mereka malah bina sebuah istana di sana untuk memuja Mahaguru Ching Hai. Biasanya itu di udara kira-kira 9, 10 meter di atas apa-apa saja yang wujud di permukaan, sama ada tanah atau bumbung sesuatu seperti bumbung gua atau bumbung rumah. Jika Guru tiada di sana, Mereka akan mula bina sebuah istana dengan emas, berlian, permata yang – saya memetik kata-kata Dewa-dewi yang melapor – “yang dunia tak pernah lihat sebelumnya. Permata emas yang dunia tak pernah lihat sebelumnya.” Itu petikan laporan kepada saya tentang beberapa istana saya yang dibina oleh Mereka.

Kononnya pulau pun, itu hanya di sebuah tasik kecil dan itu pulau yang sangat kecil tetapi Mereka juga dapat bina istana di atasnya selepas saya tinggalkan sana – kira-kira sembilan meter di atas tanah tetapi istana itu juga boleh bergerak lebih tinggi atau lebih rendah. Ia kira-kira setinggi 70 meter, selebar 90 meter dan juga bulat – itu sejenis lilitan. Ia bertatahkan emas dan permata yang luar biasa cantik. Di Bumi, tiada apa-apa yang dapat dibandingkan. Itu jenis emas yang berbeza, jenis permata yang berbeza. Itu tidak seperti apa yang kita lihat walaupun apa yang kita lihat di Bumi dan pakai bermanfaat juga – lagi bermanfaat jika ia direka bentuk oleh Syurga melalui Guru atau Santo agung.

Mereka, Dewa-dewi, lakukannya saja. Tiada sesiapa yang minta Mereka. Saya tak tahu Mereka lakukannya sehingga kemudiannya apabila sesuatu berlaku di sana. Kemudian saya tanya Dewa-dewi tempatan, “Mengapa kejadian sebegini berlaku?” Kemudian mereka jelaskan kepada saya, “Kerana orang ini dan itu datang ke pulau yang Engkau diami sebelumnya dan mengganggu ketenteraman dan pembinaan Dewa-dewi yang buat tawaran.” Itu kata-kata Mereka, bukan saya.

Photo Caption: Tidak Risau tentang Persekitaran yang Kucar-kacir, Kami Mekar Saja

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/3)
1
2024-06-04
5599 Tontonan
2
2024-06-05
4692 Tontonan
3
2024-06-06
4547 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android