Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebenarnya Siapa Boleh Ditebus? Bahagian 7 daripada 11

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya hanya minta mereka bertaubat dan berubah ke arah yang bertentangan dengan tempat yang mereka tujui kerana mereka mengikut arah yang salah. Itu saja. Saya hanya seperti pembimbing yg beritahu mereka, “Jalan itu tak betul. Ikut jalan ini.” Tapi jika mereka terus mengikut jalan itu, maka mereka akan alami nasib malang. Tiada apa-apa yang boleh saya buat.

Contohnya, jika bos di dalam pejabat itu menerima rasuah, orang bawahan lain yang lebih kecil perlu menyokongnya juga. Jika tidak, siaplah mereka. Atau mereka bersama dalam satu kumpulan dan semua orang perlu menerima rasuah bersama-sama. Jika tidak, siaplah mereka. (Ya.) Jadi dunia ini hingga sekarang, dari banyak segi, masih tak berdaya dan kita ada banyak pandemik. (Ya, Guru.) Bukan virus saja. Virus dalam masyarakat, dalam sistem kerajaan, dalam sistem masyarakat adalah lagi sukar untuk dipulihkan daripada COVID-19. Tapi apa yang nak dibuat? Manusia perlu belajar. (Ya, Guru.)

Apa-apa pun, kita perlu sabar. Apa-apa yang mereka buat, mereka perlu menanggung kesannya jika mereka tak patah balik, bertaubat dan berubah. (Ya, Guru.) Saya minta orang supaya bertaubat dan patah balik. Saya tak minta mereka menjadi anak murid saya pun. Saya tak minta untuk mengetahui alamat, nama mereka pun. Saya tak minta wang, pengaruh, kedudukan atau kuasa mereka untuk bantu saya. Tidak! Saya hanya minta mereka bertaubat dan berubah ke arah yang bertentangan dengan tempat yang mereka tujui kerana mereka mengikut arah yang tak betul. Itu saja. Saya hanya seperti pembimbing yg beritahu mereka, “Jalan itu tak betul. Ikut jalan ini.” Tapi jika mereka terus mengikut jalan itu, maka mereka akan alami nasib malang. Tiada apa-apa yang boleh saya buat. (Ya, Guru.)

Jadi jangan tanya saya lagi tentang berkat Guru akan buat segalanya menjadi baik. Buat sesetengah perkara menjadi baik tetapi bukan segalanya menjadi baik. (Ya, Guru.) Meskipun saya buat generasi ini menjadi baik, ini tak bermakna generasi-generasi seterusnya akan menjadi baik. Seperti Nabi Isa mungkin hanya berkorban untuk kumpulan anak murid dan sesetengah saudara-mara-Nya tetapi bukan seluruh dunia. (Ya.) Dan bukan untuk semua orang selepas generasi-Nya. (Ya, Guru.) Dah tentu, ajaran-Nya menjadikan sesetengah orang bermoral. Tetapi yang penting ialah kemurahan, belas kasihan. Kebanyakan daripada mereka tak faham. Orang buta membimbing orang buta dan kedua-duanya jatuh ke dalam lubang. Itu akibatnya. Tiada orang boleh ubah itu. (Ya, Guru.) Jika orang buta membimbing orang buta, maka suatu hari mereka akan jatuh bersama-sama, betul? (Betul.) Jika seseorang yang berdekatan rasa bersimpati dengan mereka dan kata, “Tidak, tidak. Jangan pergi ke sana, jangan terus jalan ke depan, belok ke kiri. Atau kembali dan cari jalan lain.” Jika mereka tak melakukannya, maka apa yang boleh kita buat? (Ya, betul.) Kita boleh menyara orang tetapi lebih baik mengajar mereka cara menyara diri. (Ya, Guru.) Ia kekal lama dan lebih bermanfaat kepada semua orang. Mereka tak boleh hanya duduk saja, buat segalanya yang jahat terhadap semua makhluk yang lain termasuk haiwan, kemudian harapkan mana-mana Guru datang dan hula hup, kemudian segalanya baik-baik saja. Itu tak boleh bagi mangsa. Itu tak adil bagi haiwan atau mangsa (Betul.) segala salah laku ini. Jadi sekarang kamu tahu. Wartawan itu, saya memuji mereka kerana melakukan perbuatan mulia, tapi saya tak tahu sama ada itu boleh bawa banyak perubahan. Ia boleh bawa perubahan tapi lebih lama kemudiannya. Ia boleh bawa perubahan dengan lebih cepat, saya harap begitu. Saya harap semua wartawan di seluruh dunia mengikut contoh berani, bermoral wartawan di Bretagne (Brittany) di Perancis itu.

Oh! Saya begitu rendah hingga bercakap dengan kelu lidah. Roh saya tak dapat kawal badan saya sepenuhnya kadangkala. Kamu dapat lihat saya sebut banyak perkataan dengan tak betul dan saya tak dapat sebutnya kadangkala. (Ya, Guru.) Bukan sahaja perkataan ini tetapi banyak. Saya tahu dalam fikiran saya, cuma ia tak keluar dengan betul. Sama seperti selalunya, saya pegang benda dan ia jatuh dari tangan saya walaupun saya tahu saya pegangnya dalam tangan saya. Kadangkala ia jatuh dari tangan saya. Saya sudah adanya dalam tangan saya, ia tetap jatuh. Kerana mungkin saya tiada tenaga untuk memegangnya. Kadangkala saya tak bertenaga macam itu. Atau kadangkala, bergantunglah, saya juga tidak kembali ke badan. Hubungan belum terjalin dengan baik antara badan dan arahan roh yang lebih tinggi. (Ya, Guru.) Kamu boleh mengetawai buta huruf saya tetapi (Tidak, Guru.) saya adalah segalanya. Saya diaibkan dan dihina pada bila-bila di mana-mana saja. Saya ada banyak kerja lain untuk diuruskan walaupun tak dijangkakan. Sentiasa ada kerja tambahan untuk saya, bukan kerja Supreme Master TV saja. (Ya, Guru.) Dan bukan hanya persidangan dengan kamu.

Saya gembira dengan kita adakannya. Kerana tanpa segala soalan kamu, mungkin saya akan tangguhkan mesej saya sehingga saya tak tahu bila. (Ya.) Mesej yang saya dah sepatutnya sampaikan pada 24 Julai. Kerana saya juga sangat malas nak menyapukan bedak antikilauan pada muka saya dan sebagainya, (Ya, faham.) memperbaiknya sikit untuk kamera dan sebagainya. Dan juga menghimpunkan kamu. Saya berfikir apa yang nak dibuat dengannya kerana ini mesej yang pendek saja. Ia bukanlah persidangan yang panjang, jadi saya rasa tak nak menghimpunkan kamu hanya untuk bercakap tentangnya. Kemudian saya berfikir, “Mungkin saya hanya bercakap di telefon tanpa video.” Saya asyik berfikir, kemudian empat atau lima hari sudah berlalu. Masa berlalu dengan cepat sekali! Saya baru menyedarinya semalam bahawa lima hari sudah berlalu sejak hari saya nak menyampaikan mesej kepada orang kita. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya orang kita, bukan orang luar yang tak terima inisiasi kerana saya tak tahu berapa banyak mereka mempercayai apa yang saya katakan dan berapa banyak mereka dengar atau berapa banyak mereka buat apa-apa yang saya katakan. Jadi sekurangnya hanya untuk orang kita di merata tempat di dunia menjaga diri. Itu saja yang saya harapkan. (Ya, Guru.) Dah tentu, adalah lebih baik jika dunia dengar juga tapi saya tak menyimpan harapan yg tinggi sangat, dengan keadaan sekarang. Kematian sudah di pintu dunia tapi mereka masih teruskan segalanya seperti biasa, makan daging, minum arak, cakap karut dan buat entah apa lagi. (Ya, Guru.) Orang mati dalam bilangan yang tak terkira. Kamu boleh lihat dalam berita bahawa begitu banyak lubang dikorek di mana-mana saja (Ya.) tetapi tak cukup untuk keranda, kubur. Dengan begitu saja, korek kubur di mana-mana saja yang ada ruang dan menanam mereka, itu saja, tanpa upacara. Kamu ada nampak itu tak? (Ya, Guru.) Dengan tanpa maruah. Mesej ini saya nak sampaikan sebaik saja kita boleh (Ya, Guru.) untuk orang menjaga diri. Demi keselamatan, kesihatan dan nyawa orang. (Ya, Guru.) Ia boleh selamatkan banyak nyawa. (Ya, Guru.) Kerana jika kita asyik mengulanginya, maka mungkin sepatah dua kata boleh masuk ke dalam telinga sesetengah orang. (Ya. Harap begitu.) Sama seperti jenaka yang kita baca di sesuatu tempat. Sebuah syarikat yang menjual barang, bos berkata kepada pekerja, “Jika orang tak beli, hanya terus mengulanginya, maka lebih berkemungkinan mereka akan beli.” Kemudian pekerja berkata, “Ya, bos.” Kemudian bos berkata, “Okey. Buat apa kamu masuk ke dalam pejabat saya pada mula-mulanya?” Dia kata, “Kenaikan gaji, kenaikan gaji, kenaikan gaji, kenaikan gaji.” Orang yang belajar dengan pantas. (Ya.)

Ada soalan lagi? ( Mengapakah jika orang yang bawa anjing Guru mendekati Guru, Guru akan kehilangan 14% daripada kuasa spiritual dan kuasa menyelamat untuk misi-Nya? ) Kerana peringkat mereka terlalu rendah. Tenaga mereka kasar walaupun mereka sudah pergi ke Peringkat Keempat. Itu jauh lebih baik tetapi sesetengah orang belum di peringkat itu. Peringkat sesetengah orang tidak tinggi, hanya Ketiga atau Keempat saja. Itu tak begitu baik. (Ya, Guru.) Tenaganya tak cukup halus untuk kesejahteraan saya terutamanya sewaktu saya bersuluk. (Ya, Guru.) Suluk, kita seharusnya mengasingkan diri dari dunia. Kita tak harus jumpa dengan sesiapa pun, mana-mana anjing, orang. (Ya, Guru.) Di Tibet, pada zaman dahulu seperti zaman Milarepa, mereka buat gua kecil untuk kita, kemudian tutup sepenuhnya. Kita berada di dlm sana selama-lamanya. Hanya satu bukaan kecil supaya orang boleh bawa makanan kepada kita. Orang yang bawa makanan malah tutup tangan mereka supaya kita tak dapat cam siapa itu. Itu apa yang mereka buat. (Wau!) Tangan tak didedahkan pun. Ketika saya baru bersuluk di Hsihu, saya benar-benar tinggalkan segalanya. Saya kata, “Saya akan berseorangan dan tiada anjing, tiada manusia, tiada Supreme Master TV, tiada kerja, apa-apa pun.” Dengan serta-merta, saya begitu tenang. Begitu... Oh! Begitu gembira. Begitu puas. Itu satu-satunya kali. Tapi lepas itu, oleh sebab banyak perkara tak betul dengan kerja Supreme Master TV ketika saya tiada di sana, jadi lepas itu saya tak boleh lepaskannya saja.

Jadi saya tak tahu sama ada saya benar-benar bersuluk. Saya cuba sebaik yang boleh tapi tak sepenuhnya. Faham? (Ya, Guru.) Itu bukan suluk biasa. Cuma mungkin lebih baik daripada tidak sama sekali. Saya dah beritahu kamu sebelumnya bahawa ia tak 100% berkesan. (Ya, Guru.) Tapi apa yang boleh saya buat? Saya satu orang saja. Saya perlu buat banyak kerja. Saya buat terlalu banyak kerja. Soalan seterusnya, jika kamu dah puas (Ya, Guru.) dengan soalan itu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Kerana tenagamu terlalu kasar. Peringkatmu tak cukup tinggi. Itu sebabnya. Itu sebabnya saya kehilangannya. Sewaktu bersuluk kadangkala, oleh sebab kecemasan, kerana anjing meninggal, saya jumpa dengan anjing kadangkala, dan lepas itu, menjadi kucar-kacir dengan serta-merta. Dengan serta-merta. (Wau!)

( Jadi berkaitan dengan itu, jika anak murid tak harus mendekati Guru dalam jarak 9 meter, bagaimana dgn sewaktu Guru bercakap dengan anak murid di telefon? ) Ya. Bagaimana dengan itu? Dah pasti saya akan kehilangan kuasa kerana kamu akan menyiarkannya di (Supreme Master) TV juga untuk seluruh dunia lihat, bukan kamu saja. Saya perlu berkorban. (Ya, Guru. Terima kasih.) (Terima kasih, Guru.) Apa yang nak dibuat? Saya tahu semua itu tapi tetap melakukannya. Dewa-dewi, Dewata dan Guru Tertinggi pun beri amaran kpd saya. Saya kata, “Aku perlu melakukannya.” Anjing saya pun beritahu saya. Anjing saya pun, sesetengah daripada mereka cuba menimbulkan kesusahan dengan sistem kerja saya supaya saya berhenti bekerja. Mereka melakukannya secara sengaja. Saya kata, “Jangan melakukannya lagi. Aku lakukannya secara rela, aku perlu, kerana tiada orang lain yang akan buat seperti aku.” Saya beritahu semua anjing supaya hentikannya. Jadi mereka berhenti. Mereka nak melindungi saya. Mereka kata, “Manusia tak wajar bagi engkau membuat pengorbanan sehingga engkau menjadi tak bernilai, tak berdaya dan tak berkuasa macam itu.” Saya kata, “Jangan campur tangan dalam hal aku.” Jadi sekarang kamu tahu (Faham.) hal sebenar. Saya perlu melakukannya. Sekurangnya untuk melindungi kamu dan saudara seguru kamu. (Terima kasih, Guru.) Jika orang lain tak dengar, sekurangnya saya beri amaran kpd kamu, anak murid saya. Kerana jika saya tak beritahu, mereka takkan tahu. (Ya, Guru.) Banyak daripada mereka tak menonton TV lagi dan tidak tahu berita. (Betul, ya.) Mungkin mereka terlalu cuai. Mereka juga ada ahli keluarga yang juga rasa tak apa, biar mereka keluar dan cuai, dengan tiada perlindungan. (Ya, Guru.) Jadi saya perlu beritahu dengan habiskan masa dan tenaga saya. Itu dah pun berdekad-dekad. Buat apa bercakap tentangnya sekarang? Dewa-dewi beritahu saya ini, beritahu saya itu tapi saya tak sentiasa buat apa yang Dewa-dewi beritahu saya. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/11)
1
2020-08-26
42898 Tontonan
2
2020-08-27
16630 Tontonan
3
2020-08-28
14627 Tontonan
4
2020-08-29
14856 Tontonan
5
2020-08-30
13953 Tontonan
6
2020-08-31
19556 Tontonan
7
2020-09-01
12127 Tontonan
8
2020-09-02
12672 Tontonan
9
2020-09-03
14598 Tontonan
10
2020-09-04
11568 Tontonan
11
2020-09-05
11399 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android