Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 2 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya tawarkan kepada semua Santo yang saya tahu dari Alam Bayang seperti Peringkat Kelima dll (Ya.) supaya pergi ke Alam Baru jika Mereka mahu. Sesetengahnya menolak. Mereka menolak kerana Mereka ingin berada di Peringkat Kelima untuk bantu anak murid Mereka atau orang lain. (Wau!) Kerana dari sana mereka tak dapat pergi ke Alam Tim Qo Tu dengan sesuka hati.

Di mana kita tadi? Ah, ya, saya akan beritahu kamu ini sekarang. Sebelum saya terlupa. Atau kamu nak tanya sesuatu dulu? ( Guru cakaplah dulu. ) Baiklah. Kerana saya tanya dan Mereka kata saya boleh beritahu kamu. ( Baguslah! Terima kasih. Wau! ) Saya tawarkan kepada semua Santo yang saya tahu dari Alam Bayang seperti Peringkat Kelima dll (Ya.) supaya pergi ke Alam Baru jika Mereka mahu. Sesetengahnya menolak. Mereka menolak kerana Mereka ingin berada di Peringkat Kelima untuk bantu anak murid atau orang lain. (Wau!) Kerana dari sana mereka tak dapat pergi ke Alam Tim Qo Tu dengan sesuka hati. Jadi jika Mereka mahu, saya boleh bawa Mereka ke atas. Tapi Mereka lebih suka berada di Peringkat Kelima, misalnya, hanya untuk bantu orang lain, lebih banyak membantu dunia ini. Jadi saya kata, “Wira yang begitu hebat!” (Ya.) dengan tanda seru dan gambar hati, kemudian dengan ucapan terima kasih dan tanda plus tak terhingga. Seseorang mengatakan sesuatu di sini... Ia dalam tanda petik tapi saya tak tahu siapa beritahu saya pada masa itu. Saya terlupa tulis. Maka pasti Dewata OU (Alam Semesta Asal). “M...” bermakna Guru, saya, “...tak boleh inginkan apa-apa pun. Kasih sayang dan penghormatan terhadap guru sebelumnya pun akan menghalang misi kedamaianmu.” Itu apa yang seorang Dewata beritahu saya tapi saya dah lupa siapa. Tak apa, pasti salah satu Syurga Tinggi. Jadi saya kata, “Terima kasih.”

Yang ini, saya tak boleh beritahu kamu. Ini sesuatu ramalan. Satu lagi baris ialah: “Ini waktu Pengadilan Terakhir. Sesetengah daripada mereka yang mati dalam wabak ialah jangka panjang juga.” Sesetengah daripada mereka. Sesetengah daripada mereka yang hidapi COVID-19 atau sebarang wabak lain ialah pekerja syaitan jangka panjang. (Oh, wau!) “Mereka ialah penyeksa orang tak berdosa.” (Ya, Guru.) Bukan mereka semua dirasuk syaitan. Kemudian bersambung di sini: “Selepas badan yang dirasuk mati dalam bencana atau penyakit, roh syaitan ghairah diheret ke neraka.” Selepas masa ini sekarang, Pengadilan Terakhir sekarang, mereka tak dibenarkan merasuk badan lain untuk terus hidup. Jadi saya kata, “Roh syaitan ghairah akan diheret ke neraka kerana syaitan ghairah sebenar dibuat daripada bahan dan tenaga rendah, jadi tak boleh ditebus. Mereka yang dipaksa...” dipaksa atau diancam untuk bekerjasama dengan syaitan ghairah dan dibuat menjadi salah satu drpd mereka, tetapi mereka dipaksa dan bertaubat, “...akan diselamatkan oleh Tim Qo Tu ke Alam Baru yang selamat.” (Terima kasih, Guru.) Oh! Dewata berkata, “Engkau boleh beritahu ini secara terbuka supaya orang rasa gembira.” (Ya!) Ya. Dan satu lagi, ini saya belum boleh beritahu kamu.

Yang seterusnya, saya jelaskan di sini bagaimana mereka dapat badan manusia. (Ya, Guru.) Seperti yang saya dah beritahu kamu. “Mereka gunakan kuasa ajaib.” Ini kuasa ajaib yang sangat kuat, bukan kuasa ajaib biasa seperti hula hup di dunia ini. (Ya.) “Mereka gunakan kuasa ajaib istimewa untuk memaksa manusia keluar atau mengawal fikiran mereka bagi mengubah mereka jadi syaitan ghairah, mengubah orang hidup menjadi zombi!!!!!!!” (Wau!) Tanda seru, sangat banyak. “Dengan menolak roh keluar dari orang, tinggal badan kosong, syaitan ini dapat memanipulasikan badan ini untuk membuat apa-apa saja yang mereka mahu!!!!!!!” Banyak tanda seru. Kemudian perenggan seterusnya: “Bukan sahaja manusia tetapi haiwan digunakan dengan begitu juga.” (Wau!) “Roh mereka dipengsankan. Roh tinggalkan badan dan...” Ini ialah makhluk OU (Alam Semesta Asal) yang bercakap. (Ya, Guru.) Semua ini. (Ya.) Kemudian Mereka menjelaskannya kepada saya. Mereka terus berkata, “Selepas roh keluar dari badan, terpisah dari hantu ghairah, engkau sedarkan semula roh itu dgn penyayang, selamatkannya dan bawanya ke Alam Selamatmu.” (Wau!) Kurungan: “(bermakna Alam Baru, Peringkat Ke-11.)” (Wau!) Tutup kurungan. Sesuatu macam itu. (Wau! Terima kasih, Guru.) Saya dah beritahumu, penyakit Alzheimer ialah kes rasukan zombi. (Ya, Guru.) Itu sangat jelas. Sebab itulah mereka masih hidup, sihat tetapi tak dapat cam saudara-mara, kawan mereka atau orang yg mereka kenali sebelumnya. Kerana mereka tak benar-benar berfungsi. (Ya.)

Suatu hari maya merayu kepada saya, berkata, “Engkau tak bersimpati dengan orang ke? Dunia ini dalam kesusahan seperti mangsa banjir dan sebagainya. Mengapa engkau tak berikan banyak pahala spiritual kepada mereka?” Saya kata, “Aku buat apa yang aku buat. Kau jangan cuba bersungguh-sungguh untuk membuat kacau.” Dewata OU (Alam Semesta Asal) beritahu saya, “Mereka hanya mahu engkau kehilangan banyak pahala yang berharga untuk... sebenarnya ini untuk orangnya, bukan untuk orangmu.” Kerana ini ialah rupa samaran. (Oh!) Mereka bukan orang sebenar. (Wau!) Banyak orang yang mati dalam bencana dan sebagainya bukan orang sebenar. (Wau!) Ini masih makhluk OU (Alam Semesta Asal) yang berkata, “Dengan merayu kepada kasih sayang Guru.” Jadi saya kata, “Huh, huh! Dah tiba masanya mereka pergi. Pergi jauh ke neraka! Jangan ganggu aku lagi.”

Suatu kali saya begitu letih dan tak dapat bermeditasi dengan begitu baik pada hari itu. Saya kata, “Maaf, aku rasa macam aku begitu buruk, begitu malas, tapi badanku memang begitu letih. Aku tak tahu mengapa.” Jadi Dewata beritahu saya, “Engkau tidak malas. Engkau tidak buruk. Karma dunialah yang menyebabkan badan dan mindamu selalu letih. Bukan salahmu. Makhluk Syurga tahu akan hatimu, tahu apa yang engkau lakukan.” Saya kata, “Terima kasih atas kata-kata baik yang penuh kasih sayang.” Saya tak sentiasa menulis secara gramatis. Jadi saya baca apa yang saya tulis. (Okey. Ya, Guru.) Kerana saya tulis untuk saya sendiri tahu saja. Hanya supaya ingat. Saya tak peduli gramatis atau tidak. Saya tiada masa untuk memikir-mikirkan semua itu. (Ya, Guru.) Saya kata, “Terima kasih atas kata-kata baik yang penuh kasih sayang. Sentiasa rasa aku tak buat dengan cukup.” Jadi Mereka kata, “Jangan risau, engkau akan menang.” (Yay! Ya.) Saya kata, “Menangi apa?” Mereka kata, “Anak muridmu sayangi engkau.” (Ya, Guru.) Saya kata, “Betapa mengejutkan.” Yang selebihnya, galakan dan ramalan positif, tapi saya tak rasa saya harus beritahu kamu. (Oh, wau! Okey, Guru.) Okey.

“Kita sentiasa perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan mendedikasikan semua kebaikan dan kegagalan kepada-Nya, minta Dia mengampunkan dosa kita dan beri pembebasan kepada kita. Anak murid baru, anak murid lama, semuanya harus katakan ini.” (Ya, Guru.) Direkomenkan oleh OU (Alam Semesta Asal). Sebelum dan selepas inisiasi, sepanjang masa. (Okey, Guru.) Dan semasa kita bekerja, kita mendedikasikan itu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa juga. Bukan kita. Bukan kita yang buatnya. Macam ini, kita dapat elakkan karma. (Ya, Guru.) Karma baik atau buruk, kita tak mahu.

Maya tanya saya tentang... Saya harus bersimpati dengan mangsa bencana dan sebagainya. Ini di bahagian lebih atas daripada itu. Tadi saya baca bahagian bawah saja dan sekarang saya baca yang selebihnya. (Okey, Guru.) Dan di atas. Kerana kadangkala saya berfikir nak menulis di bawah dulu. Kemudian saya simpannya untuk perkara lain di atas, tapi ia bersambung, perkara yang sama. Jadi pada asalnya ia berbunyi macam ini: “Adakah engkau sayangi orangmu di dunia ini?” Maya malah berpura-pura, beritahu saya bahawa dia ialah Dewa Pelindung OU (Alam Semesta Asal). Saya kata, “Hei, janganlah buat begitu!” “Kau mahu aku musnahkan kau atau apa? Kau dah tahu keadaanku. Sesiapa yang membohongi aku dengan menggunakan nama Tuhan Suci, aku akan musnahkan kau. Jadi bercakap benarlah.” Jadi dia kata, “Aku akan beritahu engkau kemudiannya.” Saya tanya dia, “Kenapa kau tanya aku sama ada aku sayangi orangku atau tidak? Kau tahu aku sayangi orang. Kenapa tanya?” Jadi dia kata, “Kerana bahaya dah dekat.” Pada masa depan. Saya tanya, “Apa jenis bahaya?” Dia kata, “Taufan, lebih banyak orang mati akibat wabak, penyakit, meninggal dunia akibat penyakit, akibat angin yang bertiup, akibat jenis peperangan ghairah, akibat ribut salji, akibat segala jenis masalah, akibat rusuhan tekanan, akibat hari kiamat, menjadikan orang tidak selamat.” Saya kata, “Terima kasih atas berita buruk ini. Kau jangan beritahu apa-apa yang aku memang dah tahu. Apa gunanya semua ini? Apa lagi yang boleh aku buat? Mereka tak dengar pun. Mereka tak mempedulikan penderitaan makhluk lain yang lebih lemah. Mereka terus makan daging, minum arak dan saling berlawan. Aku bercakap dengan orang pekak. Meskipun aku dapat bantu atau berdoa untuk mereka, untuk kesejahteraan mereka supaya mereka akan terus hidup, gembira dan sejahtera, mereka akan teruskan cara yang buruk, membunuh orang lain dan haiwan, menyeksa makhluk yang lemah dan tak berupaya mempertahankan diri seperti haiwan dan mereka yang tiada tempat bergantung dll. Maka ini akan mulakan satu lagi kesan buruk. Bencana akan menimpa mereka sekali lagi. Kerana manusia tak dengar kata-kataku.” Jadi saya kata, “Kenapa kau tanya aku semua ini? Kerana aku tahu kau ialah maya. Buat apa kau mengambil peduli orangku? Meskipun mereka ialah orangku, namun aku tahu, mereka bukan orangku. Orangmu ialah makhluk yang menyamar dalam semua orang ini, menimbulkan banyak kesusahan. Sebab itulah mereka mati dalam bencana.” Banyak daripada mereka bukan orang saya. Sesetengahnya ialah orang saya tetapi itu karma mereka dan dah tiba masanya mereka pergi. Tapi banyak daripada mereka ialah hantu ghairah yang bersembunyi di dalam. Jadi sekarang ialah masa Syurga nak membersihkan semua ini. Bukan saya seorang diri saja. (Ya, Guru.) Bukan hanya saya seorang diri yang bersihkan semua hantu jahat dan syaitan tetapi di sini Syurga buat begitu juga. Sesetengah daripada manusia juga ada karma yang begitu buruk sehingga perlu mati macam ini. (Wau!) Mereka juga tak dengar, jadi saya kata, “Kenapa kau tanya? Kau tak peduli. Kau menyeksa orangku selama eon-eon yang tak terkira tapi sekarang bercakap macam kau sangat berbelas kasihan!” Jadi OU (Alam Semesta Asal) beritahu saya, “Maya hanya mahu Guru menghabiskan banyak pahala yang berharga pada orang-orang ini dengan merayukan kasih sayang Guru.” Jadi saya kata, “Hah!” “Dah tiba masanya mereka pergi. Pergi jauh ke neraka. Dikurung di sana.” Itu pada 20 Mei. Apa yang saya baca sebelum ini adalah pada 21 Mei.

Pada 19 Mei, Dewata menenangkan saya. “‘Janganlah rasa sedih,’ aku diberitahu, tapi air mataku sering mengalir dengan sendirinya. Aku tak dapat kawalnya. Di Syurga, sistemnya senang. Di sini, bekerja selama bertahun-tahun, tiada apa-apa yang nampaknya benar-benar berlaku di sini. Biarlah aku menangis saja untuk beberapa ketika macam ini bagi membersihkan diriku daripada debu dunia ini. Orang begitu tersesat dalam pengejaran duniawi yang bersifat fana. Tiada apa yg lain yg penting bagi mereka. Kata-kata takkan menembusi mereka. Mereka duduk di sana selama-lamanya. Macam mana aku bergerak? Ke mana? Dengan apa?” Bermakna apa yang saya nak buat, apa yang boleh saya buat, ke mana harus saya pergi untuk buat dgn lebih baik. “Tapi jika kita mengkritik mereka, itu lagi teruk bagi kita. Mereka dibuat daripada keluli, besi. Aku dibuat daripada apa. Tak boleh menentang mereka: yang utama, kuasa. Air mata takkan melunakkan mereka juga. Aku hanya menangis berseorangan.” (Oh!) Mereka beritahu saya sekali lagi, jangan bersedih. “Tapi macam mana aku bergembira?” Saya jawab Mereka. “Melihat keadaan kucar-kacir sebuah dunia, ciptaan yang tak bertanggungjawab. Ada apa-apa yg benar-benar baik di sini? Aku tak dapat menghilangkan perasaan mengetahuinya yang merupakan ilusi.” Tentang segala keadaan kucar-kacir ini. “Sebaliknya, rasa menderita untuk mereka, diseksa oleh mereka, terseksa dari segi mental, fizikal oleh karma yang dilonggokkan pd aku dgn tak henti-henti. Tetapi perubahan terlalu sedikit. Lihatlah sesetengah kononnya pemimpin ini. Mereka duduk di tempat tertinggi hanya menghalang orang lain buat dengan betul. Menunjukkan contoh yang begitu buruk. Tetapi orang ramai dengar, memuja, mengikut mereka ke jalan yang salah, ke jalan neraka.” Saya beritahu Mereka itu sebabnya saya sedih. (Ya, Guru.) Itu bersambung dengan apa yang saya baca sebelumnya. Saya tak nak rasa sedih tetapi air mata mengalir dengan sendirinya dan sebagainya. (Ya, Guru.)

Mereka asyik beritahu saya bahawa ini takkan lama. Saya kata, “Ya, sentiasa menjanjikan, menenangkan tetapi terlalu lama. Semua makhluk menderita dengan tak henti-henti. Air mataku mengalir dgn tak henti-henti. Buat apa semua ini? Dunia bodoh, manusia bodoh. Apa yang mereka buat adalah membunuh, saling membunuh dan entah apa lagi. Aku tak benar-benar nak berada di sini lagi. Mereka semua terlalu bodoh.” Maafkan kata-kata saya. Saya menulis untuk saya sendiri. Saya sangat sedih. “Terlalu banyak diracun. Terlalu angkuh. Terlalu tebal. Tak dapat dengar, tak dapat rasa, tak dapat lihat apa-apa pun. Tiada apa-apa dapat menyentuh mereka. Akankah aku hidup sehingga keamanan atau keselamatan wujud utk semua orang dan khususnya haiwan, dengan segala tekanan kerja harian?” Seperti kerja Supreme Master Television, tekanan dan... (Ya, Guru.) Saya perlu fikir, tak boleh hanya kata, “Okey, bagus.” Saya perlu berfikir untuk membuat komen. (Ya, Guru.) Dan menulis sesuatu untuk kamu dan sebagainya. “Bekerja untuk Supreme Master Television pun, walaupun baik, tetap ada halangan dalaman dan ketidakbijakan. Akankah aku terus hidup hingga nampak hari itu?” Hari yang telah dijanjikan. (Ya.) “Terasa macam bekerja tanpa hasil, terlalu sedikit, terlalu lambat. Apa gunanya bercakap dengan manusia yang nampaknya buta, pekak dan bisu. Ya Tuhan. Terlalu sedikit, terlalu lambat untuk bina Syurga di sini. Mereka begitu kabur, kosong, tumpul. Sesetengah pemimpin agama, ahli politik, ahli kaji persekitaran, malah aktivis haiwan dan sebagainya hanya bercakap saja. Banyak daripada mereka hanya bercakap saja. Aku bercakap juga, dengan orang pekak, manusia buta, bangsa yang tak dapat berfikir di Bumi?!” Tanda tanya dan tanda seru.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/9)
1
2020-06-29
20982 Tontonan
2
2020-06-30
15801 Tontonan
3
2020-07-01
28309 Tontonan
4
2020-07-02
13894 Tontonan
5
2020-07-03
10967 Tontonan
6
2020-07-04
10688 Tontonan
7
2020-07-05
12240 Tontonan
8
2020-07-06
10791 Tontonan
9
2020-07-07
11508 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android