Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Banyak orang mudah terpengaruh. Sangat banyak orang. Kita boleh kata majoriti orang mudah terpengaruh. Adalah senang untuk mendakwa diri sebagai guru spiritual, Buddha dan sebagainya dan mereka dengar kata-kata anda. Jika mereka kaya, mereka berikan tawaran wang kpd anda. Jika mereka lemah dan mudah diserang, anda malah boleh memperkosa mereka, aniayai mereka dengan sebarang cara. Mereka tiada tempat utk pergi beritahu bagi membuat apa-apa terhadap anda. Hanya hancur hati kerana mereka ingat anda ialah Buddha sebenar sehingga anda lakukan semua itu, memaksakan diri anda ke dalam kehidupan peribadi mereka, menyalahgunakan kepercayaan mereka, menyalahgunakan wang mereka, menyalahgunakan badan dan kepercayaan spiritual mereka dan segala-galanya seperti itu.Saya tak dapat rasa bersimpati dengan ‘guru spiritual’ macam ini. Saya rasa bersimpati dengan pemimpin, pemimpin negara yang jahil, tetapi ‘guru spiritual’ ini, saya langsung tak rasa bersimpati. Mereka tiada apa-apa pun utk diberikan. Mereka ambil segalanya yang boleh.Syaitan pun, syaitan sebenar tidak buat begitu. Maksud saya, syaitan baik tidak buat begitu. Mungkin mereka cuba menggoda orang untuk berbuat jahat tapi mereka tidak menyalahgunakan kebaikan hati orang untuk berbuat buruk terhadap mereka. Mereka hanya bawa orang jahat, orang berdosa ke neraka. Jika anda kuat dan teguh dari segi rohani, berakhlak mulia, bermoral, syaitan tak berani sentuh anda, tak nak memudaratkan anda. Mereka malah hormati anda.Tetapi kononnya guru spiritual ini tak tahu apa-apa pun. Mereka tak takut akan apa-apa pun. Mereka hanya duduk di atas pentas, kelihatan macam orang besar tetapi mereka hanyalah ego besar, anda boleh tahu. Sesiapa yang ada sedikit kebijaksanaan spiritual boleh segera tahu siapa ialah siapa. Cara mereka duduk, cara mereka bercakap, cara mata mereka memandang, perkataan yang mereka gunakan, gerak-geri mereka di atas pentas dan dalam kehidupan harian, anda dapat segera lihat. Ini hanyalah ego sebenar, jelmaan syaitan dalam badan manusia. Memang memualkan hanya lihat atau fikirkan mereka saja pun.Saya hanya beritahu anda mereka yang berkaitan dengan ajaran saya, kononnya guru spiritual palsu ini. Orang lain, saya tak nak beritahu. Saya tak nak lihat mereka pun. Muka mereka, ego mereka, gerak-geri mereka di atas pentas memang dah memualkan. Berapa lagi memualkan jika kita bercakap tentang mereka? Memang macam itu. Saya rasa bersimpati dgn orang mudah terpengaruh yang ditipu oleh mereka, diperdaya oleh mereka dan dianiayai oleh mereka sama ada dari segi kewangan, rohani atau fizikal. DAN LAIN-LAIN…Ini begitu memualkan. Tapi manusia, anda semua perlu berwaspada. Anda semua perlu gunakan intuisi sebaik mungkin yang Tuhan berikan kepada anda untuk bezakan siapa ialah siapa. Jika tidak, anda semakin jauh dari Tuhan jika anda ikut guru spiritual palsu ini, hanya penuh dengan ego, ketamakan dan penyakit dalam jiwa mereka. Itu pun jika mereka berjiwa. Mereka tak berjiwa, tak berhati perut, hanya ada ego dan ketamakan.Apabila saya lihat mereka di internet, duduk di sana mungkin dengan serban besar atau/dan jubah besar, atau sebarang jenis jubah berwarna-warni atau sut reka bentuk khas, dengan jubah biksu pun, segala jenis lambang suci kasih sayang dan kebijaksanaan tetapi hanya duduk kosong di sana atau berdiri di sana, penuh dengan kepalsuan dan kecurangan, malah hanya bercakap karut atau berkata buruk tentang orang, malah beritahu orang supaya menyimpang, tidak melafazkan Nama Buddha!Photo Caption: BERSAMA-SAMA MEMPERINDAH DUNIA