Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dalam Keamanan, Kita Dapat Capai Syurga, Bahagian 12 daripada 16

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dan kita akan nyanyikannya seperti lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Kamu semua dah boleh ingat? (Ya.) Okey. Segalanya seperti Selamat Tahun Baharu, dan yang pertama ialah ‘Syurga’, yang kedua ialah ‘di Bumi’ yang ketiga ialah ‘semua orang’, yang keempat ialah ‘Tahun Baharu aman damai’. Boleh kamu ingat sekarang? Kamu orang yang pintar? (Ya.) Okey. Jom kita bernyanyi bersama-sama. Bahasa Cina dulu kerana kita di Taiwan (Formosa). […] “Selamat Tahun Baharu, Syurga. Selamat Tahun Baharu di Bumi. Selamat Tahun Baharu, semua orang. Selamat Tahun Baharu aman damai.” Sekarang, bahasa Inggeris. Sangat bagus! Kita harapkan Keamanan Dunia. Damai di Syurga dan Bumi. Damai bagi semua orang, damai bagi semua makhluk. Mungkin tahun ini akan menjadi tahun yang aman damai. […]

Akan ada keamanan. Sama seperti yang Tuhan firmankan, “Akan ada Cahaya!” Juga, jika Dia firmankan akan ada keamanan, maka boleh ada keamanan. Kita berharap! Kelihatan macam kita akan mengecap keamanan tak lama lagi mengikut segala berita yang kita ada sekarang ini walaupun kita masih ada sedikit perselisihan di sana sini antara sesetengah orang, mungkin musuh hayat lampau. Jadi mereka menyelesaikan masalah mereka. Tetapi nampaknya kita ada lebih banyak keamanan sekarang drpd sebelumnya. Bukankah begitu? (Ya.) Dan akan ada lebih banyak keamanan. Perlu macam itu jika manusia ingin terus hidup. Kerana kita telah lakukan banyak kemusnahan terhadap Makhluk cantik yang dipanggil ‘Ibu Bumi’ ini.

Saya harap kita masih ada masa yang mencukupi utk pulihkannya, membetulkannya, membaikinya. Jadi keamanan mesti wujud. Kerana dalam keamanan, kita dapat bina semula negara; hanya dalam keamanan, kita dapat bina semula hubungan manusia; hanya dalam keamanan, kita dapat capai Syurga.

Tiada cara lain kita boleh hidup sesama kita kecuali dalam keamanan. Ada perkara yang lebih penting di dunia – semua orang tahu akan itu – untuk dibuat daripada ambil senapang dan tembak seseorang. Ini perkara paling kurang yang boleh kita fikirkan. Kita tak harus memikirkan apa-apa seperti itu pun sepanjang hidup kita. Tetapi saudara-saudara kita telah menyedari tujuan cemas, penting dan mesti dilaksanakan ini. Itu tujuan keamanan. Semua orang bercakap tentang keamanan tetapi kita mesti buat sesuatu untuk menyumbang kepadanya dengan menyayangi jiran kita, berhenti membuat apa-apa yang kita rasa dan tahu tidak betul.

Apa-apa yang tidak betul, kita segera berhenti. Apa-apa yang betul, kita segera lakukan. Ini jenis kehidupan yang sangat mudah. Tak perlu cari Syurga di mana-mana tempat yang lain melainkan kita berdamai dengan jiran kita dan dalam diri kita sendiri. Seperti yang telah saya beritahu kamu banyak kali, lelaki muda atau perempuan muda membesar daripada kasih sayang ibu bapa mereka. Mereka disayangi sejak dilahirkan lagi. Sebelum mereka dilahirkan, selepas mereka dilahirkan dan semasa mereka membesar, mereka berkembang, membesar dalam kasih sayang ibu bapa, kawan, pasangan tersayang dan anak mereka. Jadi itu cara mereka harus membesar dan jalani kehidupan mereka – dalam kasih sayang, kemudian dlm keamanan.

Tiada sesiapa pun di Bumi yang harus mengubah kasih sayang itu menjadi kebencian dan buat orang pergi ke sesuatu tempat untuk hancurkan kasih sayang itu dan hancurkan kasih sayang orang lain yang tidak membuat apa-apa terhadap dia secara peribadi. Itu tak betul. Itu memang tak betul! Di mata manusia pun, apalagi di Mata Tuhan. Kita tak perlu bawa Tuhan ke dalam perbincangan sebelum kita mula membuat sesuatu yang betul dan hidup secara damai sesama kita.

Kita ada byk perkara cemas utk dibuat. Kita ada kebuluran untuk diselesaikan. Kita ada kanak-kanak yang mati kebuluran. Kita ada orang, orang tua yang tiada penjagaan. Kita ada orang-haiwan yang diabaikan, dianiayai. Kita ada segala jenis masalah kecil di sana sini dan masalah besar di sana sini yang harus kita uruskan supaya kehidupan di planet ini akan menjadi lebih baik. Kita tak boleh membazirkan tenaga, masa dan wang dalam pembunuhan. Kita perlu habiskan masa, tenaga dalam kasih sayang dan membina kedamaian kerana jika kita tidak hentikan peperangan sekarang – semua orang tahu – kita tiada masa untuk apa-apa yang lain. Mungkin orang yang menang dan orang yang kalah dalam peperangan mati lebih awal daripada peperangan berakhir jika planet kita berakhir. Saya dah beritahu kamu banyak kali, jadi tak perlu mengulang di sini lagi.

Tetapi satu perkara: Saya perlu berterima kasih kepada kamu, ahli-ahli persatuan kita selama ini, terutama tahun-tahun ini. Kita alami banyak bencana buatan manusia dan bencana alam di seluruh dunia tetapi kamu sangat berbelas kasihan, sangat rajin dalam membantu saudaramu yang dalam kesusahan. Saya perlu ucap terima kasih kpd kamu. Saya sangat bangga dengan kamu. Oh! Minta maaf, saya berbahasa Inggeris juga.

Wau! Ya Tuhan! Saya nak berbahasa Cina. Oleh sebab saya telah mulakan, saya akan habiskannya, kemudian saya akan berbahasa Cina. Okey! Terjemahan: ‘Keamanan’. Okey? Itu saja. Saya terlupa. Saya berbahasa Inggeris. Saya tak tahu mengapa? Saya akan berbahasa Cina lepas ini. OK? (Okey.) Kerana ada orang asing di sini juga. Lepas ini, saya akan berbahasa Cina. Kamu ada terjemahan tak? Oh, kamu ada ‘telinga ajaib’! Okey. Biar kita berbahasa Cina.

Apa yang saya maksudkan ialah semua orang di dunia ini harus berdamai sesama kita kerana jika peperangan berterusan, maka kita takkan ada masa untuk membaiki dunia kita yang indah. Maka anak kita, generasi akan datang takakan ada tempat tinggal. Kita semua boleh musnah. Tak menjadi hal jika kita musnah kerana kita sendiri telah menemui Tuhan. Kita ada insurans tetapi kita tetap harus memelihara dunia ini, menunggu saudara-saudara kita mengejar peningkatan spiritual. Kerana jika mereka mati sengsara dan secara tiba-tiba macam itu, akan sukar bagi roh mereka sedar dan mendapat pembebasan. Sebab itulah kita menunggu.

Sementara menunggu, kita betulkan apa-apa saja yang boleh dibetulkan, terutama saudara seamalan, komrad, kawan dan orang tersayang kita. Kita harus mulakan dengan diri sendiri. Contohnya, kita jimatkan tenaga. Saya sering beritahu kamu bahawa kita harus gunakan mentol jimat tenaga yang telah kita lakukan. Sekarang, jika kita boleh beli kereta yang tiada pelepasan gas toksik, pergilah belinya. Jika kita boleh pergi bersama-sama dalam satu kereta untuk pergi bekerja, membeli-belah, membawa anak ke sekolah dan lain-lain, maka kita harus pergi bersama-sama dalam satu kereta. Gunakan satu kereta bersama-sama. Ini untuk jimatkan tenaga, bahan api dan minimumkan pelepasan gas toksik. Semasa di rumah, kita mengitar semula apa-apa saja yang boleh dikitar semula. Contohnya, jimatkan air. Pada asalnya, air adalah percuma juga, tetapi kita perlu gunakan tenaga elektrik untuk membekalkan air ke rumah kita, jadi air gunakan banyak tenaga juga. Tenaga elektrik gunakan banyak tenaga juga. Jadi kita jimatkan apa-apa saja yang boleh kita jimatkan. Itu bukan hanya soal wang tetapi juga soal menyelamatkan dunia ini Saya telah beritahu kamu banyak kali. Faham? (Faham.) Kamu masih ingat? Baiklah.

Jangan tunggu orang lain. Apa-apa yang boleh kita buat, kita buat dulu. Apabila saya balik ke sini, saya menaik teksi. Pemandu teksi itu asyik menanyakan ini dan itu. Saya beritahu dia, “Saya jimatkan tenaga. Contohnya, saya ada kereta di rumah yang tidak melepaskan gas toksik – kereta yang baru dicipta. Saya seorang vegan juga. Baru-baru ini,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah umumkan bahawa menternak orang-haiwan untuk dimakan oleh manusia ialah punca utama penghasilan banyak gas toksik yang paling berbahaya kepada planet kita. Kebanyakan gas beracun dihasilkan oleh penternakan orang-haiwan. Sebab itulah kami adalah vegan.” Saya juga beritahu dia, “Saya seorang vegan bukan sahaja atas sebab itu tetapi juga, pertama sekali, atas belas kasihan.” Kemudian dia kata, “Kamu satu orang vegan saja manakala sepuluh daripada kami makan daging orang-haiwan. Apa gunanya?” Saya kata, “Saya hanya boleh mulakan dengan diri sendiri. Jika semua orang berfikir macam itu – ‘Saya tunggu kamu; kamu tunggu saya’ – bila kita akan capainya? Jadi saya lihat apa-apa yang betul dan apa-apa yang sesuai, saya akan lakukan dulu. Jika orang lain rasa apa yang saya lakukan adalah betul, maka dia boleh ikut. Itu akan bagus. Jika dia tidak, sekurang-kurangnya saya telah lakukan usaha saya, melaksanakan tanggungjawab saya.” Betul? (Betul.)

Saya kata, “Jika saya lihat sesuatu yang betul tapi tidak lakukannya, maka orang lain akan berfikir macam itu juga. Semua orang akan berfikir macam itu juga. Jika semua orang berfikir macam itu, maka tiada sesiapa yang akan buat perkara yang betul. Tiada sesiapa yang akan buat apa-apa meskipun mereka lihat itu perkara yang betul untuk dibuat kerana ‘Saya satu-satunya orang yang lakukannya, sepuluh orang yg lain tidak. Apa gunanya?’ Ia berguna.” Adakah ia berguna? (Ya.) Ya. Kemudian saya berkata kepada dia, “Contohnya, di dataran yang sangat gelap dan besar, ada beberapa lampu tetap lebih baik daripada tiada apa-apa pun. Kadangkala di rumah yang sangat besar, sangat malap dan sangat gelap, apabila kamu masuk dan nyalakan satu lilin saja, tak dapatkah kamu nampak banyak benda?” Betul? (Ya.) Sebuah rumah besar telah berada dalam kegelapan selama beratus-ratus atau beribu-ribu tahun tetapi tak menjadi hal. Kamu masuk selama seminit dan nyalakan lilin saja, kemudian kamu dapat lihat persekitarannya. Kemudian orang lain datang selepas kamu dan lihat kamu nyalakan lilin untuk melihat benda, dia nyalakan lilin juga. Dengan satu lagi lilin, ia menjadi lebih terang.” Itu apa yang kita lakukan, satu demi satu, langkah demi langkah untuk pengaruhi semua orang.

Kita langsung tak perlu bercakap kerana hakikatnya, kadangkala jika kita terlalu banyak bercakap, tiada sesiapa yang nak dengar. Tiada sesiapa yang dengar. Kadangkala orang tak dapat dengarnya dengan jelas. Kadangkala sangat sedikit orang dengar. Sekarang kamu bekerja untuk Supreme Master Television, kan? Kadangkala kamu memainkan pita video khutbah saya yang sangat lama dahulu. Saya saksikannya juga dan berkata, “Ah, Orang itu bercakap dengan baik sekali!” Kemudian saya kata, “Tetapi siapa yg dengar kata-kata-Nya? Mengapa Dia sibuk bergegas ke sana sini untuk berikan khutbah itu? Nampaknya sangat sedikit orang yang endahkan apa yg dikatakan-Nya.”

Namun, kita sendiri harus benar-benar mengendahkannya. Faham? Ini isu yang memang serius. Oleh sebab kita masih di dunia ini, sementara kita masih di dunia ini, kita harus buat sebaik yang boleh untuk melindungi dunia dan semua makhluk di sini. Apabila kita telah pergi ke Syurga, kita langsung tak perlu bercakap tentangnya. Tetapi sementara masih di sini, kita mesti membaiki dan melindunginya. Sama juga, jika kamu tidak tinggal di rumah itu lagi kerana ia telah dijual kepada orang lain, maka tiada apa-apa yang boleh dibuat. Tetapi sementara kamu masih tinggal di rumah itu, dah tentu, kamu perlu membaiki dan menyelenggaranya demi keselamatan diri sendiri dan keselamatan kawanmu juga. Jika kamu menjemput tetamu datang ke rumahmu tetapi ia dah usang dan mungkin runtuh pada bila-bila saja, itu tidak betul.

Bukanlah kita mementingkan benda material tetapi di mana-mana kita diami, kita harus membaikinya, kan? Ini bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk seluruh dunia. Ini aspek material yang sebenarnya tak begitu penting bagi kita kerana kita dah tahu jalan pulang ke Rumah. Katakan kita tiada dunia ini, kita masih ada dunia lain yang tidak terkira untuk pergi. Kita sendiri tahu akan ini tetapi banyak orang tak tahu. Sementara kita tahu bahawa ada dunia-dunia lain, ini tak bermakna kita berhak untuk memusnahkan dunia ini, kan? (Ya.) Apalagi kita berada di dunia ini juga. Jika kita nak pergi ke Syurga, kita harus pergi dengan santai dan tenang, kan? Bukan ‘bang’ dan pergi dengan derita besar. Di Taiwan (Formosa), ada suatu peribahasa, ‘mati dengan mata terbuka’. Ini dalam bahasa Taiwan (Formosa). Saya tahu.

Tetapi saya juga berkata dalam beberapa tahun ini bahawa saya berasa sangat bangga dengan kamu. Bertepuklah untuk kamu sendiri. Kerana kamu telah banyak membantu Guru bantu dunia, membantu Guru bantu dunia ini. Setiap kali ada bencana atau penderitaan di sesuatu tempat, saya hanya sebutnya dan kamu pergi. Kamu pergi membantu dan menenangkan mangsa. Seharusnya macam itu. Itu apa yg harus dilakukan oleh manusia.

Sebenarnya, kita langsung tak harus rasa bangga tetapi saya sangat bangga dengan kamu. Mengapa? Kerana kamu pelajar baharu. Kamu baru mula belajar dan belum capai peringkat yang tinggi sangat. Sesetengahnya tinggi tapi sesetengahnya rendah. Tetapi sama ada peringkat tinggi atau rendah, kamu ada tanggungjawab yang berat terhadap dunia. Kebanyakan daripada kamu ada saudara-mara, kawan, keluarga dan anak, ada pekerjaan dan banyak tanggungjawab. Kamu perlu menjaga keluarga, mencari wang dan menjaga diri sendiri. Itu memang banyak kerja. Begitu pun, setiap kali apabila ada penderitaan di dunia, kamu meluangkan masa, tenaga dan wang untuk pergi ke sana bagi memberikan bantuan bencana. Bukanlah kamu ialah raja atau orang yang sangat kaya. Sesetengah orang ada wang yang banyak tetapi mereka yang tidak kaya juga pergi membantu, juga menyumbang wang, usaha dan tenaga untuk membantu orang lain. Jadi saya sangat bangga dengan kamu tetapi kamu tak harus megah dengan diri sendiri. Faham? (Faham.) Sangat bagus. Lelaki baik dan wanita baik.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (12/16)
1
2024-10-08
2551 Tontonan
2
2024-10-12
1767 Tontonan
3
2024-10-15
1713 Tontonan
4
2024-10-19
1339 Tontonan
5
2024-10-22
1266 Tontonan
6
2024-10-26
1059 Tontonan
7
2024-10-29
1045 Tontonan
8
2024-11-02
1039 Tontonan
9
2024-11-05
1081 Tontonan
10
2024-11-09
1068 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android