Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 3 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mereka (Santo Cao Đài-isme) minta saya memberitahu dunia tentang ini: “Huệ Bửu sudah lama dikutuk oleh Cao Đài-isme. Dia keluar selepas lama menunggu suatu peluang dan secara tipu mendakwa diri sebagai Buddha. Dia telah buat dosa besar.” Apa yang boleh dibuatnya? Sepanjang hidupnya, dia tak buat apa pun “Bergantung kpd kedudukan sebagai pengikut Cao Đài untuk hidup! Kemudian tukar kepada agama Buddha, kemudian menyelinap masuk ke dalam persatuan-Mu... Dia mendakwa bahawa dia cuba mencari Jalan dan sebagainya. Tidak, dia hanya pergi ke kuil Cao Đài-isme, hanya sebagai pemeroleh untung, mendapat untung daripada kemasyhuran, kekayaan dan keselesaan. Dia juga selinap masuk ke dlm kumpulan inisiasi-Mu atas sebab yang sama itu.”

Mari kita lihat apa yang Santo adukan. Saya ada tulis sedikit di sini supaya saya dapat ingat. Mereka ada empat sebab. Saya tanya Mereka apa sebabnya. Pertama, Mereka minta saya “umumkan nama Huệ Bửu kepada orang ramai” kerana saya tak nak. Selepas saya tahu akan dia dan nampak penulisannya yg menyimpang, mengubah kitab dan sebagainya, dan berani mendakwa dia ialah Buddha Maitreya, saya ada rasa sangsi terhadap dia, dan dia sentiasa pergunakan nama saya. Saya tanya Santo Cao Đài, “Tetapi dia memuji saya sebelumnya. Jika dia benar-benar nak khianati saya, mengapa dia buat begitu?” Itu mengelirukan sikit, bagi saya pun pada mulanya kerana saya tak terlalu byk fikirkannya. Ekornya terdedah kemudiannya!

Okey, mari kita lihat sebab Santo mahu saya memberitahu orang. Ada empat bahagian yang Santo beritahu saya dan Baginda Raja memperkenankan semua itu. Jurucakap berkata kepada jemaah, semua orang di sana, kemudian Raja menitahkannya di depan semua orang – ini daripada Baginda Raja Alam Cao Đài: Pertama adalah Mereka nak “beritahu orang spy saling memberitahu agar tidak mempercayai Huệ Bửu kerana dia berbohong. Dia tak nampak mana-mana hayat lampaunya. Dia hanya mendakwakan itu. Dia kata dia menjelma semula sebanyak kali Buddha Maitreya, bermakna dia ialah Maitreya.” Dia suka berfikir dia ialah itu. Itu tak berkaitan dengan status Buddha. Tiada orang yg akan percayai perkaitan yang begitu tak masuk akal, bodoh. Itu penghinaan kepada kecerdasan kita! “Meskipun dia menjelma semula sebanyak itu atau dua kali ganda, ia tak berkaitan dengan status Buddha.” Santo jelaskan macam itu kepada saya. Sama seperti Devadatta, atau Mara, sentiasa menjelma semula bersama dengan Buddha Shakyamuni dan sentiasa menyusahkan Baginda. Setiap hayat Buddha keluar, Devadatta keluar juga tetapi ini tak bermakna dia ialah Buddha.

Dan hanya untuk menekankan satu perkara penting: seseorang yang bekerja sebagai medium adalah seperti penyampai ajaran Santo. Santo akan turun ke sini dan mengajar dengan gunakan mulutnya untuk berkata kepada orang yang bertanggungjawab untuk menulis atau merekodkannya untuk pengikut, untuk penganut supaya terus belajar di bawah Santo. Oleh sebab Santo tidak berada dalam badan, jadi menggunakan badan medium untuk bercakap dengan penganut. Itu berlaku, itu dapat dilakukan. Saya akan cakap dgn lebih lanjut ttg itu lepas ini. Jadi Huệ Bửu ini berbohong dengan terlalu banyak cara.

Okey. Ada empat perkara yang Mereka beritahu saya. Perkara pertama, anda dah dengar. “Beritahu orang spy saling memberitahu agar tidak percayai Huệ Bửu.” Nombor dua, apa yang Mereka mahu orang saling memberitahu ialah: “Huệ Bửu rosakkan reputasi dunia Cao Đài.” Nombor tiga: “Dia secara rahsia memalsukan doktrin utk kemasyhuran dan kekayaan sendiri.” Sekarang nombor empat adalah Mereka mahu orang tahu bahawa dia bukan pengikut Mereka lagi “disebabkan oleh halangan keamanan dunia”. Itu nombor empat. Jadi:

Empat Perkara yang Santo Cao Đài Mahu Orang di Dunia Tahu tentang Huệ Bửu:

1. Jangan percayai Huệ Bửu

2. Huệ Bửu rosakkan reputasi dunia Cao Đài

3. Huệ Bửu secara rahsia memalsukan doktrin untuk kemasyhuran dan kekayaan sendiri

4. Huệ Bửu bukanlah pengikut Mereka lagi disebabkan oleh halangan keamanan dunia

Jadi saya tanya apa jenis doktrin kerana saya hanya lihat satu doktrin Buddha. Mereka kata dia juga… apa? Mereka kata dia “secara rahsia palsukan doktrin Cao Đài-isme juga.” Itu saya tak tahu. Saya tak tahu banyak tentangnya. Meskipun saya tahu, itu doktrin yang panjang utk diberitahu. Jadi agaknya Mereka nak beritahu orang bahawa apa-apa pun yang dikatakannya di internet adalah tidak mengikut ajaran Cao Đài daripada Santo dari Alam Cao Đài kerana dia memalsukannya supaya sesuai dengan diri sendiri. Contohnya, dia memalsukan Kitab Avataṃsaka. Dia menuntut gelaran Maitreya dan mengugut akan ‘mendakwa’ sesiapa saja termasuk saya yang menuntut ‘gelaran syarikatnya’ – bermakna menuntut gelaran Maitreya. Ya Tuhan, dia buat Buddha menjadi perniagaan sekarang! Dia menjual Buddha!

Excerpt from “Is Suma Ching High the Female Grand Master in the Avataṃsaka Sūtra?” by Huệ Bửu – Sep. 2, 2023: Sudhana muda ialah imej Buddha Maitreya Terpuja yang lahir semula di Vietnam. Sudhana muda ialah imej Buddha Maitreya Terpuja dalam perjalanan-Nya untuk mencari Tao. Dia menjumpai dan bertemu dgn ‘Vasumatra’ Agung ini (NOTA: ejaan palsu). Nama sebenar-Nya ialah VasuMItra. Dah tentu, mereka tidak percayai ‘Vasumatra’ yang sangat mulia (NOTA: ejaan palsu). Nama sebenar-Nya ialah VasuMItra. Oleh itu, apabila mereka lihat Sudhana muda yang merupakan imej Buddha Maitreya Terpuja pergi mencari Tao, ingin bertemu dengan ‘Vasumatra’ (NOTA: ejaan palsu) Nama sebenar-Nya ialah VasuMItra, mrk rasa bersimpati dan berbelas kasihan terhadap Sudhana muda. Mereka rasa gembira apabila mendapat tahu bahawa Sudhana muda yang merupakan imej Buddha Maitreya Terpuja imej Buddha Maitreya Terpuja pergi mencari ‘Vasumatra’ (NOTA: ejaan palsu). Nama sebenar-Nya ialah VasuMItra.

Dia letak nama Buddha Maitreya pada Sudhana, pelayan Bodhisattva Quan Yin, kemudian mendakwa bahawa pelayan itu, Sudhana, adalah dia! Dia tambahkan imej itu. Dia kata ada ‘imej’ Buddha Maitreya, iaitu Sudhana.

Hantaran Facebook oleh Huệ Bửu, 23 Ogos 2024: Selain Kitab Turunnya Maitreya, Buddha Sakyamuni juga meramalkan dalam Kitab Avatamsaka, bab 39, ‘Memasuki Alam Dharma’ tentang Sudhana buat perjalanan untuk mencari Dharma di Selatan. Sudhana bertemu dengan ‘Puan Vasumitra’ yang merupakan Mahaguru Ching Hai. Ini ialah ‘Penasihat Spiritual Bermakrifat’ yang Sudhana temui dalam perjalanan-Nya yang susah untuk mencari Dharma sehingga waktu Sudhana menyedari bahawa hayat-Nya sendiri yang tak terhingga dan tak terbatas tidak berbeza dengan hayat tak terhingga dan tak terbatas Buddha Maitreya Terpuja. Ini bermakna Dia telah mendapat makrifat.

Begitu kelirukan, tak logik sama sekali. Tiada perkara macam itu. Anda bacalah Kitab Avataṃsaka yang asal, maka anda akan tahu tiada apa-apa seperti itu. Dia tambahkannya supaya dapat mendakwa diri sebagai Buddha Maitreya. Ya Tuhan! Tapi dah tentu, saya tanya, “Mengapa dia buat begitu?” Jadi Santo beritahu saya, “Kerana dia bekerja untuk Raja Mara, untuk Mara. Dia ini orang bawahan Mara. Dia hanyalah hantu ghairah berpangkat pertengahan yang bekerja untuk Mara.”

Selepas itu, dalam bab yang sama, Sudhana memang bertemu dgn Maitreya, jadi dua orang itu dan Huệ Bửu ialah tiga orang yang berlainan. Jadi dakwaannya bahawa kedua-dua Sudhana dan Maitreya ialah Huệ Bửu sendiri, itu buat tiga orang menjadi satu. Itu memang GILA.

BUKTI BAHAWA SUDHANA DAN BUDDHA MAITREYA IALAH DUA ORANG YANG BERLAINAN daripada Kitab Avataṃsaka, Bab 39 (terjemahan asal daripada bahasa Cina kepada bahasa Inggeris oleh Thomas Cleary)

Sudhana dan Maitreya digambarkan sebagai orang-orang yang berlainan: “Sudhana berdiri di kaki menara, ingin berjumpa dengan Orang bermakrifat agung, berhasrat untuk bertemu dgn Maitreya. Kemudian Dia nampak Maitreya di luar menara, datang dari sesuatu tempat yang lain […]. Melihat Maitreya, Sudhana terangsang dalam fikiran, sangat girang dan gembira, dan bersujud di depan Maitreya dari jauh.”

Sudhana dan Maitreya datang dari kota-kota yang berlainan: “Sudhana berkata, ‘Dari sejauh mana Engkau datang?’ […] Maitreya berkata, […] ‘Saya datang ke sini dari Kampung Kuti di wilayah orang Malada, tanah lahir saya.’”

Manakala Sudhana datang dari kota Dhanyakara seperti yang disebut sebelumnya dalam bab ini: “Sekarang orang kota (Dhanyakara) terdengar bahawa Manjushri telah datang dan menginap di tokong dalam hutan. […] Kemudian Sudhana, seorang budak lelaki yang cemerlang, bersama dengan lima ratus orang budak lelaki yang cemerlang, […] pergi berjumpa dengan Manjushri, sembah dan berjalan berkeliling Beliau, kemudian duduk di satu sebelah.”

Apabila Sudhana alami visi Syurga melalui Menara Vairocana, ini disamakan dengan satu orang spiritual di luar Dia yang mengurniai Dia keupayaan untuk melihat: “Sama seperti seseorang dirasuk makhluk halus nampak pelbagai benda dan memberitahu apa yang dia ditanya, begitu juga, Sudhana, dengan kuasa pengetahuan Orang bermakrifat (Maitreya), nampak semua benda itu.”

Lepas itu, Sudhana mengesahkan ini apabila ditanya oleh Maitreya sama ada Dia nampak visi. Dia jawab: “Saya ada nampak, Orang Mulia, dengan pemerkasaan dan kuasa spiritual orang yang beri bantuan (Maitreya).’”

Selepas Sudhana nampak hayat Maitreya yang tidak terhingga di Menara terakhir Vairocana, dalam setiap visi, Dia nampak diri-Nya ‘di kaki Maitreya’: “(Sudhana) nampak satu menara yang lebih besar daripada semuanya yang lain dan dibarisi perhiasan yang melangkaui semua menara yang lain. Di dalam menara itu […] Dia nampak Orang bermakrifat Maitreya dilahirkan di dlm kelopak teratai. Dia juga nampak Maitreya mengambil tujuh langkah sementara Indra dan Brahma memerhati, melihat ke sepuluh arah, mengeluarkan auman singa, menunjukkan semua peringkat zaman kanak-kanak, […] mendapat makrifat, merenung pokok makrifat, diminta oleh Brahma untuk mengajar dan memutarkan roda ajaran, masuki kediaman Firdausi, dengan pelbagai jelmaan ajaran makrifat yang berlainan […]. Di mana-mana pun di sana, Sudhana nampak diri-Nya berada di kaki Maitreya.”

Oleh itu, kitab dengan jelas menyatakan bahawa Sudhana ialah anak murid “di kaki Maitreya” dalam hayat tak terkira yang disaksikan oleh Sudhana.

Mungkin dia orang gila. Saya harap tiada bunyi bising lagi daripada dia tentang ini supaya kita semua boleh berehat dan maju dari segi rohani! Dan menjaga dunia kita yang berada dalam bahaya sekarang!

Tetapi ada banyak perkara lain yang datang selepas itu. Tidak semudah itu. Dia telah lama menunggu peluang ini. Belakangan ini, beberapa tahun ini, saya hampir mati disebabkan oleh pengorbanan saya untuk dunia, dan juga hampir mati pada kali yang lain, keadaan yang lain disebabkan oleh sihir yang saya tidak bersedia untuk terima. Jadi mereka semua gunakan peluang ini untuk cuba bunuh saya, mengambil alih Misi saya dan ingin musnahkan dunia ini! Dan memperdaya orang untuk memuja syaitan!

Saya tidak mengesyaki wanita itu (ahli sihir) kerana dia isteri anak murid saya. Dia juga menyelinap masuk sebagai anak murid, sama seperti Huệ Bửu dan Trần Tâm ini. Oh! Saya boleh beritahu anda selama-lamanya tapi terlalu banyak kerja, terlalu memakan masa. Saya bukan hanya temui syaitan atau hantu (ghairah) ini baru-baru ini atau dalam kumpulan anak murid saya saja – bukan, sejak saya masih muda lagi. Semuanya seperti banyak filem. Kisah yang sangat panjang! Kisah menarik, kisah penuh bahaya, kisah mengejutkan.

Kemudian sekarang, Huệ Bửu, itu aduannya, itu hukuman yang Santo Cao Đai berikan kepada dia kerana merosakkan reputasi Mereka, memalsukan doktrin Mereka, menyebabkan halangan Keamanan Dunia dll. Saya tanya Mereka beberapa soalan selepas itu mengenai semua subjek, semua hukuman ini, jadi kita akan bercakap sedikit lagi. Walaupun ini tidak ikut urutan, maafkanlah saya. Saya hanya tulis sedikit nota tetapi tidak menulis seluruh khutbah tersedia atau apa-apa seperti itu. Biasanya saya tak menulis apa-apa pun dan bercakap dengan lebih lancar sikit. Dengan nota, kurang lancar sikit. Jadi sekarang, di mensyuarat itu, kami juga ada Raja Mara, Baginda Raja Syaitan Ghairah, Baginda Raja Syaitan Ghairah, Baginda Raja Hantu Ghairah, Baginda Raja Ilmu Sihir Baginda Raja Ilmu Sihir dari Dunia Gelap, Baginda Raja Karma dan Baginda Raja Keselamatan yang juga berada di sana untuk dengar isu ini kerana barangkali Mereka perlu uruskannya selepas itu. Selepas itu anda akan lihat.

Ya Tuhan, saya harap saya dapat baca semuanya... Okey. Sekarang, saya tanya Mara, “Adakah dia orang bawahanmu, bekerja untuk engkau?” Jadi Raja Mara berkata, “Ya.” Ya Tuhan, saya harap saya tidak lupa akan apa-apa. Jadi saya tanya, “Apa jenis halangan Keamanan? Apa yang boleh dibuatnya?” Santo berkata, “Dengan menunggu Engkau mati supaya dia dapat kawal orang secara langsung untuk Mara, dalam agama Kristian, ialah Iblis; untuk Mara, ialah syaitan.” Saya perlu tinjau. Sesetengahnya saya tulis sebelumnya; sesetengahnya saya tulis selepas itu – tambahan. Jadi sekarang anda tahu lebih kurang tentang orang ini.

Photo Caption: Kepercayaan Teguh untuk Bergantung Padanya!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android