Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Nama Guru Palsu yang Perlu Diketahui Dunia, Bahagian 4 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, secara berulang kali, Tuhan beritahu saya, “Orang di dunia perlu tahu.” Sesetengah orang berkata bhw pada 2005 saya umumkan bhw saya berhenti kerja. Tak pernah berlaku – saya tak tahu di mana mereka dengar perkara sebegini. Kemudian saya berikan wasiat kepada Trần Tâm untuk menjadi pengganti saya. Oh, itu akan menjadi mimpi ngeri yang paling teruk jika ia berlaku!

Yang berikut ialah komen yang dijumpai di YouTube, dirujuk oleh Guru sebagai kenyataan palsu: Ya Tuhan, dah 40 tahun sekarang. Mengapa sekarang kamu berkata begitu? Pada 2005, Guru telah umumkan persaraan-Nya dan membuat wasiat untuk pengganti. Itu En. Trần Tâm atau Guru Ruma. Guruji RUMA Sagarrumagarmatha

Saya cuba mencari pengganti. Saya tak dapat cari seorang. Meskipun anda telah capai Peringkat Keempat atau Kelima – sesetengah biksu dan biksuni saya telah capainya – melalui Kuasa saya, saya hantar mereka sebagai wakil saja dengan Kuasa tambahan untuk mereka bagi hari itu, bagi kerja itu. Mereka tak cukup kuasa untuk selamatkan begitu banyak anak murid, mereka yang saya hantar keluar untuk memberi inisiasi. Orang yang berikan arahan melalui arahan saya sendiri bukanlah guru spiritual. Dia tak dapat pada satu-satu masa menyelamatkan beribu-ribu orang atau beberapa ratus orang pun. Tidak, dia akan mati dengan serta-merta, kemudian mungkin perlu pergi ke neraka untuk mereka disebabkan oleh karma mereka. Dia tak dapat buat begitu. Jadi saya perlu beritahu mereka supaya pergi ke sana, bersyukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada semua Guru, kemudian hanya berikan arahan lisan untuk mereka tahu macam mana duduk dan di mana nak bertumpu. Itu saja. Tetapi Kuasa DALAMAN bukanlah daripada dia. Ia daripada Tuhan melalui hubungan unik dengan Guru. Mrk tak dapat mengisi semua Kuasa ini. Mereka tidak dibuat untuknya! Tetapi saya tak boleh berkata bahawa biksu Peringkat Keempat atau Kelima saya cukup berkuasa untuk selamatkan begitu banyak orang pada bila-bila saja dalam inisiasi. Mereka tahu akan itu. Mereka semua sangat rendah diri. Macam itulah.

Tetapi Trần Tâm ini, anda boleh lihat pasti ialah syaitan. Tiada sesiapa yang dapat berbohong macam itu. Dia nak berhenti menjadi biksu disebabkan oleh penyakit genetik, kemudian datang tak lama selepas itu dgn seorang wanita dan anak mereka. Kemudian sementara dia menafikan hubungan dengan saya, mendakwa diri sebagai guru spiritual, pengganti dan sebagainya, dia menyelinapkan anaknya ke dalam Hsihu, Taiwan (Formosa) untuk mendapatkan inisiasi! Pasukan saya berasa bimbang tetapi beritahu saya hanya selepas itu! Bahawa saya beri kedudukan pengganti kepada dia, oh, tidak dalam mimpi ngeri pun! Sekarang Tuhan suruh saya memberitahu anda ini. Saya harap orang tidak terperdaya lagi dan dimudaratkannya. Saya tak menyalahkan anda. Saya hanya menyalahkan karma seluruh dunia dan Zaman Penghujung Dharma yang sangat banyak bergolak, sangat menyusahkan, sangat banyak bawa malapetaka, berbahaya, malah membawa maut. Ia mengaburkan dan menjejaskan penilaian orang yang lebih baik. Mereka mudah terpengaruh oleh kuasa jahat negatif yang memperdaya! Hanya boleh harap Tuhan Berkati mereka, bebaskan mereka dari perangkap kejam syaitan.

Kami, Pelindung Syurga dan saya sendiri, bekerja siang dan malam untuk benar-benar cuba selamatkan orang, anda semua. Sekarang saya telah diperintahkan untuk memberitahu anda juga bahawa saya Buddha Maitreya, juga dikenali sebagai Penyelamat, Christ, Nabi Isa yang kembali, saya harap anda akan masih biarkan saya hidup. Sebabnya saya tak beritahu anda dalam dekad-dekad ini adalah kerana saya mahu dikenal sebagai Guru saja, Guru yang mudah, lebih senang untuk bekerja dalam kalangan orang, ingat akan bagaimana Nabi Isa wafat, berapa banyak Guru, Santo, anak murid Mereka mati demi agama! Saya mahu ancaman menjadi kurang. Pada tempoh masa ini, mesti lebih berhati-hati. Saya mahu kehidupan anda dalam bahaya yang kurang juga. Tetapi di sesetengah negara terbatas, atau yang kurang terbatas pun, karma dunia juga boleh timbulkan halangan untuk kerja dan keselamatan saya. Sesetengah anak murid saya juga alami situasi yang serupa! Saya alami begitu banyak kesusahan, banyak bahaya.

Seperkara lagi, hari ini pun, saya tanya Dia, “Mengapa aku perlu lakukan semua ini? Aku tak tahu sama ada aku akan selamat dgn memberitahu ini tentang Trần Tâm atau sesiapa saja yang lain.” Jadi Tuhan berkata, “Minta maaf.” Tuhan memohon maaf kepada saya! “Minta maaf atas Engkau perlu alami begitu banyak!” Ya Tuhan, saya hampir pengsan mendengar itu. Saya tak dapat menangis pun. Tetapi aku dengan rendah diri bersyukur kepada Engkau, Tuhan, kerana katakan sesuatu yang begitu baik. Itu penenangan sebenar bagi aku. Penenangan sebenar yang tiada apa-apa yang lain di dunia dapat berikan kpd aku, Rahmat dan Penenangan yg begitu besar. Oh, Tuhan yang dikasihi, syukur banyak-banyak kerana begitu kasihi aku, begitu baik terhadap aku dan katakan perkara yang begitu baik kepada aku walaupun aku… walaupun aku rasa aku tak begitu wajar mendapatnya. Aku tak pernah rasa aku buat dengan secukupnya tapi hanya cuba sebaik boleh Syukur kepada Engkau, Tuhan, kerana katakan perkara sebegini. Ya Tuhan, aku tak pernah terfikir aku akan dengar kata-kata sebegini daripada Engkau. Oh! Tolonglah faham bahawa manusia tak begitu teguh. Aku tidak teguh juga. Aku hanya cuba sedaya upaya.

Manusia berbuat salah kerana mereka tidak teguh juga dan terpengaruh oleh semua syaitan ini. Jadi ampunilah mereka, Tuhan, ampunilah mereka, ampuni dan ampuni. Tolong berikan lebih banyak masa. Tuhan yang dikasihi, tolong jangan musnahkan planet ini. Aku memang suka akan planet ini juga. Aku harap aku dapat pergi ke sesuatu tempat yang luas, kawasan asali, dan ada masa dan ruang untuk orang-anjing dan -burungku tetapi mereka meninggal dunia satu demi satu tanpa aku. Tapi tak apa, Tuhan, Engkau tahu apa yang Engkau buat. Engkau tahu di mana baik untuk aku. Engkau tahu apa yang harus Engkau berikan kepada aku. Aku syukur kpd Engkau macam mana pun atas segala-galanya – baik, buruk atau neutral – apa pun yang Engkau atur, semuanya sempurna. Cuma jika Engkau boleh ampuni manusia, dan tolong buat sesuatu untuk menyedarkan mereka. Atau ambil aku saja, ambil semua pahalaku, apa-apa saja, untuk mengampuni umat manusia dan semua makhluk di planet ini.

Tolonglah, kerana setiap kali aku perlu bekerja untuk Supreme Master Television, aku perlu lihat bagaimana mereka menderita, malah mangsa manusia di jalanan daripada nahas jalan raya atau mana-mana orang gila. Kanak-kanak hari ini pun, orang bunuh mrk seperti dlm permainan. Begitu banyak perkara yang dilakukan oleh syaitan utk alihkan perhatian orang dari Engkau, alihkan perhatian mereka dari kebaikan dan Sifat Asal mereka sendiri. Aku percaya semua manusia adalah baik, Tuhan yang dikasihi. Mereka semua baik. Mereka begitu baik di dalam. Cuma mereka dikaburi, ditumpulkan, terperdaya oleh kuasa maya yang memerintah dunia ini dan hancurkan mereka. Itu saja. Tolonglah, tolong ampuni mereka dan buat sesuatu untuk mengajar mereka. Jika aku tak cukup… Semuanya salahku. Aku tak cukup berupaya untuk meyakinkan mereka, Tuhan.

Lihatlah aku, di dunia ini aku hanya berada di dalam badan seorang wanita kecil yang lemah. Aku datang dari negara yang baru pulih daripada peperangan. Siapalah aku untuk meyakinkan mereka? Kerana orang jangkakan… Semua orang di dunia ini, aku rasa mereka jangkakan rupa Guru yang berbeza. Setiap satu adalah berbeza. Buddha pun, sudah di Nirvana, banyak negara hormati Baginda tetapi mereka buat patung-Nya secara berbeza-beza. Di Thailand, mereka buat-Nya dengan topi runcing, sesetengahnya. Di China pula, mereka buat-Nya kelihatan macam orang Cina. Di Âu Lạc (Vietnam), mereka buat-Nya kelihatan macam orang Âu Lạc (Vietnam). Di Jepun, mereka buat patung Buddha kelihatan macam orang Jepun.

Jadi aku tak dapat menjadi semua itu khususnya kerana aku masih hidup. Aku tak dapat mengarcakan diri sendiri untuk setiap daripadanya kelihatan sebagaimana yang mereka mahukan. Hanya jika mereka berhubungan dengan Kuasa Guru yang Engkau tempatkan di dalam diriku baru dapat mereka lihat secara berbeza mengikut kesukaan mereka juga. Kerana sesetengah orang tidak kenali aku tetapi jika mereka percaya kepada aku atau ada afiniti dengan aku dalam hayat lampau, maka Kuasa Guru di dalam diriku akan buat aku kelihatan seperti apa yang ingin mereka lihat – mungkin kelihatan seperti Bodhisattva Quan Yin, Buddha Shakyamuni, Buddha Amitabha atau malah seperti malaikat agama Barat, atau malah kelihatan seperti Nabi Isa

tetapi hanya anak muridku tahu akan siapa diri sebenarku. Mereka dapat buktikannya. Mereka ada cara untuk buktikannya dan kami berhubungan secara berbeza. Tetapi bagi orang ramai di luar, Kuasa Guru perlu membuat diriku ini kelihatan seperti sesuatu yg mereka suka. Jadi mereka tak tahu bahawa akulah yang datang untuk bantu mereka dalam situasi terdesak. Kebanyakan daripada mereka tak nampak aku meskipun aku bantu semua orang. Mereka tak dapat lihat – sesetengahnya. Sesetengah orang dapat lihat, terkejut, seperti sesetengah ahli keluarga anak muridku – sesetengahnya tidak diinisiasi dan tidak percaya kepada aku atau apa-apa tetapi nampak kononnya ‘aku’, jelmaan Badan Cahaya datang ke rumah mereka pada waktu susuah dan mereka beritahu kononnya anak muridku. Jadi kononnya anak muridku tak nampak jelmaan kononnya aku, Guru, datang ke rumah mereka untuk bantu mereka pada waktu susah tetapi orang bukan anak murid yang berada di rumah itu nampaknya. Kadangkala kanak-kanak nampaknya tapi orang dewasa tak dapat, tak nampak apa-apa pun. Macam itulah.

Apa-apa pun yang Engkau atur, Tuhan, semuanya pengaturan-Mu. Maksudku, macam mana aku yakinkan orang yang sudah begitu banyak terperdaya oleh kuasa Mara? Dan yang telah berakar umbi dalam keyakinan mereka sendiri, dalam kepercayaan mereka sendiri bahawa agama ini dan itu baik dan pederi atau biksu ini dan itu harus dipercayai. Oleh itu, dalam banyak keadaan, memudaratkan diri atau dimudaratkan oleh orang yang mereka percayai kerana mrk berpura-pura wakili Engkau!

Mereka dilahirkan dengan idea sebegini, jadi tak dapat berubah dgn begitu cepat atau senang. Aku tak menyalahkan mereka, Tuhanku. Aku hanya berasa kesal dengan aku tiada cara dan sumber yang mencukupi untuk bantu mereka. Aku dapat bantu mereka sikit secara senyap tetapi bukanlah mereka dapat bantu diri sendiri, menjadi bermakrifat dan kenali Engkau, Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan nampak semua alam indah yang Engkau cipta untuk mereka. Mereka dah akan begitu gembira dalam hayat ini.

Aku hanya cuba bersungguh-sungguh dengan segalanya yang boleh, dengan Supreme Master Television juga supaya mungkin ia akan menyedarkan seseorang, sesetengah anak-Mu di sesuatu sudut di sesuatu tempat, atau bantu mereka sikit pada waktu benar-benar susah terutama pada akhir zaman ini!

Photo Caption: Sentiasa Dapat Membaharui Diri Kita!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/5)
1
2024-08-02
8070 Tontonan
2
2024-08-03
4817 Tontonan
3
2024-08-04
4262 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android