Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 2 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika biksu memakai jubah biksu yang sangat bermaruah dan mewakili pembebasan, mewakili belas kasihan tetapi duduk di sana mengunyah, menggigit, menggerogot atau melahap kaki orang-ayam, maka saya akan rasa sangat meluat. Dulu saya ada nampaknya di negara agama Buddha Hinayana. Itu benar-benar suatu pemandangan yang saya tak nak lihat lagi. Pada masa itu, saya masih berkahwin, seorang suri rumah. Kemudian saya dan suami pergi ke banyak negara agama Buddha di Asia. Dia bawa saya ke negara-negara itu untuk bercuti kerana dia tahu bahawa saya seorang penganut Buddha yg taat. Di rumah saya, kami ada altar dgn bunga dan buah-buahan utk Buddha. Dia malah menanam pokok bunga dan potongnya untuk saya letak di atas altar untuk Buddha. Apabila dia lihat bunga telah layu, dia tukarnya. Dia menanam pokok bunga di taman di luar untuk tujuan itu.

Sesetengah orang berhujah bahawa Buddha menasihati bahawa pengikut Buddha boleh makan tiga jenis daging orang-haiwan yang telah saya sebut di atas. Tetapi kemudiannya Buddha tidak benarkannya lagi kerana anak murid telah besar. Mereka harus menjadi biasa dengan diet vegan yang lebih baik, berbelas kasihan dan sesuai dengan orang pemurah seperti biksu. Jadi dalam kitab lain pun atau mungkin kitab yang sama, biksu tanya Baginda apa yg nak dibuat jika semasa dia keluar untuk sedekah, sesetengah pengikut berikan daging orang-haiwan bersama nasi atau sayuran lain kepada mereka. Apa yang nak dibuat? Buddha berkata, “Keluarkan bahagian daging itu dan makan yang selebihnya.”

Secara keseluruhannya, mana-mana pun, Buddha sentiasa mengesyorkan diet berbelas kasihan, iaitu diet vegan. Sekarang meskipun Buddha tidak memaksa kita amalkan diet vegan atau benarkan kita makan tiga jenis daging orang-haiwan, saya tak nak. Mengapa kita buat begitu sedangkan kita ada banyak makanan? Hari ini pun, ya Tuhan, kita tak dapat makan semua makanan yang dihasilkan, apalagi sudah cukup dengan makanan tanpa kesakitan yang saya amalkan, tetapi tidak kerap pun. Jika anda boleh hidup dengan nasi perang dan bijan saja, itu okey juga.

Tapi anda perlu kunyah dgn baik sekali nasi perang dan serbuk bijan sementara anda adanya di dalam mulut sehingga hampir menjadi cair supaya ia diserap secara semula jadi kerana itu cara terbaik untuk makan nasi perang dan bijan. Anda tak harus makan nasi panas menggelegak kerana lebih baik makannya semasa suam. Jika anda makannya antara empat hingga 34 darjah Celsius, berkemungkinan anda mendapat sesuatu jenis bakteria yang bertumbuh padanya, kemudian itu mungkin buat perut anda memulas. Jadi jika anda nak makan jenis makanan itu atau sebarang jenis makanan bersama nasi, mi, anda harus makannya dgn segar sekali, atau tunggu sehingga dah sejuk dari peti sejuk. Nasi dan mi khususnya. Itu supaya selamat.

Jadi saya tak rasa kita harus bertikai tentang makan daging orang-haiwan atau tak makan daging orang-haiwan, atau tiga jenis “daging murni” atau tidak. Kita tak harus kerana menjadi biksu memang berada di kedudukan mulia, bagi saya. Contoh yang anda tunjukkan dengan cara anda menjalani kehidupan banyak mempengaruhi penganut. Mereka meniru anda, belajar drpd anda kerana mereka hormati anda. Jadi kita nak tunjukkan contoh yang sangat mulia, contoh bermaruah yang sesuai dengan wakil Buddha atau/dan wakil Tuhan Yang Maha Berkuasa di Bumi.

Bayangkan kedengaran macam mana bagi anda jika anda ialah anak Tuhan – jika anda mewakili Tuhan, jika anda mewakili Buddha tetapi duduk di sana, menunjukkan bahawa anda tak pedulikan penderitaan makhluk lain yg masih penuh bertenaga, menguek atau melenguh semalam atau beberapa jam sebelum anda menelannya. Itu hanyalah akal biasa, bagi saya. Bagi anda, dah tentu, saya rasa sama juga. Kebanyakan drpd anda adalah sama juga kecuali sesetengah orang baharu atau sesetengahnya di peringkat yang lebih rendah sikit, ada perasaan sensitif

yang kurang. Tetapi bagi saya, meskipun ada makanan tanpa kesakitan, saya tak dapat sendiri petiknya pun untuk dibawa masuk dan makan semasa ia masih hidup – di kebun, contohnya. Jika sudah dijual di pasar, maka saya dapat, mungkin. Tetapi begitu pun, saya tak rasa begitu senang hati. Saya lebih suka tidak makannya. Saya lebih suka hanya nasi perang dan bijan, dah cukup berkhasiat bagi saya untuk buat semua kerja yang berat – dari segi mental, intelek dan segala jenis aspek yang lain juga. Tetapi jika saya dapat hidup dgn makanan yg sangat sederhana saja, maka saya akan sangat gembira.

Apabila biji bijan telah masak, pokoknya sudah layu, serupa dengan kacang tanah. Apabila kacang ini telah masak/sedia, pokoknya menjadi layu dan sudah menjadi kuning atau perang, atau hampir tiada daun, tiada nyawa lagi apabila orang memetik kacang ini. Saya nampaknya ketika saya di kawasan luar bandar. Dulu rumah saya di luar bandar, jadi saya nampak banyak perkara seperti itu. Biasanya macam itu. Begitu juga dengan padi – semua daunnya telah menjadi kuning. Kebanyakan daun sudah hampir mati. Selepas pokok padi mengeluarkan padi, pokok itu nampaknya menjadi layu dan mati. Jadi bagi saya, nampaknya boleh dimakan, contohnya. Dah tentu, dulu saya keluar untuk memetik bunga dan menuai sayuran dan segala-galanya seperti itu, berasa bahawa saya baik, tidak makan daging orang-haiwan, tidak makan telur, contohnya. Tetapi hari ini, saya tak dapat buat begitu pun.

Ketika berjalan di taman, saya berjalan dengan berhati-hati. Saya tak nak berjalan di atas rumput. Saya rasa ini begitu tak sensitif, berjalan di atas sesuatu yang masih hidup. Saya sentiasa memohon maaf kpd rumput jika saya secara tak sengaja, tak dapat dielakkan memijaknya. Saya memohon maaf kepada semua benda hidup jika saya perlu dekati mrk atau mungkin menyebabkan mereka berasa takut, sakit atau sesuatu. Jadi saya tak dapat memetik apa-apa pun. Saya tak dapat memetik bunga, buah-buahan, apa-apa pun lagi. Itu datang secara automatik macam itu. Apabila kita menjadi vegan, lepas seketika masa, kita langsung tak nak menyakitkan apa-apa pun, rumput di taman kita atau di jalanan pun. Kita tak rasa betul. Kita rasa begitu hormati dan begitu ambil berat ttg perasaan mereka. Kita sangat sensitif dengan apa-apa saja yang lain di sekeliling kita. Kita berjalan dengan rasa hormat dan hati-hati, kalau-kalau sakitkan sesuatu, rumput di jalanan pun.

Saya tak kelihatan seperti biksu lagi walaupun sesetengah biksu Buddha masih mengheret saya ke dalamnya, menyalahkan saya tidak memakai jubah biksu atau menjalankan perniagaan dan sebagainya. Saya keluar dari kehidupan berkeluarga untuk menawarkan diri saya kepada Buddha, Tuhan bagi pelajari cara menjadi insan yg lebih baik. Dan saya keluar dari kehidupan sebagai biksu untuk menawarkan diri saya kepada semua makhluk yang menderita. Oleh itu, saya tak rasa saya boleh menyakitkan apa-apa. Bukanlah sesiapa memerhatikannya, saya ada sebarang sumpah atau apa-apa, cuma automatik, macam kita tak nak menyebabkan sebarang gangguan, kekacauan dalam hidup mereka. Kita hampir boleh rasa macam mereka semua bernafas, berasa dan bercakap dengan kita. Kadangkala mereka buat begitu dan kadangkala mereka tunjukkannya tanpa bercakap.

Suatu kali saya berjalan ke taman kerana ingin masuk ke dalam bangsal. Saya menyusun, bersihkan bangsal untuk masuk bagi bermeditasi pd waktu malam. Saya rasa itu lebih dekat dengan alam semula jadi daripada bilik konkrit. Saya berjalan keluar sebelum matahari terbenam dan ambil gambar bunga liar di sudut taman. Apabila foto itu diambil, saya nampak warna ungu kemerah-merahan cantik yang di sudut itu tiada apa-apa yang boleh menyebabkan itu. Itu kali pertama. Kemudian saya tanya dan pari-pari berkata bahawa mereka ingin tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat mereka. Oh, saya begitu tersentuh! Saya masih ada foto itu. Mungkin suatu hari nanti anda akan nampaknya dalam pengenalan Antara Guru dengan Anak Murid. Jika saya nampaknya, saya akan tulis nota untuk anda ambil perhatian supaya anda tahu apa yang saya katakan. Mungkin saya boleh suruh mrk hantarnya kemudian kita boleh masukkannya di sini untuk anda lihat.

Pari-pari pokok biasanya bersembunyi di satu sudut kerana takut pada manusia. Kadangkala saya juga kerana saya ada pengalaman yang tak begitu menyenangkan. Sebagai orang terkenal, kita akan sentiasa hadapi sesuatu. Ini tak bermakna saya menyalahkan manusia atau apa-apa. Ini berlaku kerana kadangkala orang tak dapat lihat sebelah dalam kita. Mereka hanya menilai kita dengan rupa luaran, mungkin jika kita bukan orang mereka, kulit kita tak kelihatan sama, kita memakai pakaian yang tak begitu bergaya dan mahal, kita terkenal, atau orang kasihi kita dll. Tak mengapa. Agaknya itu hanya bilangan yang kecil. Saya memang harap itu bilangan yg kecil Sebenarnya saya tak begitu kerap keluar, mana-mana pun, sebelum suluk pun. Saya hanya pergi ke tempat kerja, kemudian balik ke gua saya atau apa-apa saja bilik yang saya ada pada masa itu.

Photo Caption: 3 Pari-pari yang Cantik, 1 Salam Bersama yang Indah.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/10)
1
2024-07-23
6576 Tontonan
2
2024-07-24
4989 Tontonan
3
2024-07-25
4913 Tontonan
4
2024-07-26
4301 Tontonan
5
2024-07-27
4173 Tontonan
6
2024-07-28
3814 Tontonan
7
2024-07-29
3850 Tontonan
8
2024-07-30
3759 Tontonan
9
2024-07-31
3863 Tontonan
10
2024-08-01
3933 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android