Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 2 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Oh! Seperkara lagi, saya teringat saya nak beritahu anda bhw dlm masa empat hari, saya ada tiga pilihan. Pilihan pertama adalah yg paling buruk, iaitu saya akan dibunuh kerana kuasa negatif akan gunakan cara tragik untuk membunuh saya. Kemudian saya boleh mati dan tiada orang yang akan berada di sana secara fizikal untuk membantu saya atau tahu akannya hingga mungkin lama kemudiannya. Saya tak nampak bila. Satu lagi pilihan adalah saya perlu pergi jauh di mana tiada sesiapa yang kenali saya, berharap kuasa negatif tidak akan jumpai seseorang yang sesuai untuk bunuh saya di sana. Pilihan ketiga… Saya perlu berhenti seketika. Okey. Saya rasa lebih selesa sekarang. Saya terlalu penuh emosi sehingga saya perlu berhenti seketika.

Sekarang, pilihan ketiga adalah yang baik, bertuah, iaitu saya akan hidup, terus bersama anda dan berkongsi dengan anda ajaran dari Syurga, malah mungkin beritahu anda apa-apa saja yang saya dibenarkan utk memberitahu dengan Berkat semua Buddha dan Tuhan. Dalam badan fizikal pun, tiada Guru yang dapat beritahu anda semua perkara. Buddha pernah berkata bahawa apa-apa yang Baginda beritahu mereka, anak murid, hanyalah beberapa helai daun dalam tangan berbanding dengan daun di seluruh hutan di planet kita. Jadi anda tahu berapa banyak yang dapat diberitahu-Nya dan berapa banyak Baginda masih tak dapat. Juga kerana itu memakan masa dan fakulti fizikal anak murid tak sentiasanya cukup tajam untuk memahami segala-galanya.

Masih ingat suatu kali Buddha memberitahu Biksu Ananda, pembantu berdedikasi-Nya yg terutama, bahawa Baginda, Buddha, telah memperoleh superkuasa, dapat hidup di dunia fizikal selama-lamanya jika kita mahukannya. Baginda tanya Ananda. Kali pertama, Ananda hanya macam mengantuk, tak dengar, tak kata apa-apa pun. Kali kedua, Ananda juga tak dengar, tak jawab, tak bereaksi dengan sebarang cara. Kali ketiga, Buddha tanya lagi, Ananda juga tak kata apa-apa pun. Jika Beliau berkata, “Oh, tolonglah, Orang Sanjungan Dunia, terus bersama kami selama-lamanya kerana kami perlukan Buddha. Kami makhluk hidup di dunia samsara yg menyeksakan sini sangat memerlukan Buddha.” Tetapi Beliau tak kata apa-apa pun.

Jadi selepas itu, Raja Maya datang berkata kepada Buddha, “Baiklah, dalam masa tiga bulan, Engkau perlu meninggalkan dunia ini kerana tiada orang yg mahukan Engkau.” Segalanya yang Buddha atau mana-mana Guru minta anda tidak boleh lebih daripada tiga kali, jika anda tidak jawab. Sebab itulah Buddha meninggalkan kita. Sayang sekali ini dalam hati saya. Jika Buddha berada di sini, dunia kita telah menjadi jauh lebih baik – sebuah syurga untuk semua makhluk nikmati. Kerana jika Buddha terus hidup secara fizikal di dunia kita, maka Buddha takkan mengajar beberapa ribu orang anak murid saja tetapi semakin banyak, dan Belas Kasihan, ajaran penuh belas kasihan-Nya akan tersebar ke seluruh dunia. Maka dunia kita akan berubah.

Hari ini, kita ada lebih banyak teknologi tinggi serta segala jenis kemudahan dan pengangkutan supaya ajaran Buddha tidak hanya dicetak dengan cara lama dalam buku di sesuatu tempat di perpustakaan atau tokong tetapi tersebar ke seluruh planet ini. Maksud saya, bukan kerana semua biksu dan biksuni melafazkannya tetapi kerana kata-kata Buddha sendiri dengan suara sendiri akan membawa Kuasa yang sangat besar untuk menyedarkan orang. Jika tidak, jika hanya dengan baca kitab kita menjadi bermakrifat dan mengubah dunia, maka kita telah lakukannya lama dahulu lagi kerana ada begitu banyak juta pengikut Buddha. Mungkin beratus-ratus ribu atau berjuta-juta orang biksu dan biksuni melafazkan kitab Buddha setiap hari tetapi tiada apa-apa yang berubah di dunia kita. Ada bezanya semasa Guru sendiri berkata begitu kerana segalanya yang datang daripada Guru bermakrifat seperti Buddha atau Nabi Isa mempunyai, ya Tuhan, Kuasa yg sangat besar utk menyedarkan hati, minda dan jiwa orang dan makhluk lain juga. Adalah tidak sama semasa anda mengulang kata-kata dengan suara sendiri kerana anda tiada kuasa yang mencukupi yang dibawa dalam kata-kata anda untuk ditransmisikan ke dunia, kepada orang luar. Anda sendiri tahu akannya.

Seperkara, janganlah terlalu risau tentangnya. Saya hanya beritahu anda, kalau-kalau. Raja Karma beritahu saya tentang semua itu: tentang situasi hidup mati saya dalam masa empat hari. Dia juga dedahkan kepada saya suatu cara untuk mengatasi mudarat tragik yang akan dikenakan terhadap saya oleh maya – oleh kuasa jurang karma, kuasa negatif. Tetapi saya tak pasti… Saya rasa saya dapat lakukannya tetapi masih ada 5% yang tidak pasti. Untuk menjadi positif, saya cuba percaya saya dapat lakukannya tetapi mana tahu jika karma dunia juga ditambah pada situasi saya, maka saya perlu secara terus terang, saya tak boleh pasti.

Hanya kalau-kalau pilihan pertama berlaku dan pilihan kedua dan ketiga gagal, tahulah bahawa saya sangat kasihi anda sepanjang masa, pada bila-bila saja. Saya sentiasa kasihi anda di sini pun atau di Syurga, rendah atau tinggi, atau Syurga saya sendiri di atas. Saya akan sentiasa bersama anda, membantu anda, menyokong anda, melindungi anda, selamatkan anda dan naikkan anda dgn sebarang cara mungkin Saya takkan sesekali meninggalkan anda. Tetapi cubalah sedaya upaya juga untuk menjadi layak mendapat Kuasa semua Santo dan Orang Suci, bermakna Buddha, Bodhisattva di semua arah pada semua zaman, serta Kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa yang cuba membantu anda. Jadilah layak. Cuba sedaya upaya. Itu saja. Itu saja yang perlu anda buat. Cuba sedaya upaya.

Seandainya sesuatu berlaku kepada saya dan anda tidak dengar daripada saya, tidak nampak saya lagi, maka teruslah beramal sebanyak yang boleh. Kemudian anda terus membuat siaran Supreme Master Television sehingga anda tak dapat lagi. Anda telah dilatih selama beberapa tahun sekarang dan tahu apa yang harus dibuat. Jika saya tiada di sana lagi untuk betulkan anda, mengarah anda, cadangkan kpd anda apa-apa yg baharu atau bantu anda dengan sebarang cara secara fizikal, saya akan buat begitu secara rohani. Saya akan sentiasa bersama anda. Bertenanglah, beralih ke dalam, maka anda akan dengar, akan nampak, akan rasai, akan tahu apa yang saya cuba beritahu anda. Jadilah suci, senyap di dalam, maka anda akan dengarnya, akan ketahuinya, akan rasainya. Semoga anda diberkati selama-lamanya. Amin. Terima kasih.

Dan mengenai pemergian badan saya, kalau ini benar-benar berlaku, jangan menyalahkan apa-apa pun. Ini mungkin hanya karma dunia terlalu besar semula, juga bersama dengan sihir jahat dan kuasa negatif. Perempuan sihir ini tidak hanya ada diri sendiri saja. Dia juga ada 510 orang pengikut – semuanya syaitan, jahat, buruk. Yang sama saling menarik. Jadi tak begitu senang. Ketika Buddha masih hidup, ada dikatakan bahawa selama tiga bulan, oleh sebab karma anak murid terlalu berat, Buddha tiada apa-apa pun utk dimakan. Baginda terpaksa makan makanan kuda, dan itu di India. Di Timur, orang masih ada lebih banyak rasa hormat kepada biksu. Mereka telah menjadi lebih biasa dengan ajaran lembut dan mereka dibesarkan untuk hormati pengamal spiritual tetapi Baginda masih diperlakukan macam itu, dan hampir mati – dengan sepupunya menggulingkan batu pada Baginda atau ingin bunuh-Nya tetapi hanya dapat memotong sebatang jari kaki-Nya. Nabi Isa juga ditindas sejak keluar untuk ajarkan Kebenaran, kemudian akhirnya disalib pada salib macam itu.

Ini kerana dunia fizikal ini ada tenaga yang sangat kasar – tidak toleran, tidak berbelas kasihan sama sekali disebabkan perbuatan ganas manusia. Sejak berapa lama lagi – kita tak dapat kira. Jadi sekali-sekala ada keruntuhan sistem seperti pandemik, epidemik, kemusnahan akibat bencana, peperangan dan sebagainya tetapi masih tak cukup untuk bersihkan semua karma planet ini. Jadi sekarang ada kejadian besar yang berlaku – mungkin kita hadapi hari kiamat. Semua malaikat, semua Syurga, semua Buddha dan Guru, malah Tuhan Yang Maha Berkuasa cuba membantu kita tetapi kita perlu mengambil alat yang dapat bantu kita. Kita perlu mengambil cara yang dapat berikan kebebasan lepaskan diri kpd kita. Tetapi kita tidak. Kerana jika kita wujudkan keganasan, maka keganasan akan kembali kepada kita seperti bumerang. Ini seperti, “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.”

Pembantu hanya boleh cuba sedaya upaya dan menitiskan air mata. Mereka buat apa yang boleh tetapi kitalah orangnya, watak utama yang perlu benar-benar membantu diri sendiri, menunjukkan Sifat Buddha sebenar – sampai tahap tertentu, sekurangnya. Jika kita belum mengenal, belum capai peringkat Buddha, sekurang-kurangnya kita perlu menunjukkan tahap kebaikan hati tertentu dan perlu menunjukkan status anak Tuhan yang berbelas kasihan. Jika tidak, kita tak mendapat apa-apa pun macam itu. Jika kita terus wujudkan keganasan untuk manusia lain dan semua makhluk yang lain juga, maka kita tak boleh mendapat apa-apa yang lain sebagai balasan kecuali apa yang telah kita semaikan. Apa yg kita semaikan, itulah yg akan kita dapat. Apa-apa karma yg kita wujudkan, kita akan menerima akibat yang sama.

Mana-mana agama pun beritahu begitu juga: agama Kristian menyatakan itu, agama Buddha menyatakan itu; Jainisme menyatakan begitu juga, agama Hindu menyatakan begitu juga; Islam menyatakan begitu juga. Cuma kita perlu cari dan amalkannya. Kita perlu cari ajaran itu dalamnya agama kita sendiri dan amalkannya. Kemudian kita akan tahu. Jika tidak, tak banyak lagi yang dapat dibuat oleh Santo dan Orang Suci, atau Buddha.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/8)
1
2024-06-28
15934 Tontonan
2
2024-06-29
10161 Tontonan
3
2024-06-30
9420 Tontonan
4
2024-07-01
9199 Tontonan
5
2024-07-02
8128 Tontonan
6
2024-07-03
7626 Tontonan
7
2024-07-04
7243 Tontonan
8
2024-07-05
7065 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android