Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabnya Roh Turun ke Dunia Ini, Bahagian 3 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sekarang anda faham mengapa bukan tanpa kesannya mengikut jalan syaitan. Kita perlu berikan sesuatu dan sesuatu itu tak begitu bermoral. Sesuatu itu mungkin buat anda berasa sangat takut. Tetapi lepas seketika, anda menjadi biasa dengannya dan anda akan menjadi seperti syaitan. Jadi berhati-hati. Jangan ikut jalan macam itu meskipun mungkin berasa puas untuk beberapa ketika. Ini hanya seperti arak atau dadah. Ia akan beri kesan buruk, balasan buruk kepada anda selepas itu. Syaitan ini takkan berikan apa-apa kepada anda secara percuma, tak seperti jalan Tuhan yang dibawa ke bawah sini kepada manusia oleh semua Guru sejak zaman dahulukala.

Banyak daripada anda walaupun tidak menulis kata hati kepada saya, namun sesetengahnya menulis kata hati, hampir seperti mengarahkan saya supaya mengubah dunia ini dengan serta-merta, gunakan Kuasa Tuhan. Saya tidak dikurniai dengan kuasa untuk mengubah dunia ini dengan serta-merta. Tiada Guru yang boleh buat begitu tetapi perlu berhujah dengan manusia dan menyedarkan mereka semula supaya mereka dengar logiknya dan mengikut Tuhan, ingat akan Tuhan, memuja Tuhan semula dan bermeditasi untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Kaedah Quan Yin ialah kaedah yang dengannya anda boleh pergi terus kepada Tuhan dan minta apa yang anda mahu drpd Dia. Ia menjamin anda akan pergi ke Syurga – dah tentu, jika anda amalkan meditasi yang diajarkan kepada anda dan juga mematuhi rukun.

Saya minta orang supaya mematuhi Lima Rukun. Dah tentu, itu termasuk diet vegan. Saya beritahu anda semua itu walaupun itu perkara asas. Tetapi saya masih ingat dulu ketika masih kecil, walaupun saya memang tak suka susu, apabila dah meningkat dewasa pun, saya juga tak tahu sebabnya. Kerana apabila saya pergi ke India untuk belajar dengan guru, saya lihat orang-lembu berjalan ke sana sini di jalanan atau padang rumput, tiada orang yg buat apa-apa terhadap mrk, dan orang India mengamalkan diet vegetarian, termasuk susu daripada orang-lembu ini. Jadi saya berfikir mereka hanya memerah susu lembu dan lembu ada banyak susu – satu anaknya tak dapat minum semua susu itu, jadi manusia berkongsi sebahagian daripada susunya. Saya berfikir tak apa sehingga saya lihat… walaupun saya tak pernah suka susu, tak pernah sukanya ketika masih kecil lagi.

Saya sentiasa rasa, “Oh, ia dari perut orang-haiwan!” Saya tak tahu banyak tentang belas kasihan atau apa pun pada masa itu. Saya berfikir ia dari perut orang-haiwan. Oh, yek! Seperti madu dan semua itu, saya tak pernah suka, memang. Hanya apabila kita lihat orang lain makan, berikannya kepada kita, kita merasanya di sana sini dan mungkin rasa tak apa pada masa itu tetapi saya tak pernah benar-benar ketagih produk orang-haiwan. Ia buat saya berasa sangat tak selesa dan kadangkala muntah memikirkannya saja pun. Dah tentu, apalagi sekarang. Maaf, tiada sebarang penulisan. Saya perlu ingat apa yang saya nak beritahu anda, jadi ia tak begitu mengikut susunan seperti yang saya mahukan. Tak apa. Apa lagi?

Kita bercakap tentang jalan kepada Tuhan dan jalan ke neraka. Kita dah bercakap tentang itu. Sekarang anda faham mengapa bukan tanpa kesannya mengikut jalan syaitan. Kita perlu berikan sesuatu dan sesuatu itu tak begitu bermoral. Sesuatu itu mungkin buat anda berasa sangat takut. Tetapi lepas seketika, anda menjadi biasa dengannya dan anda akan menjadi seperti syaitan. Jadi berhati-hati. Jangan ikut jalan macam itu meskipun mungkin berasa puas untuk beberapa ketika. Ini hanya seperti arak atau dadah. Ia akan beri kesan buruk, balasan buruk kepada anda selepas itu. Syaitan ini takkan berikan apa-apa kepada anda secara percuma, tak seperti jalan Tuhan yang dibawa ke bawah sini kepada manusia oleh semua Guru sejak zaman dahulukala.

Jalan Tuhan sentiasa baik untuk anda, baik untuk keluarga anda, orang tersayang anda dan sesiapa saja di dunia. Tetapi jalan syaitan sentiasa memudaratkan, menyakiti perasaan kerana mereka bersifat sadis. Mereka tak tahu apa-apa pun. Itu sifat, cara hidup mereka. Mereka tak tahu apa-apa pun tentang kemurahan hati atau pemaafan. Apa yg mereka buat hanya memudaratkan Jika anda mengikut mereka, anda perlu memudaratkan seseorang. Mereka buat anda bersumpah untuk memudaratkan orang tersayang anda seperti anak lelaki, suami atau anak perempuan anda, atau sesiapa saja yang mereka mahu sebagai tukaran untuk kuasa, supaya anda dapat mudaratkan orang lain yang anda rasa ialah musuh anda. Anda malah perlu mudaratkan orang tersayang sendiri. Itu bukan cara hidup yang kita manusia, Ciptaan tertinggi, ingin jalani.

Jadi sekarang anda faham mengapa wanita itu, walaupun saya tak pernah buat apa-apa untuk memudaratkannya, disebabkan rasa cemburu, dia dengar kata-kata syaitan untuk cuba memudaratkan saya. Disebabkan memiliki kuasa ini, dia perlu alami kesan besar seperti mungkin dia bunuh suaminya atau/dan sudah hancurkan kehidupan dua orang lelaki yang merupakan anaknya. Bukan kerana dia benar-benar perlukan mereka, sukai mereka, begitu cintai mereka atau apa-apa. Cuma sumpah yang dibuatnya, dia perlu tunaikan untuk meyakinkan syaitan bahawa dia benar-benar mengikut mereka, benar-benar tunduk kepada kuasa mereka dan benar-benar boleh dipercayai utk sertai mereka bagi melakukan perkara menggerunkan terhadap manusia atau malah orang-anjing, -kucing atau -lembu. Kadangkala anda dengar tiba-tiba anjing baik yang sangat harmoni, damai sepanjang hidup, tiba-tiba membunuh orang atau kanak-kanak itu tanpa sebab sama sekali! Tidak diprovokasi pun. Tiba-tiba dia melompat pada mereka dan gigit mereka.

Itu kerana syaitan berada di sebalik anjing itu atau salah seorang jiran mungkin ialah ahli sihir dan tak suka anjing itu. Kemudian dia akan mengenakan sihir dan akhirnya anjing itu tak dapat bertahan. Dia hanyalah seekor anjing. Manusia pun tak dapat bertahan, apalagi haiwan kecil, tak berdaya, malah diberi makan daging orang-haiwan sepanjang hidup. Bukanlah dia sukanya.

Ya Tuhan, dunia ini… Begitu banyak perkara sudah dibuat. Tetapi manusia ingin menempuh terlalu banyak dugaan dan kesengsaraan untuk menjadi lebih baik, seperti mungkin menjadi dewa atau tuhan yang lebih tinggi di kerajaan atau kemudiannya boleh menjadi pembantu Guru atau menjadi Guru dalam masa bertrilion-trilion tahun. Mana tahu?

Bayangkan – anda masih ingat banyak kisah yang saya ceritakan tentang hayat lampau Buddha atau banyak perkara yang belum saya beritahu anda lagi. Tetapi Buddha telah menjadi Buddha sangat, sangat lama dahulu, sudah bereon-eon tetapi turun ke dunia manusia untuk bantu orang ini dan itu, negara ini dan itu dan perlu menahan segala jenis penderitaan. Baginda perlu buat segala jenis perbuatan untuk menanggung karma manusia tetapi ini ada satu kebaikan.

Buddha dipuji sebagai Penyelamat Dunia. Nabi Isa dan sangat banyak Guru agung yang lain juga telah dipuji sebagai Penyelamat Dunia. Tapi kita tak nampak apa yg mereka buat. Mereka datang dengan Berkat, menaikkan dunia sampai tahap tertentu. Sebab itu dunia kita menjadi lebih bertamadun, lebih selesa dengan banyak lagi ciptaan baharu yang membantu kita hidup dengan lebih selesa. Tetapi disebabkan itu, kita terlupa bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Guru dan gunakannya (ciptaan) untuk berbuat lebih banyak mudarat disebabkan oleh kerakusan, sikap tidak hormati Berkat Santo yang terjelma melalui banyak lagi cara yang lebih selesa untuk kehidupan kita.

Kita berfikir, “Oh! Kita bijak, kita pandai, jadi dapat mencipta ini, mencipta itu.” Kemudian akhirnya mencipta bom atom dan memudaratkan begitu banyak orang. Kesannya masih berkekalan lepas banyak generasi sekarang. Generasi-generasi Jepun yang kesian, selepas bom ini, masih begitu banyak menderita. Begitu juga dengan agen jingga di Âu Lạc (Vietnam). Kanak-kanak yang dilahirkan hari ini masih alami begitu banyak kesan menggerunkan yang mencacatkan mereka, buat kehidupan mereka seperti neraka.

Jadi senang untuk kata, “Oh! Saya nak menjadi Guru, nak menjadi Santo, jadi turun ke bawah, menahan segalanya supaya saya akan menjadi lebih baik di Syurga.” Senang untuk berkata begitu tetapi maya takkan biar anda jadi begitu. Maya akan mencipta lagi banyak perangkap yang lebih teruk, godaan yang teruk, dan racun yang memikat untuk memerangkap anda hampir seperti selama-lamanya di dunia fizikal dan menderita. Sesetengah orang mungkin tak dapat keluar tetapi roh ada hubungan dengan Tuhan, jadi cepat atau lambat mereka akan sedar. Selepas terlalu banyak menderita, hayat demi hayat, mereka akan sedar. Hayat demi hayat, mereka akan menahan segala jenis kesusahan, kesakitan, kedukaan, keaiban atau kekecewaan, dan neraka. Kemudian suatu hari nanti, mereka akan rasa dah cukup menahannya. Mereka akan doakan Pembebasan, benar-benar dari lubuk hati. Mereka akan berikan apa-apa saja. Mereka akan melepaskan segala nafsu rendah dan hanya ingin pulang ke Rumah. Pada masa itu, mereka akan bertuah untuk menemui seorang Guru yg akan bawa mereka pulang ke Rumah.

Mengapa kita perlukan Guru untuk bawa kita pulang ke Rumah? Kerana Guru ialah orang yang tahu akan jalannya. Mereka mengikut jalan ini untuk turun ke bawah sini, untuk bawa anda pulang ke Rumah. Mereka tahu apa yang nak dibuat. Itu Pemandu – menuju ke Syurga. Sama seperti di dunia ini, kadangkala anda ingin pergi melawat sesebuah kawasan yang anda tak pernah pergi sebelumnya dan mengupah pemandu atau pergi dalam kumpulan dan ada pemandu yang menunjukkan segalanya kpd anda, mungkin di muzium, kawasan sungai atau bandar – melawat tempat-tempat. Anda perlukan pemandu itu. Pergi berseorangan adalah begitu menyusahkan, mungkin anda akan tersesat, mungkin anda berada dalam bahaya juga kerana mungkin anda berada di kawasan buruk dan diserang. Pelancong mungkin diserang oleh perompak atau apa-apa saja, atau berada di kawasan berbahaya yang anda tak tahu apa itu.

Katakan baru-baru ini, seperti askar Rusia tidak tahu akan kawasan yang sangat berbahaya di Chernobyl atau sesuatu yang dulu merupakan kawasan nuklear. Mereka menggali parit untuk menjaga keselamatan diri di sana, kemudian semuanya menjadi sakit teruk kerana tempat itu sarat dengan sinaran nuklear. Ia masih wujud. Ia terlalu kuat, jadi mereka semua jatuh sakit dan terpaksa berpindah keluar. Kakitangan yang masih bekerja di kawasan itu, di kilang itu sebelumnya tahu bahawa tempat itu tidak baik tetapi askar Rusia tidak dengar, jadi mereka semua jatuh sakit. Saya tertanya-tanya sama ada mereka masih hidup, mati atau mungkin cedera teruk di dalam dan di luar, tak dapat berfungsi lagi, hidup dalam koma.

Jadi dunia ini penuh dengan bahaya. Jalan ke Syurga, anda perlu melalui sesuatu jenis kawasan syaitan. Jika anda tak tahu jalannya, anda akan ditangkap oleh mereka, diperangkap oleh mereka atau dihambakan oleh mereka dan takkan dapat keluar. Sebab itulah anda perlukan Guru untuk mengajar anda cara melindungi diri. Macam itulah. Anak murid saya telah diajar cara melindungi diri juga, bukan hanya setiap hari mereka perlu sentiasa memanggil Guru untuk melindungi mereka. Guru akan datang hanya apabila anda benar-benar tak dapat melindungi diri dalam sesuatu situasi. Guru akan datang tanpa anda meminta pun kerana Guru ada banyak badan jelmaan yang akan bersama anda 24 jam setiap hari.

Anda sendiri sebagai anak murid perlu sentiasa membuat kerja anda juga, kerja rumah anda. Seperti anda perlu bermeditasi berapa lama sehari, dan perlu menjaga kesucian jiwa, minda dan badan dengan amalkan diet vegan – tidak cederakan mana-mana makhluk. Bukan sahaja diet tetapi anda juga perlu membantu – jika orang-haiwan masuk ke dalam rumah anda, anda tidak memukul mereka. Anda bimbing mereka keluar dari rumah dengan lembut. Serangga pun, anda memerangkap mereka di dlm kotak atau sesuatu lalu membebaskan mereka di luar – cara hidup vegan.

Anda juga bercakap dgn baik dgn orang. Anda berkati orang dan bantu sesiapa saja yg perlukan bantuan jika anda boleh, jika anda tahu akannya. Itu bukan hanya makan sayur saja. Hari ini, kita ada banyak produk yang dibuat. Ia kelihatan seperti daging orang-haiwan dan orang-ikan yang anda idamkan, dan rasanya sangat memuaskan hati anda. Anda tak perlukan apa-apa pun. Anda tidak mahukan sebarang daging orang-haiwan, tak minum arak dan sebagainya. Semua ini termasuk dalam diet vegan pengamal spiritual. Anda juga tidak mencuri barang daripada orang, contohnya. Kita dah cakap tentang ini sebelumnya, jadi saya tak nak asyik beritahu anda lagi.

Sekarang, anda kononnya orang yang telah diinisiasi, orang yang percayai Kuasa saya, sekarang anda faham. Manusia ada Tuhan di dalam dan kemahuan bebas yg diberikan kpd mereka Mereka perlu memilih.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/4)
1
2023-11-12
18833 Tontonan
2
2023-11-13
8905 Tontonan
3
2023-11-14
7675 Tontonan
4
2023-11-15
8695 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android