Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Karma (balasan) dalam Agama Bahagian 3 daripada 3 (Sikhisme, Taoisme, Persatuan Teosofi, Persaudaraan Putih Universal, Zoroastrianisme)

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sikhisme

“Badan ialah medan karma pada zaman ini; APA-APA YANG ANDA TANAM, ANDA AKAN MENUAI.” ~ Sri Guru Granth Sahib Suci

“Mengikut PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH SESEORANG, BEGITULAH HASIL YANG DIPEROLEH OLEH SESEORANG.” ~ Sri Guru Granth Sahib Suci

Taoisme

“Tiada pintu istimewa untuk musibah dan kebahagiaan (dalam nasib orang); ia datang apabila orang sendiri memanggilnya. BALASAN MEREKA MENGIKUT KEBAIKAN DAN KEJAHATAN SEPERTI BAYANG MENGIKUT BENDA.” ~ Taishang Ganying Pian

“Oleh itu, di syurga dan bumi terdapat makhluk halus yang memperhitungkan pelanggaran hukum orang, dan, MENGIKUT KERINGANAN ATAU KESERIUSAN KESALAHAN MEREKA, MERAMPAS SYARAT HIDUP MEREKA. APABILA SYARAT ITU DIHADKAN, ORANG MENJADI MISKIN DAN MEROSOT, SERTA ALAMI BANYAK KEDUKAAN DAN PENDERITAAN. Semua orang yang lain membenci mereka; azab dan musibah menimpa mereka; nasib baik dan hari untuk ucapan tahniah menjauhi mereka; bintang buruk membawa nasib malang kepada mereka. ... apabila sesuatu pihak dengan salah dan ganas mengambil wang orang lain, perhitungan dibuat dan mengikut jumlahnya, bagi isteri, anak dan semua ahli keluarga mereka apabila ini beransur-ansur mati. Jika mereka tidak mati, terdapat musibah daripada air, api, pencuri, perompak, kehilangan harta benda, penyakit dan mulut jahat untuk mengimbangi nilai pengambilan jahat mereka. SELAIN ITU, MEREKA YG DENGAN SALAHNYA MEMBUNUH ORANG (HANYA) LETAK SENJATA (HANYA) LETAK SENJATA DALAM TANGAN ORANG LAIN YANG AKAN MEMBUNUH MEREKA.” ~ Taishang Ganying Pian

“[...] Oleh itu, orang baik mengatakan apa yang baik, merenungkan apa yang baik dan melakukan apa yang baik; setiap hari dia mempunyai tiga kebaikan ini: — selepas tiga tahun, Syurga pasti memberikan berkat kepada dia. ORANG JAHAT MENGATAKAN APA YANG JAHAT, MERENUNGKAN APA YANG JAHAT DAN MELAKUKAN APA YANG JAHAT SETIAP HARI DIA MEMPUNYAI TIGA KEJAHATAN INI: — SELEPAS TIGA TAHUN, SYURGA PASTI MENIMPAKAN KESENGSARAAN KEPADA DIA.” ~ Taishang Ganying Pian

Persatuan Teosofi

“MENYEMAIKAN PERBUATAN BAIK DAN ANDA AKAN MENUAI HASILNYA. [...] Jika anda ingin menuai kedamaian dan ketenangan manis, Anak Murid, semaikanlah benih kebaikan di ladang tuaian masa depan.” ~ Suara Kesenyapan oleh Puan H. P. Blavatsky (vegetarian)

“Penanya: Mengapakah Ego ini menerima HUKUMAN SEBAGAI AKIBAT PERBUATAN yang ia telah lupa? Ahli teosofi: Ia tidak lupa akannya; IA TAHU DAN INGAT AKAN KESALAHANNYA SEJELAS KAMU INGAT AKAN APA YANG KAMU BUAT SEMALAM.” ~ Kunci kepada Teosofi oleh Puan H. P. Blavatsky (vegetarian)

“TIADA SEBAB YANG KEKAL TIADA KESAN YANG SEPATUTNYA dari yang terbesar ke yang terkecil, dari gangguan kosmos ke pergerakan tangan anda, dan oleh sebab sesuatu menyebabkan sesuatu yang sama, KARMA IALAH HUKUM TAK NAMPAK DAN TAK DIKETAHUI YANG MENYELARAS DENGAN BIJAK, PINTAR DAN SAMAKAN SETIAP KESAN DENGAN SEBABNYA, jejaki kembali sebab ke penyebabnya.” ~ Kunci kepada Teosofi oleh Puan H. P. Blavatsky (vegetarian)

Persaudaraan Putih Universal

“Karma ialah hukum sebab dan kesan. Ia tidak memaafkan apa-apa pun: ANDA AKAN MEMBAYAR JUMLAH YG TEPAT DENGAN FAEDAH PUN. Oleh itu, karma tidak mengecualikan faedah pun. Hukum karma adalah drastik. Ia memaafkan hanya apabila segalanya telah dilangsaikan.” ~ Guru Beinsa Douno (vegetarian)

“ANDA MEMBUNUH SESEORANG DALAM HAYAT LAMPAU. OLEH ITU, DALAM HAYAT INI ORANG YANG SAMA ITU BUNUH ANDA.” ~ Guru Beinsa Douno (vegetarian)

“Setiap kebaikan yang anda buat di dunia, tidak kira berapa kecil, membawa manfaatnya. Tiada kekecualian! 1,000 tahun boleh berlalu tetapi hukum ini adalah benar. Tidak kira berapa kecil kesilapan anda, ia akan dikembalikan kepada anda, hukum ini adalah benar. ANDA BERBUAT BAIK DAN IA KEMBALI KEPADA ANDA; ANDA BERBUAT JAHAT DAN IA KEMBALI KEPADA ANDA.” ~ Guru Beinsa Douno (vegetarian)

Zoroastrianisme

“[...] UNTUK PERBUATAN BAIK ANDA IALAH GANJARAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA ganjaran yang banyak diberikan oleh Ohrmazd.” ~ Dēnkard

“Tahulah bahawa bagi manusia terdapat dua perkara ini daripada Dadar (Pencipta) suci – - GANJARAN BAGI KEBAIKAN DAN HUKUMAN BAGI DOSA. Khususnya, manusia wajar mendapat hukuman dosa dengan menjauhkan diri daripada berbuat baik dan secara sengaja berbuat dosa; Dan dia menjadi pemerhati hukum, sesuai untuk disetujui demi kepentingan diri dengan menjauhkan diri daripada berbuat dosa dan melakukan perbuatan baik.” ~ Dēnkard

“Aku mengakui Engkau suci, Ahura Mazda, sebaik sahaja aku dapati Engkau ialah yang terutama dalam ciptaan hidup, dan APABILA ENGKAU BERIKAN BALASAN ATAS PERBUATAN DAN JUGA KATA-KATA, YAKNI YANG BURUK KEPADA YG BURUK, DAN YANG BAIK KEPADA YANG BAIK, dengan hukum-Mu, dalam peralihan hidup yang seterusnya.” ~ Nyanyian Puja Atharvan

Dan sebagainya…

Jadi semua agama menyatakan perkara yang sama. JIKA KITA BERBUAT BAIK, KITA AKAN NAMPAKNYA, MENDAPAT GANJARAN DAN PERGI KE SYURGA. JIKA KITA BERBUAT JAHAT, KITA AKAN NAMPAKNYA, MENDAPAT BALASAN DAN PERGI KE NERAKA. Begitulah, sangat mudah.

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi:

SupremeMasterTV.com/scrolls

SupremeMasterTV.com/karma
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-26
436 Tontonan
2024-12-26
4452 Tontonan
2024-12-25
2198 Tontonan
2024-12-25
1250 Tontonan
2024-12-25
1066 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android