Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ambil Tindakan Berani untuk Dunia Vegan! Bahagian 4 drpd 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Selamatkanlah dunia ini bersama saya. Bantu haiwan yang menderita, tiada tempat bergantung, tiada sesiapa mempertahankan mereka, tiada suara untuk bersuara, menjerit untuk penderitaan mereka. Setiap kali saya tak tahan.

Saya tinggal di gunung yang dipanggil Yang Ming Shan. Ia merupakan taman negara. Ia indah, terpencil. Saya tinggal di dlm khemah pd masa itu. Suasana begitu sejuk, sangat sejuk. Tak terasa gunung itu tinggi sangat kerana kita memandu ke atas, cerunnya landai, jadi apabila sampai ke puncak gunung, kita tak rasa tinggi sangat. Sesetengah bahagian puncak gunung adalah rata. Jadi lama dahulu, sesetengah orang bina rumah di atas gunung ini. Mereka tak dibenarkan bina lagi hari ini, dah tentu, kerana ia telah menjadi taman negara. Ia menjadi begitu rata. Saya ada sebuah kononnya rumah kecil di Gunung Yang Ming Shan. Kita perlu berjalan dengan jauh sekali, sudah memandu ke puncaknya tapi tetap perlu memanjat tangga. Saya tak tahu berapa banyak ribu anak tangga atau sekurangnya beratus-ratus anak tangga. Kemudian berjalan dengan jauh lagi, tangga lagi dan berjalan lagi. Saya tak ingat berapa panjang. Mungkin sekurangnya ambil masa... Ada sesiapa yang ingat itu? ( Dua puluh minit. ) Dua puluh minit. Dari bawah sana. Dari bumbung dewan kamu. Ambil masa 20 minit jika kamu berjalan. Jika saya berjalan, ambil masa sekurang-kurangnya 40 minit. Saya baru tanya saudara Taiwan (Formosa). Dia beritahu saya bahawa mengambil masa 20 minit. Tapi kita sudah pun di puncak, kemudian kita ambil masa 20 minit lagi berjalan ke atas. Saya kata itu 20 minitnya. Bagi saya, mungkin 30, 40 minit atau satu jam. Sesetengah pembantu saya kata satu jam kerana dia berjalan, kemudian perlu berehat di antaranya.

Di sana memang tiada apa-apa pun, hanya tanah rata yang luas, cukup luas bagi saya, malah ada dusun buluh di sana, rata. Orang, anak murid Taiwan (Formosa), Taipei, beri kejutan kepada saya dengan jenis rumah enam bucu dan bilik tidur di atasnya, tersembunyi. Kemudian tingkat bawah ada ruang yang cukup besar untuk saya, dah tentu. Saya orang yang berbadan kecil, jadi apa pun yg mereka bina adalah besar. Ia seperti astaka. Kadangkala kamu nampaknya dalam rancangan masakan saya yang mereka paparkan atau rancangan yang mereka paparkan di mana saya melukis di astaka itu. Di atasnya, ada sebuah bilik tidur, kecil. Kemudian mereka malah memasang sistem pemercik air di atas bumbung kerana mereka begitu penyayang. Salah seorang saudaramu sudah pergi ke Australia bersama keluarganya. Tetapi dia bina itu bersama dengan saudara lain dari Taipei atau tempat lain juga. Tetapi dia orang utama. Dia seorang jurubina, jadi bina itu.

Mereka memasang sistem pemercik air di atas bumbung kerana suatu kali mereka terdengar saya berkata bahawa saya suka hujan. Jadi itu sistem hujan ajaibnya untuk saya. Ia juga menyejukkan bumbung pada musim panas. Jadi kami tiada penyaman udara atau apa-apa pun. Saya tak ingat itu. Kami ada kipas dan saya memasak di astaka itu. Astaka itu kosong sepenuhnya, tiada kasa dawai, tiada pintu, apa-apa pun. Saya masih ingat ada banyak nyamuk di dusun buluh ini tetapi mereka tak pernah sentuh saya. Saya tak ingat pembantu yang berdekatan dengan saya digigit oleh nyamuk tetapi saya nampak mereka. Wau! Kumpulan nyamuk yang padat bersama di tempat-tempat yang berlainan di dusun buluh. Saya nampak itu. Tapi saya nampaknya beberapa kali saja kerana saya tak perasan mereka kerana mereka tak ganggu saya. Lawak. Tapi hari ini, mereka gigit saya di bandar pun, mana-mana pun. Lawak. Saya tak tahu sama ada darah saya menjadi lebih manis atau karma saya menjadi lebih menarik. Mungkin kedua-duanya.

Saya memang suka tempat itu. Dulu ketika saya naik ke atas sana, saya tiada banyak anak murid pada masa itu. Saya bekerja untuk pelarian dari sana, kemudian turun dari sana. Sebab itulah saya terpaksa tinggalkan tempat itu. Saya tak pernah mahu meninggalkan tempat itu. Saya terasa sangat bebas daripada segalanya di dunia ini, apa-apa pun yang saya mahukan. Itu tempat yang sangat sederhana, ada sebuah bilik tidur saja. Saya tak ingat sama ada saya ada katil, hanya tidur di atas lantai. Malah ada sambungan air, tenaga elektrik. Boleh percaya tak?

Orang ajaib, kumpulan orang ini. Saya masih ingat. Dia seorang jurubina. Dia orang yang kaya bersama keluarga. Mereka tak dapat menawarkan wang kepada saya, saya tak terimanya, jadi mereka menaik ke atas sana. Tempat itu ialah tanah persendirian, saya rasa. Saya tak ingat saya tanya. Saya menganggap itu tanah persendirian kerana ada buluh yang bertumbuh. Ada dusun yang besar di dalamnya dan ada pokok buah yang lain juga. Ini adalah masa dahulu, orang sudah memilikinya sebelum ia menjadi taman negara. Dah tentu, kerajaan masih membenarkan mereka terus menanam tanaman atau bina pondok kecil. Mereka tak boleh bina rumah besar, konkrit, simen dan sebagainya, tetapi pondok kayu kecil boleh. Hari ini, khabarnya sudah lama dan taufan telah merosakkan sesetengah tempat dan mereka ingin menaik ke atas sana untuk membaikinya. Tapi saya kata, “Mengapa? Jalan yang begitu jauh. Sangat sukar nak bawa bahan dan segala benda, jadi lupakannya saja.” Saya tak rasa saya akan ada kenikmatan itu untuk tinggal di sana lagi, jadi saya tak mahu mereka membazirkan masa. Gunakannya untuk bermeditasi, itu apa yang saya beritahu mereka. Saya tak pasti sama ada sementara itu mereka selinap ke atas sana utk baikinya atau tidak, sebagai kenang-kenangan. Untuk generasi akan datang, apabila saya dah meninggal, mungkin mereka akan jual tiket untuk menaik ke atas sana bagi melawat. “Dulu Mahaguru Ching Hai tinggal di sini. Lihatlah, sini ialah kasutnya dan sana ialah tempat dia memasak.” Itu apa yang mereka buat dengan rumah atau kediaman si mati. Saya bayangkan ada banyak orang yang memanjat tangga yang susah ini dan jalan yang jauh ke atas sana, kemudian beri hormat, mengambil gambar atau sentuh sini, sentuh sana untuk berkat. Mungkin mereka akan buat patung saya yang berdiri di tengah-tengah bilik atau sesuatu, menyambut pelancong. Itu jalan selama 20 minit dari puncak gunung di mana kita sudah letak kereta jauh dari situ kerana kereta tak dapat naik ke atas sana. Kita perlu memanjat banyak tangga. Kemudian kita boleh terus berjalan lebih jauh lagi.

Dulu saya ada sebuah bilik stor kecil di sana, 2 × 2 meter. Mereka gunakan kepingan logam untuk menutup sekelilingnya, hanya menutup sekelilingnya, kemudian letak bumbung di atasnya. Dulu saya tinggal di sana di tepi anak sungai. Ada anak sungai di sana. Itu apa yang saya suka. Saya tiada banyak wang pada masa itu. Kemudian kami beli tempat itu, pinjam wang daripada seorang saudara. Saya dah bayar balik, walaupun dia tak mahukannya, saya bayar balik. Saya kata, “Saya tak ambil apa-apa pun, jadi tolong terimanya.” Tak banyak, hanya wang yang sangat sedikit untuk beli tempat kecil itu. Kami tak dibenarkan bina apa-apa pun, jadi hanya beberapa keping logam yang mereka sambungkan untuk buatnya menjadi bilik berbentuk segi empat. Dan beberapa keping di atas, senang utk dirobohkan pada bila-bila saja. Kemudian kami ada khemah yang besar, buatnya menjadi khemah kanvas dengan batang buluh, apa-apa saja yang kami ada. Pada masa itu pun, kami sudah bekerja.

Kami hanyalah kumpulan yang kecil tetapi sudah bekerja. Kami mengedarkan risalah atau risalah berita kecil untuk orang atau anak murid supaya mereka terus mengkaji ajaran, terus diilhamkan dan digalakkan untuk bermeditasi serta mengamalkan diet vegan. Pada masa itu, itu vegetarian. Saya tak minum susu tetapi tak menganggap susu sebagai sesuatu yang buruk. Kemudian saya lihat betapa mengejutkan, kejam, tak berperikemanusiaannya amalan menternak lembu di dalam kandang kecil tanpa kemungkinan untuk berpusing, dirantai dan sebagainya. Ya Tuhan! Kemudian saya tak biarkan mereka minum susu lagi walaupun susu boleh dianggap sebagai vegetarian. Ia tak membunuh tetapi perlakuan terhadap lembu begitu tak berperikemanusiaan. Itu tak seperti yang saya lihat di negara saya. Âu Lạc (Vietnam), kami tak buat begitu. Lembu merayau-rayau di sawah. Mungkin mereka bantu membuat kerja susah, mengangkat benda untuk petani atau membajak sawah pada musimnya, sekali-sekala pada musimnya. Mereka ada rumah sendiri. Mereka masuk ke dalamnya dan keluar pada waktu pagi bersama penggembala, kemudian pergi meragut rumput. Biasanya senggang, cukup makan, dijaga dengan baik kerana petani di sesetengah kawasan desa bergantung pada lembu, jadi memperlakukan mereka dgn baik sekali. Tak pernah memukul atau sebarang jenis paksaan. Saya tak pernah lihat.

Ketika saya di India, saya lihat lembu bergerak ke sana sini, merata tempat, seperti orang. Dan jika lembu kebetulan tidur sekejap di tengah jalan atau lebih raya pun, semua kereta berhenti. Kamu tahu itu, kan? Meskipun kamu tak nampaknya, kamu lihatnya dalam filem. Saya nampaknya dengan mata sendiri. Ke mana-mana pun saya pergi di India, lembu dihormati dan disayangi seperti orang. Mereka malah sentuh kaki lembu atau belakang lembu, kemudian letak tangan pada dahi mereka sebagai tanda hormat. Kerana di India, menurut agama Hindu, lembu adalah suci. Mereka berikan susu kpd kanak-kanak. Pada masa itu, kita tiada banyak kemudahan atau alternatif, jadi lembu berikan susu kepada banyak kanak-kanak dan membesarkan mereka. Jadi mereka menganggap lembu sebagai ibu tumpang, ibu kedua di India. Hari ini, mereka masih buat begitu. Ketika saya di sana, mereka buat begitu. Mereka beri makan lembu juga dengan apa-apa saja yang mereka ada. Kadangkala mereka ada baki sayuran, mereka buangnya di atas jalan. Lembu makannya. Lembu bebas merayau ke mana-mana saja dan orang perlu beri laluan kepada lembu, bukan lembu beri laluan kepada orang. Semua kereta berhenti sehingga lembu telah habis berehat, berdiri, meregangkan badan dan berjalan dengan perlahan-lahan ke padang rumput di sebelah atau ke tepi jalan dan meragut rumput atau berbaring di sana. Itu apa yang saya lihat.

Jadi saya tak pernah terfikir susu boleh memudaratkan. Saya juga ada mengkaji agama Buddha sebelumnya. Ketika Buddha baru keluar dari samadhi, Dia sangat lemah kerana mengikut jenis amalan ekstrem yang dipelajari-Nya daripada seseorang yang lain. Mereka kata mereka perlu biarkan diri berlapar, tak makan, tak minum dan sebagainya. Hanya bermeditasi, kemudian mereka akan mendapat Nirvana. Lepas itu Buddha menyedari bahawa itu tak betul. Kemudian Dia hentikan itu, kemudian orang pertama yang ditemui-Nya ialah seorang wanita yang beri susu kepada-Nya utk diminum. Itu bagaimana Dia ada kekuatan semula. Dia terus pergi belajar dan beramal lagi. Itu bagaimana saya rasa susu boleh diminum. Tetapi lepas itu apabila saya lihat industri haiwan zaman moden begitu tak berperikemanusiaan, begitu jahat, begitu menggerunkan, begitu kejam, dah tentu, kita tak minum itu lagi. Jika sesiapa daripada kamu masih tak memahaminya, maka kamu perlu saksikan filem ini, ‘Dominion’, saksikan filem PETA, saksikan ‘Penghuni Bumi’, saksikan ‘Komplot terhadap Lembu’. Kita telah iklankannya secara percuma di Supreme Master Television kita. Kamu boleh saksikannya di Netflix. Semua filem yang hampir sama ini adalah tentang penganiayaan, kekejaman, amalan menganiayai yang orang lakukan terhadap haiwan yang tak berdosa, tak berdaya, tak dapat mempertahankan diri, lembut. Tunjukkanlah itu kepada kawanmu. Saksikannya bersama mereka meskipun kamu akan menangis. Kamu akan menjerit dengan kuat melihat penderitaan mereka, tetapi kamu saksikannya bersama kawanmu. Mereka yang masih makan daging dan minum arak, malah minum arak dan memandu dll. Kamu tunjukkan semua kesan ini kepada mereka. Saya tahu ia menggerunkan. Saya tak dapat saksikannya tanpa menjerit. Kadangkala saya perlu saksikannya bahagian demi bahagian untuk menghabiskan filem ini agar saya dapat beritahu kamu, agar saya boleh suruh mereka mengiklankannya di Supreme Master TV kita. Kita tak mengiklankan semuanya yang menggerunkan kerana terlalu sensitif bagi kanak-kanak. Tapi kita mengiklankan filem mereka, judul filem supaya orang boleh sendiri cari dan saksikannya, supaya kamu boleh tunjukkannya kepada orang lain ikut keupayaan kamu. Jangan bergantung pada saya saja. Jangan bergantung kepada Supreme Master TV saja. Kerana di sesetengah kawasan, orang tak tahu TV kita wujud. Jangan bergantung pada kami, pada saya saja utk selamatkan dunia ini. Kamu selamatkan dunia ini bersama saya, okey? (Ya!)

Saya ada beritahu kamu bahawa 53% datang daripada kuasa Guru, melalui khutbah, melalui berkat yang dimasukkan ke dalam diri juruacara dan melalui berkat Dewata bersama. Itu bagaimana Supreme Master Television memberkati dunia. Tapi setiap titisan penting dalam lautan. Setiap titisan membentuk lautan. Jadi selamatkanlah dunia ini bersama saya. Bantu haiwan yang menderita, tiada tempat bergantung, tiada sesiapa mempertahankan mereka, tiada suara untuk bersuara, menjerit untuk penderitaan mereka. Setiap kali saya tak tahan. Saya perlu menutup intelektual saya banyak kali. Jika tidak, saya akan menangis sepanjang hari dan banyak menderita mengetahui penderitaan haiwan.

Saya perlu menutupnya. Jika tidak, saya tak dapat berfungsi. Saya tak dapat bekerja untuk Supreme Master Television, tak dapat bekerja untuk kamu, tak dapat bekerja untuk dunia. Saya perlu kuat dan tahan lasak. Tapi saya tak sentiasa tahan lasak. Di sudut bilik saya, gua saya, berseorangan, saya menangis banyak kali untuk melepaskan seksaan jiwa saya. Saya menangis dengan bersahaja tanpa berfikir, tanpa mengetahui bahawa saya menangis pun. Tolonglah bantu. Bantu dengan sebarang cara yang boleh. Tunjukkan kepada kawanmu amalan industri haiwan yang menggerunkan; bagaimana kita sebagai manusia telah kehilangan perikemanusiaan, kehilangan sifat berperikemanusiaan, kehilangan belas kasihan, kehilangan rasa simpati kita. Kita kehilangan segalanya jika kita kehilangan kasih sayang.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/5)
1
2020-07-29
5837 Tontonan
2
2020-07-30
4031 Tontonan
3
2020-07-31
4227 Tontonan
4
2020-08-01
6300 Tontonan
5
2020-08-02
6346 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android